Wednesday, November 30, 2011

OMBAK RINDU

"Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terima aku seadanya... " - OMBAK RINDU

1 Dec start filem nie.  Dari beberapa review yang aku baca, rata-rata semuanya bagi komen yang positif.  So aku nak try tgk gak nanti.  So if filem nie sama ngan review yang aku baca atau lebih bagus lagi... aku akan teruskan review aku.  Klu agak2 mata aku x masuk habuk, aku stop kat sini jew... uhuhu... 
Sebelum tu meh layan dulu OST dan trailer nya...



Friday, November 18, 2011

AKU BUKAN TOMBOY.....



Aku cuba jugak meluangkan masa untuk menonton cubaan pertama Shamsul Yusof untuk filem bergenre komedi iaitu ÁKU BUKAN TOMBOY'.  Dari segi jenaka memang mampu membuat penonton ketawa walaupun tidak lah sekelakar Hantu Kak Limah atau Baik Punya Cilok tetapi cubaan Shamsul tidak mengecewakan.


Dari segi jalan cerita mungkin ada tergantung sedikit.  Tak tau lah aku pada orang lain kerana apabila aku menonton aku tertanya2 apakah kejadian atau kisah silam yang dilalui oleh Farisha sehingga dia berpewatakan seperti tomboy.  Ini kerana terdapat dialog dari Sha yang mengatakan kerana kisah silam dia jadi begitu.  Adakah dulu Sha memang bercinta dengan pengkid atau kecewa dengan lelaki ataupun dia sememangnya kasar? 

Diakhir cerita kita disajikan dengan persoalan, siapakah pilihan Sha, samada Harry (Shaheizy Sam) atau Burn (Shamsul Yusof).  Mungkin juga pengarah menjangkakan untuk membuat sequel, dan sebab itulah ending nya begitu. 

Filem ABT mahu memberitahu kita bahawa tidak semua wanita yang berambut pendek atau berpakaian seperti lelaki mempunyai citarasa terhadap kaum sejenis. Tomboy bukan pengkid. Tomboy sekadar wanita yang lebih selesa mengenakan pakaian seperti lelaki dengan sikap yang sedikit kasar dan sangat simple.

Bagi pendapat aku seandainya di ceritakan sedikit apa kesudahan pengkid2 yang berebutkan Sha mungkin lebih baik.  Konflik perempuan tomboy seperti Sha yang dihina oleh keluarga kaya Burn adalah sangat biasa bagi aku.  Cuba kita keluar dari kotak ... apa kata kalau dibuat watak Datin Seri (ibu Burn - Didie Alias) rupanya pernah menjadi pengkid.  Bila berjumpa dengan Sha mungkin penghinaan itu sekadar mahu menguji atau hanya gurauan atau juga ingin memberitahu sesuatu.  Kebetulan rambut Didie juga pendek didalam filem ini.  Dan Bell (Sheera Iskandar) akhirnya jatuh cinta dengan Botak.  Pendek kata buat je la semua2 pengkid tu kembali ke asal iaitu menjadi perempuan sejati.


Aku tak berapa selesa bila dialog pengkid terlalu menjerit-jerit dan ayat sangatlah gangster.  Kerana pengkid tidak semestinya begitu.  Kalau dikurangkan menjerit dan dialog gangster tu dikekalkan mungkin sudah cukup menggambarkan mereka kasar. 

Walau apa pun filem ini tetap menghiburkan dan tidak rugi ditonton.  :-)

Thursday, November 10, 2011

KEKASIH AWAL DAN AKHIR (reunion nora elena & Seth TAn .. :D:D)


Kekasih Awal dan Akhir adalah sebuah telefilem yang disiarkan di slot Skrin TV9 pada 9/11/2011 jam 8.30pm.

Ini adalah buah tangan pertama Aaron Aziz sebagai pengarah.  Ada juga mengatakan telefilem ini lebih kurang kepada reunion Nora Elena cuma Yvonne je xde hehe.  Apa yang boleh aku katakan selepas menonton KADA adalah ia satu naskah yang cepat dan terasa sangat rushing.  Mungkin juga terlalu banyak konflik yang hendak dimasukkan.  Bagi pendapat aku seandainya beberapa scene dijadikan sebagai flashback yang hanya muncul ketika diperlukan sahaja berkemungkinan konflik Akhirah (Siti Saleha) yang lumpuh dan terpaksa bermain dengan perasaannya sendiri boleh dipanjangkan dan mampu membuat penonton sama-sama merasai penderitaan jiwa yang ditanggung Akhirah. 

Dialog juga agak longgar.  Sepatutnya diadakan satu scene dimana Awal berinteraksi dengan Akhirah dari hati ke hati ketika akhirah lumpuh atau sewaktu koma.  Dan Akhirah menjawab setiap perkara yang diluahkan Awal didalam hati dibuat secara voice over. 

Dua perkara yang perlu di beri lebih perhatian didalam telefilem ini adalah sewaktu Akhirah Koma, lumpuh juga Julia yang cemburu dan membalas dendam.  Scene2 seperti zaman U, accident dan yang lain2 diselitkan sekadar flashback. 

Dari segi lakonan juga ,, Aaron dan Saleha nampak tidak menjadi kalau hendak dibandingkan dengan lakonan mereka sebelum ini.  Lakonan Saleha yang paling aku suka ialah didalam Habil Qabil.  Dan Aaron didalam Santau Keramat.

Walaubagaimanapun ini adalah percubaan pertama, tidaklah teruk sangat dan masih boleh di perbaiki dimasa akan datang...



Friday, November 04, 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA


Selepas Maharaja Lawak, kini timbul pula Maharaja Lawak Mega.  MLM ini lebih kepada peserta yang otai atau dalam erti kata lain mereka yang mempunyai pengalaman didalam bidang seni atau sudah lama diiktiraf sebagai pelawak.  Tentunya seawal minggu pertama lagi penonton sudah tentu meletak harapan yang tinggi terhadap persembahan dari setiap peserta MLM.  Ini kerana kita percaya bahawa pengalaman yang luas dari mereka tentunya dapat membantu mereka dalam memberi persembahan yang berkualiti dan menghiburkan, walaupun ada diantara persembahan mereka tidak menjadi.

Pemilihan juri juga menjadi tanda tanya kerana kesemua juri yang dipilih tidak mempunyai latar belakang sebagai pelawak.  Ramai yang mempertikaikan kewibawaan juri dalam menghakimi persembahan peserta MLM.

Tetapi mari kita lihat dari sudut yang lain.  Konsep MLM adalah terdiri dari otai atau orang lama didalam industri.  Mereka sudah punya pengalaman dan juga mereka sudah tahu apa yang perlu atau tidak didalam memberi persembahan kepada penonton.  Mereka rata-rata sudah tahu apa itu punchline, storyline segala.  Jadi tidak perlu rasanya memanggil juri didalam bidang Lawak untuk menerangkan apa yang perlu atau tidak.  Kerana semua itu sudah tentu didalam kocek mereka.

Jadi Juri yang dipilih lebih kepada mewakili penonton.  Chef Wan seorang tukang masak, Zainal Abidin Hassan seorang pemain bolasepak yang lebih keras atau serius dipadang bola.  Dato'Siti Nurhaliza seorang penyanyi yang mungkin sudah biasa berinteraksi dengan penonton.

Jadi mampukah peserta MLM memberi kita gelak tawa serta persembahan yang berkualiti berdasarkan pengalaman mereka?..  Jangan lupa tonton mereka dia Astro Warna (132) setiap Jumaat jam 10.00pm.


 Kumpulan BOBOI