Tuesday, December 30, 2014

TERBAIK DARI LANGIT




Aku terlepas nak cerita tentang filem  "LELAKI HARAPAN DUNIA".  Jadi aku terus lompat untuk bercerita tentang filem "TERBAIK DARI LANGIT" sebab aku takut terlepas.  Memandangkan jadual tayangan di TGV KLCC pun cuma ada 2 tayangan dalam satu hari.  Ini pun stakat hari rabu.. silap2 hari Khamis dan tinggal satu je tayangan.  

Bila baca sinopsisnya ia tentang sekumpulan sahabat lama yang nak buat filem tentang UFO.  Nampak macam mengarut kan?.. tapi aku nak sarankan kepada yang nak menonton filem ni perlu lupakan tentang UFO tu.  Tumpukan pada persahabatan yang di tonjolkan.  


Filem ni nampak ringan tapi dialog2 di dalamnya padat dan penuh makna serta sinis.  Aku suka dialog Berg yang mengatakan dia saja letak kayu sebab penonton selalu merungut mengatakan pelakon Malasyia kayu.  

Kisah Berg sebagai pengkarya yang gagal dan di anggap pelik.  Bak kata Berg kita dah biasa buat filem untuk orang faham, kali ni kita buat filem yang kita sendiri faham.  


 Sofia Jane yang berfikiran terbuka dan lebih rasional.  Bagi aku dia penyelesai masalah.  Kalau bukan kerana dia, pastinya Toyu tak berani nak bagitahu perkara sebenar yang terjadi 10 tahun lalu dan di antara penyebab Ijam memusuhi Ali.  Sebab itu Berg pesan pada Ijam "sebelum professional kena rasional dulu".  

Sara dan Zelda walaupun tak sampai 10 scene tetapi setiap kali muncul kita akan rasa resah dengan dialog mereka yang simple tapi perit itu.  Dan semuanya di lakonkan dengan sebaik-baiknya oleh Sharifah Amani dan Siti Saleha.   

Terbaik Dari Langit adalah filem yang segar.  Lari dari kebiasaan.  Teringat zaman Aziz M. Osman dengan XXRay nya.  

Banyak lagi frasa-frasa yang buat dialog setiap watak lekat di fikiran kita.  Jadi pergilah menonton kalau nak tahu lebih banyak lagi, terutama dialog Berg mengenai pesanan Atuknya (Allahyarhan Dato'Aziz Satar) mengenai cermin mata yang di pakainya.

4.5/5

No comments: