Friday, August 11, 2006

SERI

...Kisah sekumpulan pelajar yang tersangkut di lapangan terbang dan terpaksa bermalam disebuah asrama kerana tiadanya kekosongan hotel maupun rumah tumpangan.

Mereka berkumpul dan berbual hingga larut malam. Keadaan makin larut... dan koridor hanya diterangi lampu kalimantang yg semakin malap.

Suasana diluar begitu sunyi, mungkin kerana penghuni dikawasan itu sudah mula diulit mimpi.
Seorang dari mereka.. Ramli mula membuka satu cerita yg didengarinya petang tadi.

Suatu ketika dulu asrama itu dihuni oleh pelajar2 perempuan. Ketika itu bilik2 pelajar perempuan disekat2 dgn kayu yg menempatkan seramai 5 org satu bilik.

Bilik nombor 5 dihuni oleh 5 sahabat iaitu Maria, Delima, Hanim, Manis dan Seri. 5 sahabat ini terkenal dgn kenakalan mereka yg suka mengusik rakan2 dibilik lain.

Selain cuba menakut2kan rakan2 diasrama itu, salah seorang dari mereka iaitu Seri sering berdiri ditepi pintu bilik sambil wajahnya menjenguk kedalam. Aksi Seri ini sering mengundang rasa takut dan terkejut penghuni yg lain.

Pada suatu hari, hari Jumaat.. tarikh 5.5.1995 jam 5am.. mereka telah dikejutkan dgn berita kematian Seri yg dijumpai tertiarap dikawasan ampaian.

Ditangan Seri dijumpai sekeping keratan kertas. Dan dikertas itu terlukis satu gambar.. Mereka tidak dpt mengesan gambar tersebut kerana gambar itu hanya suku sahaja... Setelah siasatan dibuat akhirnya lebihan keratan kertas itu telah dijumpai iaitu tersimpan ditangan 4 sahabatnya yg lain.

Mereka disoal siasat..

Maria, Delima, Hanim dan Manis telah menceritakan bahawa mereka telah menjumpai kertas itu di dalam bekas kepunyaan Seri lalu mengoyak2kannya kepada 5 bahagian... yg mana bahagian kelima ditinggalkan didalam bekas itu... Tujuan meraka hanyalah satu.. sekadar gurauan dan usikan buat Seri.

Hanim berkata dia hanya tersedar bila terjaga utk membuang air kecil .. dan mendapati Seri tiada dikatilnya.. Selepas itu dia ketandas .. Dan ketika itu lah dia ternampak Seri tertiarap di bawah ampaian.

Lebihan keratan itu dibuang.. bersama2 barangan Seri yg lain.
Setelah hampir 5 bulan berlalu mereka dikejutkan lagi dgn insiden baru iaitu Hanim diserang histeria, Delima jatuh sakit dan masih terlantar dirumah hingga kehari ini dan Maria telah berpindah kerana terlalu takut.

Dan setiap 5 haribulan, tepat jam 5am mereka akan dikejutkan dgn bayang2 Seri berdiri ditepi pintu. Sehingga sekarang masih tidak diketahui apakah rahsia disebalik keratan kertas itu...
Ramli menghela nafas setelah penat bercerita... dan tiba2 seorang rakannya menjerit "Seri.. Seri!!" sambil menunding jari kearah pintu.. dpt dilihat kelibat Seri yg berdiri sambil tersenyum..

Selepas itu kedengaran Azan subuh... lantas aku terjaga...
uwaaaaa!!!! seram aku siot aku mimpi hantuuuuuuu...!!!

No comments: