Tuesday, May 16, 2006

SELAMAT HARI GURU ... 16/5/2006

Bila ingatkan balik hari guru nie.. aku tingat time nie lee aku dok sibuk prepare nak wat show kat sekolah… Masa form 4 aku wat show Dikir Barat… then form 5 wat berlakon.. time tu aku pegang watak “amalan keji”… uiiihhh dasat tul nama watak tu. Belah petang plak lawan netball ngan cikgu2.

Entah kenapa ari nie aku tingat kat sorang cikgu kelas aku masa form 5 PPN (Pengurusan Perniagaan) Cikgu Noraini. Cikgu nie boleh lah aku katakan pendiam dan agak kurang mesra dgn student.. tapi bukan sebab dia sombong.. maybe dia kurang tegas dan lembut.. menyebabkan student byk yg besar kepala termasuklah aku.

Masa hari guru nielah kitoarang bleh wat dek jeeek kat Cikgu nie.. bukan marah atau boikot Cuma kitaorang tak ada rasa kesedaran & tanggungjawab. Terima kasih lah kat classmate aku Sanisah yg g pekan beli hadiah… coz dia terdengar Cikgu2 kat bilik guru dah wat gossip psl kitaorang.. so malam tu kat hostel dgn rasa bersalah yg amat sgt… bertungkus lumuslah kitoarang membungkus dan wat kad.. satu yg best time nie ialah kerjasama. Coz dlm tak sampai 15 minit jee kad n hadiah dah siap.

Kepada Cikgu Noraini aku nak minta maaf klu2 time aku jadi student dia dulu aku degil dan tak dengar ckp.. esp bila dia suruh wat keje umah… tapi satu perkara yg aku ingat bila satu keje umah pun aku tak buat dgn alasan tak dpt buku pinjaman… dan dia dgn nada perlahan dia ckp kat aku “suka ati kamulah … kamu nak belajar ke tidak ke.. terpulang” walaupun kata2 tu tak leee kesat… tapi time tu aku rasa mcm kena panah petir jee tetiba… then lepas tu slow2 aku study n try cover balik apa yg tertinggal.. tp tulah…. Semua tu mcm dah terlambat jeee.. anyway aku dpt gak leee credit dlm subject Business Management tu…

SELAMAT HARI GURU juga utk cikgu2 kat Vokasional Ampangan.. Cikgu Rosnah, Cikgu Lee Kaw, Cikgu Noraini (netball) dan cikgu2 yg aku dah terlupa nama diorang…

Sekolah Gombak Setia .. Cikgu Tan, Cikgu Rosnah, Cikgu Ravi, Cikgu Rahim, Cikgu Vincent, Cikgu Siti Hajar (dia jiran aku .. hehehehe), Cikgu Rusnawati, Cikgu Ramlah…etc…

Sekolah Rendah Gombak Setia… Cikgu Sharif, Cikgu Tan (klu tak silap aku leee .. klu salah sorry… dia nie ada berlakon iklan Sabun basuh dulu nie…), Cikgu Zuraidah, Cikgu Anwari (Guru penolong kanan yg lawak gileeee…)

Sekolah Rendah Sentul Pasar … Cikgu Gill, Cikgu ??? (cikgu BM aku time drj 4..tak ingat nama), Cikgu Norita, Cikgu ??? (aku pun lupa nama dia.. cikgu India yg klu dia dtg skolah jee aku n kengakawan akan serbu kete dia.. tolong angkat barang..)

EDI … Kak Are, Puan Hanim, En. Azli (misai), Abg Nan (tak kira lah … dia pun pernah gak ajar aku…)

Lagi satu.. Abg Baha… walaupun bukan cikgu .. tapi dia cikgu Hoki aku… first time aku kenal Hoki tu apa bendanya…

2 comments:

Anonymous said...

Hi! Just want to say what a nice site. Bye, see you soon.
»

Anonymous said...

Hallo I absolutely adore your site. You have beautiful graphics I have ever seen.
»