Saturday, March 27, 2010

Friday, March 26, 2010

REMPIT ATV WITH L.O.O.K....

...possing seblum rempit... (pic by sue saifuddin)

Ahad lepas aku buat pertama kalinya buat xtvt ATV.. memang menyeronokkan, walaupun mulanya aku nerbes.. yelah aku klu takat naik basikal tu boleh lah.. hehehe...

Tapi alhamdulillah .. bila dah naik.. xnak lak turun... aisshhh.... Xtvt ATV dianjurkan oleh LOOK bersama LindaOnn.. Thnks coz wat xtvt mcm nie.. Perjalanan dari Zoo Negara ke Kemensah makan masa dalam 30 minit juga lee .. Campur tolak dgn bas skolah gadang yg ntah camne leh lepas masuk .. padahal jalannya sgtlah kecik.. Kawasan kampung kan.. Haruslah kitorng dan kete2 yg lain terpaksa berenti dan beri laluan kat bas gadang tu.

Sepanjang perjalanan ke tapak ATV tu .. aku terkesima kejap, coz xsangka kat dlm KL nie ada gak lagi kawasan kampung mcm nie.. best rasanya... Kawan aku kata mcm kat Janda Baik...

Kecik2 dulu penah le aku masuk kat kemensah nie coz nak g mandi kat Jeram Merpati... tu lah last skali aku pegi... umur 11 tahun... pastu ahad lepas adalah kali ke 3... selepas 24thn...uhuhuuuu....

Sampai2 kat tapak ATV.. kitorng kena tunggu cip dulu... lepas cip sampai kitorng pun dah bersiap sedia nak naik ATV... sebelum tu taklimat dulu aa... esp kat org2 yg 1sttimer mcm aku. Sapa yg dah biasa tu, diorng naik yg Manual... mcm aku nie.. naik yg auto le.. Menggelabah gak aku mula2 nak handle ATV tu... hehehe...

Perjalanan menaiki ATV tu mengambil masa 30 minit... endingnya kitorng stop kat air terjun 7 tingkat.... air terjun tu walaupun kecik tapi airnya sejuk...... aku x lepas peluang terus je naik kat tingkat satu.... berkubang aa. Hari nak hujan baru turun ... n time balik hujan dah start lebat... ooo yeaahhh adventure coz jln licin... so kena bawak ATV tu ngan berhati2...

Pasnie aku nak g lagi... nak ajak geng2 lain plak... :D.. Nak ajak pengetua aaaa.... hik

Semua gambar yg aku tepek nie adalah hasil kreatif MR.RED selaku photographer di hari kejadian.. Thnk U Mr. Red coz snap gambo2 yg cantik ini.... oo yee aku letak skali gambo dari sue saiffudin gak...

nak tgk lagi gambo g kat blog RED - http://redphotography1.blogspot.com

best moment captured by RED



Monday, March 01, 2010

ANTARA

Alhamdulillah dapat gak tgk ANTARA kelmarin.

Sebelum menonton ANTARA aku telah meletakkan harapan yang teater ini seperti SIRAH JUNJUNGAN. Mungkin harapan itu terlalu tinggi. ANTARA yang pada awalnya mengisahkan bagaimana nabi ADAM & HAWA yang diturunkan ke bumi. Bagaimana syaitan yang bersumpah mahu menyesatkan anak cucu ADAM di bumi.

Pada mulanya aku kurang paham kerana scene ADAM & HAWA itu mati setelah Allah memerintahkan ADAM & HAWA utk turun kebumi. Selepas itu terus sahaja ke scene manusia2 yg sesat berhibur di kelab malam. Tapi lama kelamaan baru aku mengerti bahawa itu lah anak cucu ADAM yang leka dan itu lah dendam dan sumpah syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan anak cucu ADAM...

Kalau dilihat syaitan sentiasa mahu menghasut dari waktu ADAM & HAWA sehinggalah hari kiamat kelak. Scene2 didalam kubur dan hari kiamat... boleh membuat kita tersentak dan berfikir sejenak.. cukupkah amalan kita selama ini.. Syabas utk scene ini yang bisa membuat bulu roma aku tegak.. uhuhuuuu... Dalam pada masa yang sama aku juga mengharapkan adanya scene2 bagaimana manusia melawan hasutan syaitan. Didalam ANTARA bagi aku heronya adalah Azhan Rani yang memegang watak syaitan. Wataknya btul2 hidup dan memberi kesan.

Alunan nyanyian dari LAN Typewritter betul2 menyemarakkan lagi suasana di dewan Panggung Sari.. lontaran suara LAN yang lantang itu betul2 membuat semangat penonton naik mendadak.. Apatah lagi dengan suara Jamal Abdillah yang gemersik terutama pada lagu Mati Hidup Semula.

Koreografi tarian oleh Ray Redzuan...

Tahniah utk Erma Fatima diatas karya seperti nie... harap2 jgn putus asa dengan apa yg berlaku.. teruskan berkarya... :D



Scene seksaan di alam barzakh....

Ziana Zain

Lan Typewritter

Azhan Rani memegang watak Iblis

Jamal Abdillah




Picture credit to minaq_jinggo