Wednesday, December 30, 2009

Muallaf




Selepas menonton filem Muallaf baru aku tau filem ini bukan filem yg berat.. Muallaf tidak menceritakan tentang pertukaran agama dari bukan islam kepada islam.. tetapi Muallaf adalah pertukaran keadaan atau diri setiap watak didalam cerita ini.. Yasmin Ahmad menggunakan perkataan Muallaf hanya sebgai ganti kepada perkataan pertukaran.

Menceritakan kehidupan Brian, Rohana, Rohani yang masing2 punya cerita... bagaimana semuanya bertukar dari gelap kepada terang. Mereka bertukar dengan cara dan pegangan sendiri. Cuma YA menggabungkan ketiga2 nya menjadi satu... YA meletakkan lagu2 gereja sebagai latar .... YA membuat watak Rohana & Rohani sebagai adik beradik yg dididik oleh ibu mereka untuk sentiasa bertukar2 pendapat, berbincang dan membaca. Mereka mengkaji setiap apa yg mereka baca terutama tentang agama. Tetapi mereka tetap mengangkat Al-Quran sebagai amalan dan panduan. Mereka berjaya membuat Brian untuk sama2 membaca tafsir Al-Quran.. menimbulkan minat Brian utk turut serta belajar bahasa Arab dan bagaimana berkatnya surah Al-Baqarah..

Ramai diluar sana yang belum menonton menganggap filem Muallaf ini cuba utk menyamakan Islam dgn agama2 yang lain.. Ini mungkin kerana tajuknya Muallaf... Pergilah menonton dan anda akan tau kenapa filem ini dipanggil Muallaf.


Wednesday, December 09, 2009

Bertamu DiKalbu

Mula2 dgr.. mcm x percaya nie lagu Jac.. rendah je tone dia... sesekali dgr Jac tone down kan volume dia rasa best pulak... Melodi lagu nie memang syahdu sangat.. Mcmanapun aku masih cuba nak memahami liriknya...adeehhh....

Bertamu di Kalbu

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Lagu/Lirik : Anjang Jinbara




p/s : x sabar nak tunggu KU DISINI .. :-)