Friday, November 18, 2011

AKU BUKAN TOMBOY.....



Aku cuba jugak meluangkan masa untuk menonton cubaan pertama Shamsul Yusof untuk filem bergenre komedi iaitu ÁKU BUKAN TOMBOY'.  Dari segi jenaka memang mampu membuat penonton ketawa walaupun tidak lah sekelakar Hantu Kak Limah atau Baik Punya Cilok tetapi cubaan Shamsul tidak mengecewakan.


Dari segi jalan cerita mungkin ada tergantung sedikit.  Tak tau lah aku pada orang lain kerana apabila aku menonton aku tertanya2 apakah kejadian atau kisah silam yang dilalui oleh Farisha sehingga dia berpewatakan seperti tomboy.  Ini kerana terdapat dialog dari Sha yang mengatakan kerana kisah silam dia jadi begitu.  Adakah dulu Sha memang bercinta dengan pengkid atau kecewa dengan lelaki ataupun dia sememangnya kasar? 

Diakhir cerita kita disajikan dengan persoalan, siapakah pilihan Sha, samada Harry (Shaheizy Sam) atau Burn (Shamsul Yusof).  Mungkin juga pengarah menjangkakan untuk membuat sequel, dan sebab itulah ending nya begitu. 

Filem ABT mahu memberitahu kita bahawa tidak semua wanita yang berambut pendek atau berpakaian seperti lelaki mempunyai citarasa terhadap kaum sejenis. Tomboy bukan pengkid. Tomboy sekadar wanita yang lebih selesa mengenakan pakaian seperti lelaki dengan sikap yang sedikit kasar dan sangat simple.

Bagi pendapat aku seandainya di ceritakan sedikit apa kesudahan pengkid2 yang berebutkan Sha mungkin lebih baik.  Konflik perempuan tomboy seperti Sha yang dihina oleh keluarga kaya Burn adalah sangat biasa bagi aku.  Cuba kita keluar dari kotak ... apa kata kalau dibuat watak Datin Seri (ibu Burn - Didie Alias) rupanya pernah menjadi pengkid.  Bila berjumpa dengan Sha mungkin penghinaan itu sekadar mahu menguji atau hanya gurauan atau juga ingin memberitahu sesuatu.  Kebetulan rambut Didie juga pendek didalam filem ini.  Dan Bell (Sheera Iskandar) akhirnya jatuh cinta dengan Botak.  Pendek kata buat je la semua2 pengkid tu kembali ke asal iaitu menjadi perempuan sejati.


Aku tak berapa selesa bila dialog pengkid terlalu menjerit-jerit dan ayat sangatlah gangster.  Kerana pengkid tidak semestinya begitu.  Kalau dikurangkan menjerit dan dialog gangster tu dikekalkan mungkin sudah cukup menggambarkan mereka kasar. 

Walau apa pun filem ini tetap menghiburkan dan tidak rugi ditonton.  :-)

No comments: