Tuesday, August 25, 2015

NOTA, the feature film





Berjaya menonton sebelum tayangannya habis di pawagam.  Sayang cerita seperti ini tidak dapat menarik ramai penonton yang beriya-iya komen inginkan filem yang berkualiti tetapi bila di hidangkan mereka buat acuh tak acuh.  Filem Nota ini juga seperti kurang promosi dan aku hampir-hampir terlepas menontonnya kerana tidak tahu bilakah filem ini memulakan tayangannya.


Gabungan pertama bagi Hans Isaac dan Maya Karin tidak mengecewakan.  Bahkan lakonan arwah Ramli Hassan juga menjadi kekuatan utama filem ini.  Watak Erin yang tertekan dan kecewa di terjemahkan dengan baik oleh Maya dengan riak mata dan wajahnya.  Itu memang kelebihan Maya.  

Hanya dengan satu Nota telah merubah segala rancangan Bulan Madu yang bertujuan mengembalikan semula semua kenangan manis setelah 10 tahun mereka menjalani hubungan yang makin dingin kerana tidak mempunyai zuriat. Akhirnya menjadi tragedi pembunuhan. Latar yang senyap.. kurang berdialog di antara Hans dan Maya begitu simbolik pada hubungan mereka yang dingin.  Tetapi kita di hiburkan dengan watak Ramli Hassan yang menjadi pencerita sebenarnya (bagi saya lah).


Cara pengarahan sebegini sepatutnya menjadi satu cara baru bagi filem kita.  Sudah tiba masanya kita mengubah cara penyampaian di dalam filem kita.  Tak salah kalau kita nak teruskan cara bercerita seperti Yasu Tanaka ini.  


Kita juga di hidangkan dengan keindahan Taman Negara Bako..sangat cantik.  

Filem Nota ini pernah di tayankan di Festival Filem Cannes 2015 dan filem ini akan di tayangkan di Amerika Syarikat dengan ending yang berbeza.  Menarik bunyinya.


Tuesday, December 30, 2014

TERBAIK DARI LANGIT




Aku terlepas nak cerita tentang filem  "LELAKI HARAPAN DUNIA".  Jadi aku terus lompat untuk bercerita tentang filem "TERBAIK DARI LANGIT" sebab aku takut terlepas.  Memandangkan jadual tayangan di TGV KLCC pun cuma ada 2 tayangan dalam satu hari.  Ini pun stakat hari rabu.. silap2 hari Khamis dan tinggal satu je tayangan.  

Bila baca sinopsisnya ia tentang sekumpulan sahabat lama yang nak buat filem tentang UFO.  Nampak macam mengarut kan?.. tapi aku nak sarankan kepada yang nak menonton filem ni perlu lupakan tentang UFO tu.  Tumpukan pada persahabatan yang di tonjolkan.  


Filem ni nampak ringan tapi dialog2 di dalamnya padat dan penuh makna serta sinis.  Aku suka dialog Berg yang mengatakan dia saja letak kayu sebab penonton selalu merungut mengatakan pelakon Malasyia kayu.  

Kisah Berg sebagai pengkarya yang gagal dan di anggap pelik.  Bak kata Berg kita dah biasa buat filem untuk orang faham, kali ni kita buat filem yang kita sendiri faham.  


 Sofia Jane yang berfikiran terbuka dan lebih rasional.  Bagi aku dia penyelesai masalah.  Kalau bukan kerana dia, pastinya Toyu tak berani nak bagitahu perkara sebenar yang terjadi 10 tahun lalu dan di antara penyebab Ijam memusuhi Ali.  Sebab itu Berg pesan pada Ijam "sebelum professional kena rasional dulu".  

Sara dan Zelda walaupun tak sampai 10 scene tetapi setiap kali muncul kita akan rasa resah dengan dialog mereka yang simple tapi perit itu.  Dan semuanya di lakonkan dengan sebaik-baiknya oleh Sharifah Amani dan Siti Saleha.   

Terbaik Dari Langit adalah filem yang segar.  Lari dari kebiasaan.  Teringat zaman Aziz M. Osman dengan XXRay nya.  

Banyak lagi frasa-frasa yang buat dialog setiap watak lekat di fikiran kita.  Jadi pergilah menonton kalau nak tahu lebih banyak lagi, terutama dialog Berg mengenai pesanan Atuknya (Allahyarhan Dato'Aziz Satar) mengenai cermin mata yang di pakainya.

4.5/5

Tuesday, December 02, 2014

POSKAD (Tragedi Travelog) - Grup Buku Karangkraf


BAB 14

Hatyai – Di satu sudut berhampiran stesen keretapi, seorang lelaki bertopi merah berjalan ke arah seorang gadis sambil membawa sebotol air mineral.  “Do you need anything else, lady?” botol mineral itu di hulurkan.  Saleha yang lemah mengangkat perlahan kepalanya, mendongak memandang lelaki itu.  Saleha menggeleng perlahan "no, thanks" kemudian tunduk semula.  Botol mineral itu di letakkan di sisi Saleha.  Dia kemudian melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Saleha.  Saleha mengerling. 

