Tuesday, August 25, 2015

NOTA, the feature film





Berjaya menonton sebelum tayangannya habis di pawagam.  Sayang cerita seperti ini tidak dapat menarik ramai penonton yang beriya-iya komen inginkan filem yang berkualiti tetapi bila di hidangkan mereka buat acuh tak acuh.  Filem Nota ini juga seperti kurang promosi dan aku hampir-hampir terlepas menontonnya kerana tidak tahu bilakah filem ini memulakan tayangannya.


Gabungan pertama bagi Hans Isaac dan Maya Karin tidak mengecewakan.  Bahkan lakonan arwah Ramli Hassan juga menjadi kekuatan utama filem ini.  Watak Erin yang tertekan dan kecewa di terjemahkan dengan baik oleh Maya dengan riak mata dan wajahnya.  Itu memang kelebihan Maya.  

Hanya dengan satu Nota telah merubah segala rancangan Bulan Madu yang bertujuan mengembalikan semula semua kenangan manis setelah 10 tahun mereka menjalani hubungan yang makin dingin kerana tidak mempunyai zuriat. Akhirnya menjadi tragedi pembunuhan. Latar yang senyap.. kurang berdialog di antara Hans dan Maya begitu simbolik pada hubungan mereka yang dingin.  Tetapi kita di hiburkan dengan watak Ramli Hassan yang menjadi pencerita sebenarnya (bagi saya lah).


Cara pengarahan sebegini sepatutnya menjadi satu cara baru bagi filem kita.  Sudah tiba masanya kita mengubah cara penyampaian di dalam filem kita.  Tak salah kalau kita nak teruskan cara bercerita seperti Yasu Tanaka ini.  


Kita juga di hidangkan dengan keindahan Taman Negara Bako..sangat cantik.  

Filem Nota ini pernah di tayankan di Festival Filem Cannes 2015 dan filem ini akan di tayangkan di Amerika Syarikat dengan ending yang berbeza.  Menarik bunyinya.