BUKU DARI PENJARA
Ada kisah yang sukar untuk kita
riwayatkan. Ada kisah begitu senang
untuk kita temukan. Apa pun kisah yang
di paparkan, biarlah ia menjadi kisah yang di simpan atau di luahkan sekadar
mewarnai kehidupan kita sebagai manusia.
Perjalanan kisah yang ingin aku
titipkan ini terselindung di sebalik tembok dan batu-batu keras yang kuat dan
utuh. Jangan di hukum pada silam mereka
tetapi nilailah dari jiwa insaf didalamnya.
Subuh itu aku duduk bertakafur di
sejadah buat seketika. Pagi ini aku akan
menyelami satu kehidupan yang jauh perjalanannya. Aku masih berdoa semoga apa yang akan aku
alami nanti menjadi teladan buat semua dan diriku jua.
“Ya Allah, KAU berkatilah dan
permudahkanlah perjalanan aku hari ini, juga pada hari-hari mendatang. Inilah hijrahku, Jihadku.”
Kesesakan waktu pagi di Kuala Lumpur
bagai tiada penghujung. Manusia ini adakalanya
mengikut peraturan tetapi kadang-kadang bagai terlepas kandang gayanya. Di stesen monorail ini begitu ramai
manusia. Mungkin aku silap percaturan. Tidak perlu menyeksa diri sebegini, ubah
sahaja waktu lewat pukul 9 pagi.
Pastinya lengang tidak bersesak begini.
Tetapi aku tidak boleh mengikut jadual sendiri, itu mementingkan diri. Janji sebelum pukul 9 pagi, wajiblah aku
hadir seawal dari itu.
Di dalam keadaan bersesak dengan
manusia d idalam gerabak yang sempit ini, berbagai reaksi ada pada wajah
mereka. Suka, benci, penat, rela atau
terpaksa melakukan rutin ini setiap pagi.
Kita jalani fitrahnya tanpa tahu bagaimana akhir penghujungnya nanti.
Aku tiba di destinasi yang di janjikan. Pintu gerbang penjara pudu itu seolah-olah
menyambut kedatangan ku dengan berkata ‘mari anak muda, masuklah ke dalam,
lihat apa di hidang, perhati setiap kejadian dan jangan lupa hayati setiap
detik penyesalan’. Aku mulakan langkah
pertama. Bismillahirahmannirahim.
Hj Nain menggulung-gulung kertas
putih yang sudah di sumbat tembakau. Di urutnya
berkali-kali. “Assalamualaikum anak ku”
. Sapaan itu mematikan langkah ku. Si tua itu begitu tenang menyalakan rokoknya. Berkepul-kepul asap di hembus ke udara. “Kedatangan mu hari ini begitu tepat pada
waktunya”di sedutnya puas-puas rokok di tangan.
“Marilah masuk ke dalam, kita bayang bagaimana perasaan dan
sesalan”. Kaki ku amat patuh sekali
menuruti jejak langkah Hj Nain.
Hj Nain mengambil satu kayu cota lam,
di seret perlahan pada jeriji besi di
sel pertama.
#bukudaripenjara
#bukudaripenjara
****
No comments:
Post a Comment