"I'm Habib" lelaki itu menghulurkan tangannya. Saleha hanya merenung sambil berkata "Malaysia?".  Lelaki itu menggeleng "Singapura".  "Terima kasih sebab tolong saya tadi" Saleha senyum.  Lelaki itu agak terkejut "oh, orang kita? I thought you foreigner" Habib memandang Saleha "Singapura juga?". 
Saleha menggeleng "Malaysia".


Saleha merenung Habib yang telah membantu mengangkatnya sewaktu dia terkulai lemah di tepi jalan. Perlukah aku beritahu dia apa yang terjadi?.  .......... byk lagi bab di POSKAD (Tragedi Travelog) - Grup Buku Karangkraf



Monday, December 01, 2014

KAMI SAYANG HARIMAU MALAYA






Kami kutuk, kami kritik, kami hilang keyakinan sebab kami sayang.  Sejak dari dulu, memang sifat pasukan kita macam ni.  Bila di kutuk, di kritik barulah semangat itu datang.  Barulah jati diri itu terserlah,  Kerana apa?  Kerana lelaki tinggi ego nya.  Pantang di cabar.  

Lihat sahaja semasa pilihan untuk ke piala dunia.  Pasukan kita dapat lepas ke pusingan kedua.  Ketika itu muncul tiba-tiba nama-nama seperti Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat.  Dan sejak itu kita dapat lihat tiada lagi jersi bertulis Beckham, Ronaldo etc.  Tetapi telah bertukar kepada nama-nama tonggak utama Harimau Malaya.  Kerana apa?  kerana ketika itu keyakinan penyokong sudah datang semula setelah hilang begitu lama.  Pasukan kita bangkit berusaha untuk mengembalikan keyakinan penyokong bola sepak negara.

Suasana ketika itu sangat-sangat berlainan.  Berpusu-pusu dan bersesak-sesak semua penyokong yang memakai baju Harimau Malaya memenuhi jalan dan lrt.  

Hari ini apabila kekalahan demi kekalahan di alami.  Sekali lagi  perasaan penyokong sedikit demi sedikit mengundur.  Bila sorak mula kurang, nyanyian mula hilang, barulah pasukan kita bangkit mencari kembali sokongan dan keyakinan penyokong.  

Dan akhirnya membuahkan hasil bila Harimau Malaya berjaya ke peringkat separuh akhir.  Saat ini Harimau Malaya di julang, di puji.  Tetapi perlu di ingat pasukan kita mudah lupa diri.  Jadi berpada-pada dahulu.  Perjalanannya masih panjang.  Kita mahu ulang kejayaan 2012.  

Monday, November 24, 2014

SUATU KEJADIAN

Hospital Kuala Lumpur.  Di bahagian pesakit luar yang di pindahkan di bangunan luar hospital kerana bangunan utama sedang di baik pulih.  Memang jauh, berpeluh ketiak aku.  Aku cuma sakit lutut dan masih boleh berjalan walau perlahan.  Bayangkan pesakit lain yang demam, terpaksa datang sendiri berjalan kaki sejauh ini.  Aku kesat peluh yang basah di dahi.  Aku duduk di kerusi  yang di sediakan.  Menunggu giliran nombor aku di panggil.  Di tengah-tengah ruang menunggu terdapat monitor dan tertera empat baris nombor giliran.  Bersilih ganti nombornya. 

Perut mula meragam.  Oh! Baru aku teringat.   Aku masih belum bersarapan.  Tiada kedai di sediakan hanya sekadar gerai kecil menjual pelbagai makanan.  Sedang aku berfikir-fikir untuk membeli makanan tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki India menghulur beberapa keping duit syiling di tapak tangannya lalu bertanya kepada taukeh gerai seorang wanita “20sen, 20sen… 10sen.. apa boleh beli makcik?”.  

Wanita itu pada mulanya buat tak layan tapi kanak-kanak itu terus bertanya dengan mengulang soalan yang sama.  Dengan wajah kelat wanita itu menjawab “50sen… tu..tu mashmelo dalam plastik tu” dia menghulur sebungkus mashmelo paket kecil.  Kanak-kanak itu hanya melihat.  Mungkin dia mengharapkan lebih dari itu.  Mungkin juga dia beranggapan dengan 50sen dia dapat membeli sekurang-kurangnya sebiji karipap.  Namun apa yang aku lihat di gerai kecil itu hanya nasi lemak, mihun, kuih-muih yang sudah siap di bungkus dan nyata harganya RM1.50 dan ke atas.  Kanak-kanak itu terus berlari masuk ke dalam bangunan pesakit luar. 

