Wednesday, September 08, 2010

Friday, June 04, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN


Pertama kali aku membaca novel Budak Setan adalah pada umur aku 14 tahun. Aku hampir lupa pada semua watak-watak didalam novel itu, termasuk juga jalan ceritanya. Apabila novel itu diadaptasikan kedalam filem, aku pergi menonton dengan ingatan yang segar tanpa mengetahui mahupun mengingati semula kisah dan cerita Budak Setan.

Kasyah tidak digambarkan sebagai betul-betul setan. Kenakalan Kasyah adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lain.. masih belum setan lagi klu hanya setakat itu nakalnya. Setan lagi ALI SETAN..

Kasyah anti perempuan... tapi begitu mudah dia jatuh cinta terhadap Ayu. Begitu senang dia mengikis sikap anti perempuan yang di tanam sejak kecil. Kenapa tidak ditekankan sedikit scene ini. Sayang sekali.

Antara Ayu (Lisa Surihani) dan Ayu (Shiqin Kamal) persamaannya hanya pada suara. Andai Shiqin Kamal dapat mengikut gerak dan gaya Lisa Surihani, pastinya ia memberi kesan yang lebih kepada penonton. Apabila watak Ayu (Lisa Surihani) digantikan dengan Ayu (Shiqin Kamal) ia terus hilang dan seolah-olah mati disitu. Walaubagaimanapun lakonan Lisa Surihani harus dipuji terutama pada scene dia dipukul oleh Azmi (Que Haidar). Dari riak wajah sedih dan genangan airmata Lisa berjaya mengusik hati penonton (bagi aku la).

Que Haidar walaupun scenenya tidak banyak tetapi begitu memberi impak. Setiap kali kemunculannya, pastinya mengundah resah. Syabas.

OST Bila Cinta cukup membuai dan berjaya membawa penonton untuk terus menyelami kisah dan penderitaan cinta antara Kasyah dan Ayu. Kalau dialog-dialog didalam filem ini di beri lebih penekanan atau lebih puitis sama seperti lirik OST nya yang mengasyikkan itu.. pasti impak akan jauh lebih terasa.

Pujian juga kepada sinematografi dan pengarahan seni yang cukup baik.

Apabila kita membaca novel, kita akan berimaginasi dan berangan-angan. Kita membayangkan sesuatu mengikut kotak fikiran kita.. andai indah bayangnya .. maka indahlah gambarannya. Bukan mudah untuk membawa novel ke filem. Tidak semua naskah yang beratus-ratus muka surat dapat dimuatkan didalam filem yang berdurasi hanya 1jam 46minit.

Marilah kita pergi menontonnya.. LBS bisa membuatkan kita menangis, marah dan gembira.

Selamat menonton.... hehehehe


Monday, May 24, 2010

AF8....STRATEGINYA

AF8 dah abes pun... Dah sah Shahir juaranya. Suara2 xpuas hati atau apa sahaja, biarknlah. Dah namanya undi sms.. so undilah mengikut kesukaan kita..

Pelajar2 AF8 beruntung.. kerana kluar2 je dari akademi semua dah ada single.. bukan stakat finalis shj tetapi ke semua pelajar skaligus. Aku rasa ini strategi yg baik. Beruntung kerana mereka berada dibawah pengetua Norman KRU. Dan video klip pun xde le yg tangkap muat... Puas tgk video klip diorng. Kalau dulu kita tunggu berbulan2 nak dptkan album kompilasi pelajar2 final.. smpai dah suam2 rasanya baru nak kuarkan album. Skg abes2 je AF.. album dah ada dipasaran.. demam pun xkebah lagi.. sure masih ramai yg carik ubat demam.

Xkiralah klu ada yg kata AF8 kali nie xde impak atau aura... kerana bagi aku yg penting bila dah berada diluar akademi... realiti yg sebenar yg harus ditempuhi oleh pelajar2 ini.

