Wednesday, November 04, 2009

PAPADOM...

Ketawa, sedih, ketawa, sedih, ketawa, sedih......

Microfon : Apa yg anda rasa selepas kuar dari panggung?
Ajememang : Saya rasa lapar
Microfon : Apa yg anda nak lakukan selepas ini?
Ajememang : Saya nak cari PAPADOM
Microfon : Nak cari kat mana?
Ajememang : Kat mana2 yg ada jual PAPADOM. Nak cari PAPADOM BUATAN MALAYSIA..xnak PAPADOM buatan luar..
Microfon : Kenapa? bukan ke sama shj..
Ajememang : Tak.. tak sama.. Bentuk mungkin serupa tapi rasanya lain, rasanya mungkin sama tapi nikmatnya berbeza.
Microfon : Kalau dah jumpa PAPADOM nanti, anda nak buat apa dgnnya?
Ajememang : Nak pandang sambil cuba mendalami, nak makan sambil menikmati rempah ratusnya sekali.

Microfon : Selepas itu?
Ajememang : Saya nak ajak kawan2 g makan PAPADOM.
Microfon : Sedap sgt ke?
Ajememang : Awak penah rasa?..
Microfon : (Geleng)
Ajememang : Itulah... blum rasa awak mana tau.. rasalah dulu .. baru tau..
Microforn : Nak gak rasa.. tapi org ckp ....
Ajememang : Yang pegi dgr org ckp nape?.. rasalah dulu..
Microfon : Tak biasa makan PAPADOM
Ajememang : Tak biasa?. nie mesti makan spagheti kan... tula org len makan spagheti, ko pun nak makan spagheti, ko x tau ke yg spagheti pun boleh campur belacan.. tapi org xkan sebut spagheti belacan kan.. org mesti sebut spagheti boloneise apa ke benda ntah tu....

Microfon : Selepas ini adakah PAPADOM akan menjadi makanan kegemaran anda?
Ajememang : Ya sudah tentu... terutama sekali PAPADOM buatan Malaysia..
Microfon : Tak rasa bosan ke nanti asyik makan PAPADOM sahaja..
Ajememang : Bosan tu mungkin ada klu semua orang nak buat PAPADOM yg sama.. harap2 lepas nie ada org yg nak buat PAPADOM perisa kari ke, asam pedas ke, laksa ke, masak lemak ke... Malaysia kan mcm2 ada...
Microfon : Hmmmmm....

Thursday, October 22, 2009

RAYA SAKAN...

Uiiihhh!!! Lama x update blog... Raya tahun nie walaupun x byk open house yang aku attend.. tetapi open house yg satu ini.. amat bermakna.. open house yg satu ini yg paling sakan.... so kerana open house inilah ... aku rasa raya kali nie .. aku Raya Sakan... uhuhuuuu...



"Tak Henggat"



"The Best"

Saturday, August 22, 2009

GEMA MERDEKA, TEATER MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK..



Berpeluang bersama-sama mengenali perjuangan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua serta keperibadian beliau didalam pementasan teater muzikal Gema Merdeka Tun Abdul Razak 16-20 August 2009 yang lepas, sesuatu pengalaman yang amat berharga bagi saya.

Tun Abdul Razak adalah bapa perpaduan yang mana usaha beliau dalam menyatukan rakyat berbilang kaum di Malaysia melalui rentetan sejarah Komunis, konfrantasi serta 13 Mei dan juga pelopor kepada Dasar Ekonomi Baru, memberi makna yang cukup besar didalam pembangunan Malaysia.

Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ke 52, Datuk Rahim Razali telah mengangkat naskah ini untuk dipentaskan kepada penonton. Dengan diterajui oleh Rashidi Ishak sebagai Tun Abdul Razak dan Fauziah Latiff sebagai Toh Puan Rahah Mohd Noah, naskah ini dianggap berjaya dalam menarik penonton untuk memenuhi setiap kerusi di Istana Budaya.

Saya sendiri berpeluang menontonnya sebanyak dua kali.

Namun masih ada beberapa kekurangan. Melihat rasa hati saya selepas menonton teater ini, pengalaman itu berharga tetapi kepuasannya kurang terasa. Kurang rasa puas seperti ada yang tidak kena. Teater ini saya rasakan lebih kepada memaparkan keperibadian Tun Abdul Razak sebagai suami dan bapa. Setiap segmen yang dipaparkan seperti terputus tiada berkait diantara satu sama lain. Andaikata segmen mengenai perjuangan beliau dipadatkan dalam satu ruang, saya rasa penonton akan lebih faham dan kemudian barulah keperibadian beliau sebagai suami dan bapa.




