"..kamu letak syg kamu pada lis ditempat yg paling tinggi.."
"..tapi saya tak mampu nak letak lebih tinggi daripada sayang saya pada Allah.."
Walaupun aku terlepas waktu siarannya tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menonton telemovie ini. Tahniah buat penulis skripnya Rohaya Ibrahim.
Sebagaimana jalan cerita ini yang membuat penonton meneka, mengagak atau ada juga yang terus seolah-olah tahu ending nya, namun diakhirnya penonton sendiri terpegun. Sama macam aku :D. Bermacam-macam yang aku teka,.. bermula dari dialog Ed dihospital "saya mahu ceraikan isteri saya". Pelbagai andaian yang aku buat.. Ed dah kahwin dengan Aisah sewaktu di Jepun, Ed kena Aids, Ed mati pucuk lepas accident.. uhuhuhu. Bila tiba scene Ed menceritakan kenapa dia jadi macam tu .. terus aku terpikir .. owh asalnya memang salah Lis gak. Tup2 sebenarnya bukan.... Zul Ariffin punya keje.
Penceritaan didalam telemovie ini mampu membuat penonton untuk terus menonton dan menunggu jawapan walaupun pelbagai andaian yang difikirkan.
Setiap scene itu ada jawapannya. Dialognya juga indah. Jalan cerita yang menarik. Banyak pengajaran yang kita dapat... esp untuk pasangan suami isteri. Komunikasi dan perbincangan itu sangat2 penting. Tahniah juga buat pelakonnya.. Beto Kusyairi & Nora Danish yang memberi jiwa dalam watak masing-masing.. begitu juga dengan Irma Hasmie...