Saturday, April 30, 2005

MAIN NYOROK-NYOROK

“5,10,15, 20, 25, 30, 35, 40… dah ke belum?”
“belum”
“45, 50, 55, 60,65, 70..”
“dah”

Dari sinilah aku tau kira dlm gandaan “5”. Dan dari sinilah aku mula belajar tengok jam. Memang dari kecik klu main nyorok2.. inilah kiraan yg aku kira….

Lepas kira aku start cari abang ngan adik aku… tapi umah aku taklah besar.. so aku dah tau dah pot diorang nyorok. Celah almari, bawah katil, belakang pintu dan paling tinggi tempat nyorok ialah kat palang bumbung umah.

Biasanya klu adik2 aku senang je aku cari. Diorang tak pandai nak lari mana2. Klu abg aku payah sikit.. dia takkan duduk diam satu tempat. Klu aku cari celah almari.. dia akan lari kat belakang pintu.. bila aku cari belakang pintu dia lari bawah katil…

Dah puas aku cari … aku pun berhenti.. aku tak dpt cari abg aku… aku diam kejap.. Aku pandang sekeliling.. manalah dia nyorok. “HOOOO!!!!!!!!”.. spontan abg aku sergah aku dari belakang.. aku terkejut, melompat dan terjatuh berguling2.. Memang kelakar klu aku terkejut time kecik2 dulu.

Pernah sekali aku disergah sampai buku yg ada kat tgn aku melayang entah kemana. Sebab tu lah aku sering jadi mangsa klu main nyorok2.. Tak kiralah time aku kena cari diorang atau time diorang cari aku.. Aku sure akan disergah.. eeemmmmm.

Mungkin sebab itulah bila dah besar.. aku dah lali dgn sergah org… so aku dah tak terkejut. Skg nie sampai member2 aku dah malas nak sergah aku.. coz tak ada effect.. sampai tgk cerita hantu pun muka aku selamba jee… padahal member aku dah menjerit2 dah…

Monday, April 25, 2005

CT oh CT

Tadi aku jalan2 pi kat umah rasmi Siti Nurhaliza.. (SITIZONE)..

Aku cari mesej baru dari CT... bukan apa aku memang suka baca tulisan CT.. mungkin kerana ayatnya yg indah dan cantik.. Aku kagum gak ngan cara CT bermain dgn ayat.. Pastu aku tergerak nak baca 10kali perenggan nie..

Apa dosa ct & konsert? Salahkah jika ada insan yang bermurah hati memberikan tiket percuma? Salah ct jugakah jika ada peminat yg mengikuti tidak suka cara agensi yg membawa mereka, walaupun diluar bidang kerja ct? apakah salah jika konsert tidak ditonton ramai org luar? Berdosakah jika dewan tidak penuh?

Sebenarnya aku ada gak terbaca kat paper psl komen2 dari mereka2 yg pegi kat London ari tu.. ada yg tak puas hati kerana tiket kasi free last minute.. dan ada gak aku dgr diorang pertikaikan psl audience yg majoritinya org Malaysia.. Pada aku dlm hal nie aku fikir logik jelah..

Kenapa dewan tu tak penuh dgn Mat Salleh?..
CT first time perform kat UK.. cuba tanya Mat Salleh2 yg kat London tu .. kenal ke CT?.. Kita pun klu penyanyi luar dtg buat show kat M'sia.. ada ke kita ambil pot sgt. Klu yg memang famos tu tak kisahlah.. tapi yg tak famos dan kadang2 nama diorang pun kita tak pernah dengar.. ndak ke kita beriya2 keluar duit beli tiket..?..

Kenapa audience tak ramai?
Untuk first time aku rasa ..ini dah bagus dah... lain lee klu mcm Datuk Shake atau Anita Sarawak yg sememangnya pernah duduk dan nyanyi bertahun2 kat negara Mat Salleh...

CT pegi atas nama sendiri atau nama negara?
Bagi aku .. kedua2nya sekali.. klu CT dah berjaya bawa nama dia dan secara tak langsung nama Negara akan naik.. coz org tentu akan tau CT asal dari M'sia..

Pendapat peribadi aku... aku bangga dgn kesungguhan CT yg beriya2 nak buat solo konsert dia kat Royal Albert Hall.. bukan senang nak dpt tempat kat sana.. Apa2 pun kekurangannya bagi aku CT dah berjaya..