Jalan cerita drama kita pun hebat2. Mcm NurKasih, Adamaya dan terbaru Nora Elena. Ramai kawan-kawan aku yg dulu xminat drama, skg dah jadi kaki drama, termasuklah aku. So kiranya drama kita skg dah berkualiti dan mampu menarik penonton dari hari ke sehari. Klu dulu pelakon2 drama mmg susah nak raih populariti melampau. Tapi skg pelakon2 drama lah yang cepat naik. Tambahan klu drama bersiri. Namun masih ada juga drama-drama dari Indonesia yang aku anggap sgt lah mengarut dan xmasuk akal masih ditayangkan di tv.
Jadi kalau ada website yg berleluasa mengCopy drama2 kita utk di muat turun, itu maknanya drama kita semakin berkembang.. sila pandang dari sudut positif ek coz xsemua drama yang ditayangkan kat tv tu sempat ditonton. Lainlah klu ada satu website khas secara sah yang menjadi tempat untuk semua drama2 yg ditayangkan di Msia ini untuk ditonton oleh mereka yang tak sempat nak tonton atau nak tgk berulang kali.
Drama Nora Elena yang menjadi tontonan purata hampir 2 juta penonton untuk setiap episod..
Orait nie tentang saluran Astro Warna. Sepanjang Maharaja Lawak berlangsung aku jadi penonton Astro Warna coz nak tgk berulang-kali Maharaja Lawak. Selain dari Maharaja Lawak aku rasa tak ada cerita lain yang boleh masuk dalam fikiran aku. Astro Warna adalah saluran yang dikhaskan utk drama/sketsa komedi semata-mata. Tetapi intipati didalam saluran itu sangatlah kesian. Tak lawak pun. Drama2 yang terdapat didalam saluran itu adalah drama2 yang paksa orang suruh gelak, manakala pelakunnya seolah2 dipaksa untuk jadi pelawak sampai mcm dah jadi badut aku tgk. Namun ada juga beberapa rancangan yang masih ‘Ok’, esp rancangan2 yang dibawah kelolaan Afdlin Shauki. Jadi tak hairanlah lepas nie Maharaja Lawak akan diulang berpuluh2 kali kat saluran Warna coz tu je lah kot satu2nya rancangan yang menepati konsep Astro Warna.
Nizam ,ko skg handle astro warna kan.. so harap2 ko dpt lah buat satu kelainan kat saluran tu ek.. aku berharap sgt2 nie ;D
No comments:
Post a Comment