Friday, August 11, 2006

SERI

...Kisah sekumpulan pelajar yang tersangkut di lapangan terbang dan terpaksa bermalam disebuah asrama kerana tiadanya kekosongan hotel maupun rumah tumpangan.

Mereka berkumpul dan berbual hingga larut malam. Keadaan makin larut... dan koridor hanya diterangi lampu kalimantang yg semakin malap.

Suasana diluar begitu sunyi, mungkin kerana penghuni dikawasan itu sudah mula diulit mimpi.
Seorang dari mereka.. Ramli mula membuka satu cerita yg didengarinya petang tadi.

Suatu ketika dulu asrama itu dihuni oleh pelajar2 perempuan. Ketika itu bilik2 pelajar perempuan disekat2 dgn kayu yg menempatkan seramai 5 org satu bilik.

Bilik nombor 5 dihuni oleh 5 sahabat iaitu Maria, Delima, Hanim, Manis dan Seri. 5 sahabat ini terkenal dgn kenakalan mereka yg suka mengusik rakan2 dibilik lain.

Selain cuba menakut2kan rakan2 diasrama itu, salah seorang dari mereka iaitu Seri sering berdiri ditepi pintu bilik sambil wajahnya menjenguk kedalam. Aksi Seri ini sering mengundang rasa takut dan terkejut penghuni yg lain.

Pada suatu hari, hari Jumaat.. tarikh 5.5.1995 jam 5am.. mereka telah dikejutkan dgn berita kematian Seri yg dijumpai tertiarap dikawasan ampaian.

Ditangan Seri dijumpai sekeping keratan kertas. Dan dikertas itu terlukis satu gambar.. Mereka tidak dpt mengesan gambar tersebut kerana gambar itu hanya suku sahaja... Setelah siasatan dibuat akhirnya lebihan keratan kertas itu telah dijumpai iaitu tersimpan ditangan 4 sahabatnya yg lain.

Mereka disoal siasat..

Maria, Delima, Hanim dan Manis telah menceritakan bahawa mereka telah menjumpai kertas itu di dalam bekas kepunyaan Seri lalu mengoyak2kannya kepada 5 bahagian... yg mana bahagian kelima ditinggalkan didalam bekas itu... Tujuan meraka hanyalah satu.. sekadar gurauan dan usikan buat Seri.

Hanim berkata dia hanya tersedar bila terjaga utk membuang air kecil .. dan mendapati Seri tiada dikatilnya.. Selepas itu dia ketandas .. Dan ketika itu lah dia ternampak Seri tertiarap di bawah ampaian.

Lebihan keratan itu dibuang.. bersama2 barangan Seri yg lain.
Setelah hampir 5 bulan berlalu mereka dikejutkan lagi dgn insiden baru iaitu Hanim diserang histeria, Delima jatuh sakit dan masih terlantar dirumah hingga kehari ini dan Maria telah berpindah kerana terlalu takut.

Dan setiap 5 haribulan, tepat jam 5am mereka akan dikejutkan dgn bayang2 Seri berdiri ditepi pintu. Sehingga sekarang masih tidak diketahui apakah rahsia disebalik keratan kertas itu...
Ramli menghela nafas setelah penat bercerita... dan tiba2 seorang rakannya menjerit "Seri.. Seri!!" sambil menunding jari kearah pintu.. dpt dilihat kelibat Seri yg berdiri sambil tersenyum..

Selepas itu kedengaran Azan subuh... lantas aku terjaga...
uwaaaaa!!!! seram aku siot aku mimpi hantuuuuuuu...!!!

Wednesday, August 02, 2006

#@%^^&&&&&


Dah lama aku tak balik kat banglo 13 tingkat aku nie... Habis dah bersawang2.. kat bilik kat dapur pun dah berabuk... perabot2 kayu jati, cenggal ku pun dah penuh ngan debu.. dah boleh tulis "boz's was here" kat perabot2 aku nie.. hehe

Ari nie nak wat housekeeping lee... harus aku bleh jumpa lipas... takpun mak iti (bukan siti nurhaliza tau...).

Sepanjang aku g lepak umah len... mcm gak benda terjadi... antaranya.. LRT Putra yg stuck kat tunnel tu... ish.. seb baik aku tak da dlm tren tu... Aku cuma tersangkut kat stesen KLCC jee.. tak dpt naik tren.. ingatkan sekejap jeee... Aku pun g leee melantak kat burger king dulu.. alih2 kluar mcm tu gak... so apa lagi cari teksi lah nak balik... bukan tak ada bas.. tapi dah bertahun tak naik bas balik umah.. aku pun jadi cam kelam kabut.. At last sampai gak umah.. tapi bukan naik teksi... laki aku gak yg kena dtg jemput...

Minggu nie aku mcm kelam kabut sikit... jumaat nie aku dah nak kena g langkawi.. office trip.. tak pergi rugi.. semua sponsor... Jadi umah aku kena gak kemas dan uruskan mana patut... takkan nak biaq p mcm tu jeee...

Final AF4 nie aku tak dpt tgk.. coz kat Langkawi... tapi takpa... Astro akan wat ulangan sampai kita pun naik boring... hehehe..

Tahun nie kasik lee pompuan lak yg menang....
chow...