Wednesday, January 12, 2005

BEYOND BORDERS

Aku balik singgah Speedy Video nak cari vcd ONE HOUR PHOTO .. at last aku jumpa BEYOND BORDERS..

BEYOND BORDERS..cerita love story yg simple... tak meruntum jiwa.. aku anggap ia biasa shj... Bila tgk filem nie.. aku lupakan psl love storynya.. tapi aku tumpukan pada mesej yg nak disampaikan oleh penulis cerita ini.. Psl UNHCR yg membantu mangsa2 perang dan kebuluran.. Bagaimana konflik negara2 besar yg bersuara lantang berjanji menghantar bantuan.. tapi sayang bantuan hanya sekadar dimulut.  

Mangsa yg cedera dirawat dan dibedah tanpa ubat penahan sakit.. pedih tapi bak dialog didalam filem tu "kesakitan yg dialami tidak seperit kelaparan". 

Nick seorang doktor sukarela yg membantu mangsa2 ini.. yg akhirnya menyaksikan niatnya yg tersasar dek kerana terpaksa akur dgn kekurangan.. lantas turut membawa dirinya terlibat dlm kancah penyeludupan senjata api.. Nick tiada pilihan terpaksa menerima kerana bantuan ubat2an yg diterima lebih berharga dari maruah dirinya.

Dalam perjuangan utk membantu mangsa2 Nick terjebak dlm kemelut cinta dgn seorang wanita.. yg menyaksikan kematian dipenghujungnya.

Bagi aku tiada apa2 karisma dlm lakunan Angelina Jolie... tapi yg buat aku rasa nak tgk tu .. ofcoz kerana aku memang peminat Angelina Jolie.... lagi satu nie adalah salah satu watak yg tak pernah Angelina lakonkan. Dlm filem nie dia pegang watak seorang ibu... dan lepas shooting filem nielah.. dia terus decide nak ambil anak angkat dia tu.. Maddox.

No comments: