Wednesday, December 30, 2009

Muallaf




Selepas menonton filem Muallaf baru aku tau filem ini bukan filem yg berat.. Muallaf tidak menceritakan tentang pertukaran agama dari bukan islam kepada islam.. tetapi Muallaf adalah pertukaran keadaan atau diri setiap watak didalam cerita ini.. Yasmin Ahmad menggunakan perkataan Muallaf hanya sebgai ganti kepada perkataan pertukaran.

Menceritakan kehidupan Brian, Rohana, Rohani yang masing2 punya cerita... bagaimana semuanya bertukar dari gelap kepada terang. Mereka bertukar dengan cara dan pegangan sendiri. Cuma YA menggabungkan ketiga2 nya menjadi satu... YA meletakkan lagu2 gereja sebagai latar .... YA membuat watak Rohana & Rohani sebagai adik beradik yg dididik oleh ibu mereka untuk sentiasa bertukar2 pendapat, berbincang dan membaca. Mereka mengkaji setiap apa yg mereka baca terutama tentang agama. Tetapi mereka tetap mengangkat Al-Quran sebagai amalan dan panduan. Mereka berjaya membuat Brian untuk sama2 membaca tafsir Al-Quran.. menimbulkan minat Brian utk turut serta belajar bahasa Arab dan bagaimana berkatnya surah Al-Baqarah..

Ramai diluar sana yang belum menonton menganggap filem Muallaf ini cuba utk menyamakan Islam dgn agama2 yang lain.. Ini mungkin kerana tajuknya Muallaf... Pergilah menonton dan anda akan tau kenapa filem ini dipanggil Muallaf.


2 comments:

Ajami Hashim said...

pendek & padat! :)

KECU said...

Thnks bro.....