Skg nie mereka semua dah diberikan makanan.. terpulang pada kita nak pilih mana yg sedap dan lazat. Pilihlah yg mengenyangkan. Jgn pilih yg kenyang 2 minit shj.. cepat masak cepat basi nanti. :D





Friday, May 14, 2010

KU DISINI..... GELORA DIHATI SARA 2

Gelora Di Hati Sara musim ke 2, dah pun memulakan siarannya pada setiap hari Rabu, 9.30 mlm di TV2 bermula pada 12 Mei 2010. Aku memang lama menantikan sambungan cerita ini... pada yang mengikuti musim pertama dulu pastinya ingin melihat apakah kesudahan kemelut Sara, Asrol, Ku Rina ... adakah mereka berpisah atau masing2 redha dengan takdir.?..

Episod 1 semalam sahaja sudah melihatkan gelora yang memuncak. Aku bayangkan ep 1 mungkin relek2 je. Ini menandakan yg GDHS2 kali ini menyajikan adengan atau cerita yang lebih bergelora.

Lakonan FL kali ini lebih memberangsangkan. FL makin selesa dengan lakonannya. Tahniah!. GDHS2 juga menjadikan single terbaru FL (KU DISINI) sebagai lagu tema. Dari segi melodi dan lirik memang sgt sesuai dengan jalan cerita GDHS2. Tahniah juga kpd Ross Ariffin diatas melodi yang mendayu2 dan juga buat FL diatas lirik yg puitis. Mungkin ini hadiah buat peminat FL yg dah lama menginginkan lagu baru dari beliau.... Jgn lupa rekues byk2... :-D

Meh kita lihat VC lagu ini.. dan promo penuh GELORA DIHATI SARA musim ke 2 ini... bergelodakkah?




Sunday, May 09, 2010

DOA DIBIBIRNYA .. SELAMAT HARI IBU

Tiada pernah dia mengharap balasan
Atas segala yg tlah di lakukan
Sentiasa membantu sepanjang waktu
Memeta mimpi serta harapan mu

Tenaga masa apa saja miliknya
Segala2 rela dicurahkan
Ketika impianmu berderaian seribu
Dia mengutipnya satu persatu

*Tiada pernah dia mengharap sesuatu
Diatas tiap pengorbanan untuk mu
Kebahagiaan mu adalah doa dibibirnya
Kasihnya ibu membawa ke syurga

Ketika dikau dilanda kedukaan
Dia setiaMenjadi teman
Kau dilukai , kau dikecewakan
Dia sisi memberi rawatan

Saat kau kebimbangan diburu keraguan
Keyakinan dikembalikan

Doa dibibirnya….


Thursday, April 29, 2010

HOOPERZ.......


Mengisahkan 7 orang pelajar kolej yang terdiri dari pelbagai latar belakang menyertai pasukan nettball. Dengan latar belakang yg berbeza dan bermacam-macam cerita, mereka di gabungkan didalam pasukan nettball untuk bersama-sama membawa team hooperz menjadi juara antara kolej. Menceritakan tentang teamwork dan komitment yang harus dipupuk bila berada didalam pasukan.

Sebuah cerita yang lain dari kebiasaan. Mungkin aku dah bosan dengan cerita rempit atau bohsia.. Hooperz dapat mengubah sedikit selera kita. Sukan nettball bukanlah sukan yang menjadi favourite atau terkenal mcm bolasepak or futsal... tapi itulah yang menampakkan filem ini mempunyai kelainannya tersendiri. Rata2 kita sendiri tahu mengenai nettball cuma kita tidak pernah lagi melihat cerita mengenai nettball difilemkan. Jadi secara tak langsung ianya menjadi sesuatu yang segar untuk ditonton.

Penampilan pelakon2nya juga dpt menggambarkan yang industri kita sebenarnya ramai pelakon2 pelapis yang boleh diketengahkan. Mereka2 ini bolehlah dianggap muka2 baru yang bakal menjadi heroin untuk filem2 kita.

Filem Hooperz ini kalau digarap dengan lebih teliti pastinya kualitinya akan lebih tinggi. Semangat kesukanan dan juang didalam pasukan, tidak dapat memberi cukup impak kepada penonton.. Andai kata di babak perlawanan akhir itu... fokus mengenai semangat dan rasa juang itu di beri lebih perhatian... pastinya penonton akan sama2 merasakannya. Bagi filem2 yang melibatkan cerita2 seperti ini... sudah semestinya jiwa, semangat & perjuangan itu adalah point utama.