Watak Tun Abdul Razak yang dijayakan oleh Shidi, saya rasakan terlalu berat untuk dibawakan. Saya lebih terkesan dengan watak2 Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail dan Wan Rakyat. Tetapi ini adalah lakonan pentas pertama Shidi, mungkin pada masa akan datang ia masih berpeluang untuk dibaiki. Walaubagaimanapun usaha Shidi juga haruslah dipuji.

Bagi Fauziah Latiff pula, lakonan beliau amat memberi kesan walaupun wataknya tidak besar dan kemunculannya tidak sepenuhnya. Tetapi setiap kali muncul dipentas impaknya begitu terasa dan dapat menutup kekurangan Shidi. Vokal Fauziah Latiff juga begitu menonjol berserta penghayatan watak sebagai Toh Puan Rahah yang dijiwainya bersungguh2 terutama pada segmen akhir, membawa kepada tepukan gemuruh penonton. Tahniah.




Walaupun begitu, teater ini tetap menghiburkan, lebih2 lagi dengan adanya unsur humour yang diserapkan. Sekalung tahniah untuk team MTAR.

Selepas ini apa pula,... "cuci the muzikal" mungkin... :-).


(source pic : www.mstar.com.my)

Friday, August 07, 2009

REUNITE, RAFTING, CAMPING...

VOKAY TOGEDER2 AGAIN..

Reunion Vokay ngan geng2 lama tahun 92... Best gile... biasa aa dah lama xjumpa n bila jumpa menjerit.. mmg adatnya mcm tu.. xpuas jumpa n nak jumpa lagi..insyaAllah Dec nie.

Tak terkata...

Selepes 17 tahun...

RAFTING .. "CHICKEN DROP"

Dah lama gian nak rafting.. last week dpt gak lepaskan gian ditangga eh silap.. di Kuala Kubu. walaupun ada gak yg xdpt pegi last2 minit tapi xpe xtvt berjalan lancar. Pkl 5.30am Rus dah sms suh bangun.. seb baik aku memang x tido pun.. 6.15am aku dah berjoging g tunggu depan Penara... itu ini smpai kat KKB pkl 8.30am.. Tolak campur breakfast ngan darab n Kali semua, dlm pkl 10++ gak lee baru stndby kat tempat kejadian. Brader guide tu kasik taklimat lama laa plak.. aku ngantuk.. uhuhuhuu..

Ada 4 jeram..start dari level 2 ke level 4.. Semua kami lalui dengan selamat .. Alhamdulillah..

Mengharapkan bot2 terbalik tapi ada 1,2 je yg menjadi. Bot aku x terbalik coz berat... x tau apa yg berat, orgnya atau botnya... heee. Kitorng dah siap sengetkan bot n tarik nak suh terbalik.. x gak menjadi.. dah tergelak2 segala terus je aku terjun... haa pueh ati... hehehehe.


Standbyyy...

Tenggelammmmmm.....


XTVT nie xberenti .. akan diteruskan dengan pelbagai xtvt di masa akan datang.. InsyaAllah klu xde aral melintang pukang on 15 Aug nie aku g rock climbing kat batu caves..


Selesai... jumpa next xtvt...

CAMPING DI IB..

Camping?.. hehhee... insyaAllah aku g tengok TEATER MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK, diadaptasi melalui ilham pelajar2 ASWARA, sebuah arahan dari DATUK RAHIM RAZALI, lakonan utama oleh RASHIDI ISHAK & FAUZIAH LATIFF.


16 - 20 August 2009
Tiket RM30 - RM50


Terajunya... (pic from Fauziah Latiff facebook.. KG pinjam gambo nak amik aura.. hehehe)

p/s : Good luck to Ija on FFM... BLOG MATE

Tuesday, July 14, 2009

VOKAY ....................

Macam x percaya pun ada bila jumpa balik geng2 skolah. Bentuk fizikal n wajah semua dah berubah. Bila tgk semula pic2 lama memang gelak xhengat.. Ayien aa suh aku create FB grup vokay... mula2 geng2 pmpuan jee.. pastu dah meningkat .. dak2 lelaki pun ada.. yg lama gile x jumpa n x terpikir pun akan jumpa.. berjumpa semula. Macam2 cite ada..

Skg Sekolah Vokasional Ampangan Seremban dah xde lagi.. dgrnya nama dah tukar... wajah pun dah bertukar.. Tapi memori tetap ada. Sekolah unik bagi aku coz mcm blajar kat dlm kawasan perindustrian. Bangunan2 semua penuh bengkel. Bunyi mesin hari2. Uniform skolah susah nak jumpa ... coz semua pakai baju bengkel or coverall. Budak2 commerce mcm aku jee yg pakai baju skolah. Tapi building commerce pun akan bising bunyi mesin walaupun x de mesin. Bunyi typewritter aa apa lagi.. dak2 PPJ (pengurusan pejabat) akan pektis kelajuan menaip... mcm hujan time tu bunyi typewritter zaman karbon n kena tekan kuat2 tu... heeee. Aku walaupun x terlibat dlm sessi kelajuan tu.. tapi aku suka tul sergah diorng time tu.. coz menda tu kena pokus xleh wat silap.. Time2 mcm nie lah klu sergah harus terkejut kambing... hilang semua.. hehehee... Sorri ek ayieen .. aku slalu sergah kat tingkap.. tapi ko x fail kan peksa... hehee...

