Pertama kali aku membaca novel Budak Setan adalah pada umur aku 14 tahun. Aku hampir lupa pada semua watak-watak didalam novel itu, termasuk juga jalan ceritanya. Apabila novel itu diadaptasikan kedalam filem, aku pergi menonton dengan ingatan yang segar tanpa mengetahui mahupun mengingati semula kisah dan cerita Budak Setan.
Kasyah tidak digambarkan sebagai betul-betul setan. Kenakalan Kasyah adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lain.. masih belum setan lagi klu hanya setakat itu nakalnya. Setan lagi ALI SETAN..
Kasyah anti perempuan... tapi begitu mudah dia jatuh cinta terhadap Ayu. Begitu senang dia mengikis sikap anti perempuan yang di tanam sejak kecil. Kenapa tidak ditekankan sedikit scene ini. Sayang sekali.
Antara Ayu (Lisa Surihani) dan Ayu (Shiqin Kamal) persamaannya hanya pada suara. Andai Shiqin Kamal dapat mengikut gerak dan gaya Lisa Surihani, pastinya ia memberi kesan yang lebih kepada penonton. Apabila watak Ayu (Lisa Surihani) digantikan dengan Ayu (Shiqin Kamal) ia terus hilang dan seolah-olah mati disitu. Walaubagaimanapun lakonan Lisa Surihani harus dipuji terutama pada scene dia dipukul oleh Azmi (Que Haidar). Dari riak wajah sedih dan genangan airmata Lisa berjaya mengusik hati penonton (bagi aku la).
Que Haidar walaupun scenenya tidak banyak tetapi begitu memberi impak. Setiap kali kemunculannya, pastinya mengundah resah. Syabas.
OST Bila Cinta cukup membuai dan berjaya membawa penonton untuk terus menyelami kisah dan penderitaan cinta antara Kasyah dan Ayu. Kalau dialog-dialog didalam filem ini di beri lebih penekanan atau lebih puitis sama seperti lirik OST nya yang mengasyikkan itu.. pasti impak akan jauh lebih terasa.
Pujian juga kepada sinematografi dan pengarahan seni yang cukup baik.
Apabila kita membaca novel, kita akan berimaginasi dan berangan-angan. Kita membayangkan sesuatu mengikut kotak fikiran kita.. andai indah bayangnya .. maka indahlah gambarannya. Bukan mudah untuk membawa novel ke filem. Tidak semua naskah yang beratus-ratus muka surat dapat dimuatkan didalam filem yang berdurasi hanya 1jam 46minit.
Marilah kita pergi menontonnya.. LBS bisa membuatkan kita menangis, marah dan gembira.
Selamat menonton.... hehehehe
No comments:
Post a Comment