Yes... mata aku masuk habuk... non stop berabuk... berair2 :P...
"Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku"
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku"
Bait-bait lirik ini lekat dikepala aku selepas menonton Ombak Rindu. Bait-bait ini diulang beberapa kali dlm beberapa scene. Seolah memohon untuk penonton memahami derita hati Izzah. Sikap kejam dan bengis Hariz akhirnya patah kerana cinta. Banyak pengorbanan yang dituntut dalam filem ini. Pengorbanan Hariz untuk ibunya, pengorbanan Mila untuk Hariz, Pengorbanan Izzah untuk Hariz, pengorbanan Mail untuk Izzah dan juga pengorbanan Pak Dollah untuk arwah Ayah Haris.
Diadaptasi dari Novel tulisan Fauziah Ashari. Sekali lagi kita saksikan Tarantella Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw Sdn Bhd mengangkat naskah novel ke layar perak. Mungkin ada sesetengah mereka yang membaca novel ini akan mengatakan ada beberapa babak tidak kena atau tidak ada dalam novel. Tetapi kita kena faham mungkin ada beberapa dialog atau babak didalam novel tidak sesuai untuk di visualkan dan ada babak2 yang ditambah untuk menguatkan lagi jalan cerita. Setiap mereka yang membaca novel Ómbak Rindu' punya bayangan sendiri. Apa yang di paparkan di layar perak adalah bayangan Pengarahnya Ósman Ali'.
Hariz mengutip Izzah bak dialognya "áku kutip kau sama macam kau kutip kucing kau tu" diwaktu hujan, bagai menggambarkan deraian airmata Izzah yang mengharap simpati Hariz untuk membawanya keluar dari terus menjadi pelacur. Izzah juga dihalau dari rumah sewaktu hujan oleh Datuk Sufiah bersama dentuman guruh bagai membayangkan perasaan Izzah ketika itu yang tertekan dan meronta-ronta untuk berada disisi Hariz.
Mila diva, Mila degil, Mila pentingkan diri sendiri.. semua itu terlerai bila Mila akhirnya menangis dan meluahkan perasaannya kepada Izzah. Mila juga mengaku dia tidak punya sahabat untuk dia bercerita tentang kesedihannya. Ternyata disini Mila sentiasa hipokrit dengan perasaannya kpd org disekelilingnya.
Watak Izzah dibawa dengan baik oleh Maya Karin walaupun sebelum ini byk komen yang kurang bersetuju dengan pemilihan Maya Karin. Menangis yang tidak keterlaluan serta menahan air mata dari terus mengalir serta pandangan mata, itu sudah cukup bagi aku.
Kelainan lakonan dari Lisa Surihani untuk watak Mila. Aku rasa Lisa sgt sesuai untuk membawa watak antagonis. Riak wajah, gerak tubuh, jelingan mata serta suara yang kasar memang sesuai dengan watak Mila. Selepas ini biarlah Lisa bawa watak-watak seperti ini.
Aaron Aziz memang menjiwai, terutama bila dia menangis... memang terasa.. :D
Adengan ranjang yang digembar-gemburkan tidaklah keterlaluan sangat. Sengaja di besar-besarkan untuk menarik penonton.
Aku xtau nak bagi bintang2 nie... jadi aku bagi ''4 tuala tesco'' untuk dibawa ke panggung... hehehe
"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah"
aku cukup xselesa klu time tgk org seblah aku sibuk dok gelak... pastu nak wat2 kelakar... ala klu nak nanges... nanges je le .. xyah le nak cover2... tampar kang... :D
No comments:
Post a Comment