Plastik yang berisi roti telur di tangan, ku tenung.  Lantas aku berlari mendapatkan kanak-kanak itu.  Hampa kelibatnya hilang di dalam kelompok manusia yang ramai duduk di bangku menunggu.  Sedikit rasa kesal di hati.  Mungkin kanak-kanak itu mahu mengisi perut sementara ibunya menunggu mendapatkan rawatan.  Atau mungkin juga dia memang belum bersarapan dan ibunya hanya ada 50sen baki di dalam poket?.  Aku duduk di kerusi.  Bergenang airmataku. 

Ternyata nasib kita tidak sama.  Takdir kita berbeza. 

Tuesday, November 11, 2014

ASK CERITAKU

Berpeluang menjadi di antara 10 terbaik untuk ASK CERITAKU di Anugerah Skrin 2014, sudah memadai.  Alhamdulillah. Cerita ini mungkin tidak mendapat tempat di dalam 5 terbaik.  Insyaallah akan di lanjutkan menjadi proposal kepada producer, mudah-mudahan dapat tempat di stesen tv... 

CAHAYA HATI

Hadi sering menghubungi syarikat komputer setiap kali terdapat masalah dengan perisian yang di beli.  Panggilannya sering di jawab oleh Mila.  Mila seorang yang lembut dan petah.  Hadi mula tertarik dengan Mila walaupun tidak pernah bersua.  Sejak itu mereka sering berkomunikasi melalui talipon. 

Mila seringkali menolak untuk berjumpa.  Suatu hari Hadi telah pergi ke pejabat Mila dan menyamar sebagai budak penghantar bunga.  Ketika tiba di pejabat , Hadi ternampak seorang gadis di suatu sudut.  Hadi tahu itu Mila kerana dia kenal dengan suara Mila.  Hadi agak hairan kerana Mila tidak mengendahkan kehadirannya.  Tiba-tiba Mila bangun untuk mengambil sesuatu.  Mila memegang tongkat.  Lantas baru Hadi sedar bahawa Mila adalah buta.

Hadi terkejut dan berlalu sebelum sempat memperkenalkan dirinya.  Hadi suka pada Mila tetapi dia sukar menerima kekurangan Mila.  Hadi menghilangkan diri. 

Mila mula rindu untuk berbual dengan Hadi.  Oleh kerana sedar akan kekurangan dirinya, maka Mila pendamkan sahaja. 

Afiq menasihati Hadi agar berjumpa Mila dan berterus terang.  Hadi menghubungi semula Mila.  Mereka membuat temujanji.  Mila juga mahu berterus terang tentang keadaannya.  Lama Mila tunggu tetapi Hadi tidak muncul.  Mila hampa dan kecewa.  Dia merasakan Hadi mempermainkan perasaannya.

Sewaktu dalam perjalanan Hadi terlibat dengan kemalangan.  Mukanya parah dan di sahkan buta.  Hadi menjadi lemah dan hilang semangat.   Sementara itu Mila meneruskan kehidupannya seperti biasa.  Majikannya telah menawarkan untuk mengubat mata Mila.  Mila di pulihkan dan boleh melihat. 

Keadaan Hadi semakin teruk.  Afiq telah membawa Hadi ke Persatuan Orang Buta Malaysia bertujuan untuk memulihkan semangat Hadi.  Di sana dia akan di ajar bagaimana hendak menjalani kehidupan sebagai orang buta.  Hadi di perkenalkan dengan seorang tenaga pengajar.  Hadi terkejut bila mendengar suaranya.  Itu adalah suara Mila.  Mila juga kenal dengan suara Hadi walaupun dia tidak pernah tahu bagaimana wajah Hadi.


Andai dulu mereka berjumpa ketika Mila buta dan Hadi boleh melihat tetapi kini sebaliknya.

Monday, October 20, 2014

ASRAMA-RA ALL STARS

9 cerita dengan 9 rahsia agong.  

Cerita Mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Storyline yang cukup menarik.  Persembahan yang kemas dan padat.  Ending yang twisted.  Pergolakan yang berkait di antara satu sama lain.  Mereka punya pelbagai masalah yang di simpulkan di pengakhiran cerita.

Segala rahsia terbongkar di dalam mimpi.  Setiap mereka berkongsi mimpi yang sama.

Tahniah kepada Produksi Revolution Stage di atas pementasan ASRAMA-RA ALL STARS ini.  Memang sangat berbaloi pergi menonton.  Tidak rugi mengeluarkan RM45 untuk naskah yang indah ini.  Penuh gelak tawa. 

Harus di puji apabila Revolution Stage membenarkan penonton mengambil gambar dan video untuk di kongsi di laman sosial masing-masing.  Ini satu strategi marketing yang sangat berhasil.  Di tambah dengan pelakon-pelakon yang semestinya sudah punya kelompok pengikut setia.  Syabas kepada semua pelakon yang memberikan lakonan yang hebat dan berkesan. 

TAHNIAH!

9 CERITA 9 MASALAH 9 RAHSIA