Thursday, April 29, 2010

HOOPERZ.......


Mengisahkan 7 orang pelajar kolej yang terdiri dari pelbagai latar belakang menyertai pasukan nettball. Dengan latar belakang yg berbeza dan bermacam-macam cerita, mereka di gabungkan didalam pasukan nettball untuk bersama-sama membawa team hooperz menjadi juara antara kolej. Menceritakan tentang teamwork dan komitment yang harus dipupuk bila berada didalam pasukan.

Sebuah cerita yang lain dari kebiasaan. Mungkin aku dah bosan dengan cerita rempit atau bohsia.. Hooperz dapat mengubah sedikit selera kita. Sukan nettball bukanlah sukan yang menjadi favourite atau terkenal mcm bolasepak or futsal... tapi itulah yang menampakkan filem ini mempunyai kelainannya tersendiri. Rata2 kita sendiri tahu mengenai nettball cuma kita tidak pernah lagi melihat cerita mengenai nettball difilemkan. Jadi secara tak langsung ianya menjadi sesuatu yang segar untuk ditonton.

Penampilan pelakon2nya juga dpt menggambarkan yang industri kita sebenarnya ramai pelakon2 pelapis yang boleh diketengahkan. Mereka2 ini bolehlah dianggap muka2 baru yang bakal menjadi heroin untuk filem2 kita.

Filem Hooperz ini kalau digarap dengan lebih teliti pastinya kualitinya akan lebih tinggi. Semangat kesukanan dan juang didalam pasukan, tidak dapat memberi cukup impak kepada penonton.. Andai kata di babak perlawanan akhir itu... fokus mengenai semangat dan rasa juang itu di beri lebih perhatian... pastinya penonton akan sama2 merasakannya. Bagi filem2 yang melibatkan cerita2 seperti ini... sudah semestinya jiwa, semangat & perjuangan itu adalah point utama.

Dimasa akan datang, aku berharap akan ada lagi cerita2 seperti ini.. cerita yang membawa sedikit kelainan dan menjadi sesuatu yang segar dan seronok untuk ditonton. Kepada yang ingn tahu apa yang terjadi kepada pemain2 nettball ini... pergilah menonton..

HOOPERZ membuatkan aku rindu nak men nettball semula.... uhuhuhuuuu.....

p/s: Amy Mastura comel je .. mcm dak skolah..

Tuesday, April 13, 2010

SARA BERGELORA LAGI... (GELORA DIHATI SARA MUSIM KE 2)

Selepas Gelora Di Hati Sara musim pertama mendapat respon yang baik dari penonton.... Diatas permintaan ramai Gelora DiHati Sara musim ke 2 kembali lagi ... terima kasih buat Rosyam Nor & Suhan Movies.... Tak puas melihat lakonan Fauziah Latiff dimusim pertama?.. Musim ke 2 dgrnya lagi dasat geloranya....