Tingat plak warden cabut kepala plag tv coz xbagi kitorng tgk tv... tapi silap aa.. wat kat dak2 vokay.. dah sah2 dirong blajar elektronik n elektrik.. heheh.. x smpai 5 minit dah boleh tgk balik tv tu... heee.

Xsabar nak rafting and camping Aug nie....



TEAM NETBALL 92'

Monday, July 06, 2009

KEMANA KENARI.. hee

Jom lah layan lagu nie dulu... one of my fav lyric...

Kenari
(ross ariffin / amran omar)

Di sangkar berduri
Mimpimu setinggi bintang-bintang
Namun apa daya
Langkah yang terbatas
Tidak lepas bebas

Sebelum kemari
Dulu tidak begini
Sayapmu lebar
Tinggi berterbangan ke awan
Hidup dalam tawa riang
Tak pernah kesunyian

Duhai kenari
Kini kau sendiri
Begitulah nasib
Mungkin kelalaianmu sendiri
Jerat yang menanti

Tanpa disedari
Menyekat semua haluan
Kini bertemankan
Sepi dalam kurungan

Mata dan hati
Dalam sangkar yang berduri
Tangis tak berlagu
Menghitung hari berlalu
Tunduk menyerah
Hanya pasrah
Pada segalanya

Kini bertemankan
Sepi dalam kurungan
Dipagari
Resah tak siapa peduli
Menyingkap kembali
Jalan yang kau lalui
Adakalanya gambaran hidup kita
Yang ku rasa
Bagaikan tida beza
Dahaga
Mencari kebevasan diri
Oh yang abadi...

Thursday, June 11, 2009

KHINCING GRUP ... BEREEH CHALLENGE....

For 2nd time sessi "Kuar Pekan"... bawa ayieen g tgk Syurga Cinta. Pastu sessi lepakking. Janji ngn Tony kat Mines. Duk le kat AnW.. gelak... gelak.. gelak... Dah lama x gelak mcm nie.. skali2 jumpa.. terburai isi perut segala. Aku lupa nak amik gambo. ish .. ish... KHINCING GRUP wat reunion. hehehe.. cuma kurang sorang jek.. Dahlia.. Hope one day dpt togeder2. Sekejap jee rasa lepak.. masing2 terpaksa berangkat.. ye aa ada komitmen lain plak.. amik anak .. ahahaha.



Sebelum...
KHINCING GRUP... Ayieen, tony, bozs, dahlia(xde dlm gambo)

Selepas..


"KALAH BERGAYA.. MENANG BERLAGAK"..


6 June lepas wat BEREEH CHALLENGE, PAINTBALL. 1st time organize menda nie and 1st time gak men tembak2. Pengalaman yg x boleh lupa. Hilang stress aku bila dpt tembak org (walaupun x kena).. tapi enjoy tahap gaban aaa. Biasa aa 1st timer kan... harus lee kecoh x henggat. Dah lee x brp nak paham rules nya.. Tapi alhamdulillah ebiting is bereeh that day. Klu terkurang tu maaf le. Next time insyaAllah wat lagi grandstand..heee.

So semua ikut motto "Kalah Bergaya.. Menang Berlagak".. Yang kalah semua bajet kontrol cun.. yg menang memang x henggat berlagak gileee... hehehehe. Ramai lee yg dpt pangkat Sarjan & koperal kat badan masing2 termasuk aku.. Camne aku leh xpasan kena tembak.. alih2 bertepek jee lebam kat bahu. Sampai skg x ilang lagi lebam tu. Ish..ish mak dah bajet hebat dah ari tu.. rasa diri mcm terror gile x kena tembak.. skali ada gak tertepek pangkat koperal.. xpe2. Memang rasa nak main lagi pasni.. x puas ari tu.

Dah lepas main polis sentri nie... kena plak g carik buah kelapak.. ok2 sapa2 ada buah kelapak kering.. meh kasik kat sini.. hahahahaaa. Pastu rafting!!!! yeay... gian rafting kat KK x ilang lagi nie.. x sabarnya. Next plak jadi cicakman pnjt Batu Caves.. oh yeah rock climbing...

More story on Bereeh Challenge at blog mate..