Monday, February 18, 2013

KERAT 14






Lama dah aku tak blog. 

Ok aku dah tgk filem ni KERAT 14.  Dan ini komen aku.

Jalan cerita yang straight forward. Satu scene tu ambil masa yang lama sangat.  Dialog yang meleret. Bagi aku untuk filem action thriller sepatutnya di selitkan sedikit rasa saspen. Langsung tak saspen. Awal-awal dah tau Haziq yang bunuh dan kerat Airil.  Kalaulah di twistkan sedikit endingnya itu lebih memberi impak kepada penonton.  

Scene pergelutan antara Haziq dan Airil dan juga Nurzara yang pengsan sepatutnya scene itu dibiarkan tergantung - fade to black terus kepada scene polis ketika berada di tempat pembuangan sampah dimana 2 org pekerja bangla menjumpai plastik yang berisi keratan badan manusia.  Barulah penonton akan tertanya2 siapa sebenarnya yang bunuh dan kerat mangsa.  Haziq atau Nurzara?.

Lepas tu fokus terus pada siasatan polis untuk mencari siapa pembunuhnya sampailah tertangkap Haziq dan Nurzara.  Semasa sessi soal siasat inilah diselitkan beberapa flash back macam mana Haziq kerat mayat tu dan buangnya.  Director boleh buat penonton syak yang Haziq buat semuanya tapi atlast Nurzara sebenarnya yang paksa Haziq kerat mayat tu.  

Untuk ending baru lah dimasukkan scene mcm mana perasaan sayang dan cinta antara mereka berdua.

Penggunaan pelakon baru yang kayu.  Scene bomoh yang tak sepatutnya ada.  Kenapa kalau polis je mesti cakap macam Gerak Khas?.  Cakap macam biasa tak boleh ke?.

Aku anggap Aaron dan Saleha macam jadi mangsa director je.  Sian diorang. 

layan lah trailer nya...