Thursday, March 17, 2011

SHORT EYES.



Kali pertama aku menonton teater di actor studio.. ialah 7 atau 8 tahun yang lepas. Ketika itu aku pergi hanya kerana nak menonton kawan aku yang berlakon ketika itu.. maaf tajuk teater tu aku dah lupa.. waktu itu actor studio masih lagi berada di dataran merdeka. Dan semalam adalah kali ke 2.

Menonton Short Eyes memerlukan minda yang terbuka. Ini kerana dialognya yang tidak bertapis. Ada juga aku terdengar suara-suara kecil kat belakang aku yg cakap "eee malunya".. hahahaa... tetapi dah sah2 kat poster tulis 18thn keatas.. dah inform awal2 ada unsur yang xpatut.. hehehe..

Short Eyes mengisahkan kehidupan didalam penjara golongan minority org kulit hitam, Puerto Rico dan kulit putih. Sewaktu menyaksikan Short Eyes, nafas aku turun naik.. kus smangat.. terutama babak yang menyaksikan Clark Davis dikelar lehernya.. TAHNIAH! babak yang paling aku suka. Kehadiran Clark Davis adalah kemuncaknya.. Lakonan yang mantap dan bersahaja daripada pelakon2nya. Dialog yang straight forwad.. xyah tapis2.. hehehe...

Kalau nak tahu bagaimana keadaan didalam penjara, pergilah menonton Short Eyes.. kita dapat lihat hukuman dijatuhkan terlebih dahulu sebelum mahkamah memutuskannya. Itulah realitinya...

Omar ” Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. ”

Short Eyes akan dipentaskan sehingga 20 Mac ini.

Aku pernah juga mendengar cerita-cerita dlm penjara yang diceritakan oleh mereka2 yg mempunyai pengalaman... ;-)

Sinopsis Short Eyes -- www.theactorsstudio.com.my
Gambar-gambar sewaktu pementasan Short Eyes ---www.mohdhaiqal.com

Aku terus menyusun jadual untuk menyaksikan pementasan akan datang.. MADU II (6-10 Apr)

No comments: