Alhamdulillah dapat gak tgk ANTARA kelmarin.
Sebelum menonton ANTARA aku telah meletakkan harapan yang teater ini seperti SIRAH JUNJUNGAN. Mungkin harapan itu terlalu tinggi. ANTARA yang pada awalnya mengisahkan bagaimana nabi ADAM & HAWA yang diturunkan ke bumi. Bagaimana syaitan yang bersumpah mahu menyesatkan anak cucu ADAM di bumi.
Pada mulanya aku kurang paham kerana scene ADAM & HAWA itu mati setelah Allah memerintahkan ADAM & HAWA utk turun kebumi. Selepas itu terus sahaja ke scene manusia2 yg sesat berhibur di kelab malam. Tapi lama kelamaan baru aku mengerti bahawa itu lah anak cucu ADAM yang leka dan itu lah dendam dan sumpah syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan anak cucu ADAM...
Kalau dilihat syaitan sentiasa mahu menghasut dari waktu ADAM & HAWA sehinggalah hari kiamat kelak. Scene2 didalam kubur dan hari kiamat... boleh membuat kita tersentak dan berfikir sejenak.. cukupkah amalan kita selama ini.. Syabas utk scene ini yang bisa membuat bulu roma aku tegak.. uhuhuuuu... Dalam pada masa yang sama aku juga mengharapkan adanya scene2 bagaimana manusia melawan hasutan syaitan. Didalam ANTARA bagi aku heronya adalah Azhan Rani yang memegang watak syaitan. Wataknya btul2 hidup dan memberi kesan.
Alunan nyanyian dari LAN Typewritter betul2 menyemarakkan lagi suasana di dewan Panggung Sari.. lontaran suara LAN yang lantang itu betul2 membuat semangat penonton naik mendadak.. Apatah lagi dengan suara Jamal Abdillah yang gemersik terutama pada lagu Mati Hidup Semula.
Koreografi tarian oleh Ray Redzuan...
Tahniah utk Erma Fatima diatas karya seperti nie... harap2 jgn putus asa dengan apa yg berlaku.. teruskan berkarya... :D
Scene seksaan di alam barzakh....
Ziana Zain
Lan Typewritter
Azhan Rani memegang watak Iblis
No comments:
Post a Comment