Dimasa akan datang, aku berharap akan ada lagi cerita2 seperti ini.. cerita yang membawa sedikit kelainan dan menjadi sesuatu yang segar dan seronok untuk ditonton. Kepada yang ingn tahu apa yang terjadi kepada pemain2 nettball ini... pergilah menonton..

HOOPERZ membuatkan aku rindu nak men nettball semula.... uhuhuhuuuu.....

p/s: Amy Mastura comel je .. mcm dak skolah..

Tuesday, April 13, 2010

SARA BERGELORA LAGI... (GELORA DIHATI SARA MUSIM KE 2)

Selepas Gelora Di Hati Sara musim pertama mendapat respon yang baik dari penonton.... Diatas permintaan ramai Gelora DiHati Sara musim ke 2 kembali lagi ... terima kasih buat Rosyam Nor & Suhan Movies.... Tak puas melihat lakonan Fauziah Latiff dimusim pertama?.. Musim ke 2 dgrnya lagi dasat geloranya....





Saturday, March 27, 2010

Friday, March 26, 2010

REMPIT ATV WITH L.O.O.K....

...possing seblum rempit... (pic by sue saifuddin)

Ahad lepas aku buat pertama kalinya buat xtvt ATV.. memang menyeronokkan, walaupun mulanya aku nerbes.. yelah aku klu takat naik basikal tu boleh lah.. hehehe...

Tapi alhamdulillah .. bila dah naik.. xnak lak turun... aisshhh.... Xtvt ATV dianjurkan oleh LOOK bersama LindaOnn.. Thnks coz wat xtvt mcm nie.. Perjalanan dari Zoo Negara ke Kemensah makan masa dalam 30 minit juga lee .. Campur tolak dgn bas skolah gadang yg ntah camne leh lepas masuk .. padahal jalannya sgtlah kecik.. Kawasan kampung kan.. Haruslah kitorng dan kete2 yg lain terpaksa berenti dan beri laluan kat bas gadang tu.

Sepanjang perjalanan ke tapak ATV tu .. aku terkesima kejap, coz xsangka kat dlm KL nie ada gak lagi kawasan kampung mcm nie.. best rasanya... Kawan aku kata mcm kat Janda Baik...

Kecik2 dulu penah le aku masuk kat kemensah nie coz nak g mandi kat Jeram Merpati... tu lah last skali aku pegi... umur 11 tahun... pastu ahad lepas adalah kali ke 3... selepas 24thn...uhuhuuuu....

Sampai2 kat tapak ATV.. kitorng kena tunggu cip dulu... lepas cip sampai kitorng pun dah bersiap sedia nak naik ATV... sebelum tu taklimat dulu aa... esp kat org2 yg 1sttimer mcm aku. Sapa yg dah biasa tu, diorng naik yg Manual... mcm aku nie.. naik yg auto le.. Menggelabah gak aku mula2 nak handle ATV tu... hehehe...

Perjalanan menaiki ATV tu mengambil masa 30 minit... endingnya kitorng stop kat air terjun 7 tingkat.... air terjun tu walaupun kecik tapi airnya sejuk...... aku x lepas peluang terus je naik kat tingkat satu.... berkubang aa. Hari nak hujan baru turun ... n time balik hujan dah start lebat... ooo yeaahhh adventure coz jln licin... so kena bawak ATV tu ngan berhati2...

Pasnie aku nak g lagi... nak ajak geng2 lain plak... :D.. Nak ajak pengetua aaaa.... hik

Semua gambar yg aku tepek nie adalah hasil kreatif MR.RED selaku photographer di hari kejadian.. Thnk U Mr. Red coz snap gambo2 yg cantik ini.... oo yee aku letak skali gambo dari sue saiffudin gak...

nak tgk lagi gambo g kat blog RED - http://redphotography1.blogspot.com

best moment captured by RED



Monday, March 01, 2010

ANTARA

Alhamdulillah dapat gak tgk ANTARA kelmarin.

Sebelum menonton ANTARA aku telah meletakkan harapan yang teater ini seperti SIRAH JUNJUNGAN. Mungkin harapan itu terlalu tinggi. ANTARA yang pada awalnya mengisahkan bagaimana nabi ADAM & HAWA yang diturunkan ke bumi. Bagaimana syaitan yang bersumpah mahu menyesatkan anak cucu ADAM di bumi.

Pada mulanya aku kurang paham kerana scene ADAM & HAWA itu mati setelah Allah memerintahkan ADAM & HAWA utk turun kebumi. Selepas itu terus sahaja ke scene manusia2 yg sesat berhibur di kelab malam. Tapi lama kelamaan baru aku mengerti bahawa itu lah anak cucu ADAM yang leka dan itu lah dendam dan sumpah syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan anak cucu ADAM...

Kalau dilihat syaitan sentiasa mahu menghasut dari waktu ADAM & HAWA sehinggalah hari kiamat kelak. Scene2 didalam kubur dan hari kiamat... boleh membuat kita tersentak dan berfikir sejenak.. cukupkah amalan kita selama ini.. Syabas utk scene ini yang bisa membuat bulu roma aku tegak.. uhuhuuuu... Dalam pada masa yang sama aku juga mengharapkan adanya scene2 bagaimana manusia melawan hasutan syaitan. Didalam ANTARA bagi aku heronya adalah Azhan Rani yang memegang watak syaitan. Wataknya btul2 hidup dan memberi kesan.

Alunan nyanyian dari LAN Typewritter betul2 menyemarakkan lagi suasana di dewan Panggung Sari.. lontaran suara LAN yang lantang itu betul2 membuat semangat penonton naik mendadak.. Apatah lagi dengan suara Jamal Abdillah yang gemersik terutama pada lagu Mati Hidup Semula.

Koreografi tarian oleh Ray Redzuan...

Tahniah utk Erma Fatima diatas karya seperti nie... harap2 jgn putus asa dengan apa yg berlaku.. teruskan berkarya... :D



Scene seksaan di alam barzakh....

Ziana Zain

Lan Typewritter

Azhan Rani memegang watak Iblis

Jamal Abdillah




Picture credit to minaq_jinggo

Tuesday, February 23, 2010

PANGGIL NAMAKU..... BESDAY BEST....

Alhamdulillah semuanya selesai dgn berehnya... heee. Lepas sebulan buat persiapan .. order itu ini.. dsgn itu ini... so on 18/2/2010 Launching utk Heliza Helmi new single telah pun dilancarkan bertempat di Crown Plaza, Kuala Lumpur. Lagu yg berentak etnik R&B sesuai didengari oleh semua lapisan umur.. Nantikan lagu 'Panggil Namaku' di radio2.. Jgn lupa utk request byk2... :D


Sessi Rehersel... (pic by Creative Bird Marketing)

Crew bersiap sedia sebelum event... (pic by Creative Bird Marketing)

.."Panggil Namaku.." (pic by Creative Bird Marketing)

Event selesai.. ebiting bereh... (pic by Creative Bird Marketing)

Goodies....

BIRTHDAY BEST... 20/02/2010.

Bertempat di tempat yg lain tapi dibawah bumbung yg sama... :D, Restaurant Ishq, Crown Plaza.. telah diadakan majlis sambutan Hari Lahir Heliza.. Majlis yg dikhaskan utk fans2 lama dan baru beliau... sambil memperdengarkan buat pertama kali lagu 'Panggil Namaku' khas utk mereka. Macam reunion pun boleh gak.. coz dapat jumpa semula geng Bereh yg lama2... yg masing2 skg dah punya komitment sendiri... :-).... Mcm mana pun Selamat Hari Lahir Heliza, Good luck .... :D...

Gambar2 sekitar hari kejadian...



Sessi tarian pocco-pocco bersama tetamu

AR Badul selaku MC.... syabas & tahniah... semua org terhibur.....


Hadiah dari Team Bereh..


Crew melompat riang selesai event....

Jumpa lagi tahun depan.... insyaAllah...

Tuesday, February 02, 2010