Monday, October 29, 2012

UNTUK TIGA HARI



Bila tengok nama Tarantella Pictures atau lebih dikenali sebagai penerbit Ombak Rindu & Lagenda Budak Setan, tentu ramai yang dah dapat bayangkan bagaimana bentuk arahannya serta elemen-elemen romantik dan menyentap jiwa. 

Lihat nama pengarah Afdlin Shauki telah membuat aku teruja untuk melihat bagaimana Afdlin menggarap filem romantik.  Tetapi Afdlin tetap Afdlin.  Humor tidak boleh dipisahkan. 

Memang ternyata filem keluaran Tarantella kali ini lari dari trademark mereka.  Cara penyampaian didalam filem ini juga mempunyai kelainan.  Ia ibarat kita sedang menghadiri kursus kahwin.  Setiap bab diikuti dengan praktikalnya :D:D.

Jangan risau kita tidak akan menangis kerana sedih tetapi kita akan menangis ketawa ketika menonton filem ini. 

No comments: