Friday, November 04, 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA


Selepas Maharaja Lawak, kini timbul pula Maharaja Lawak Mega.  MLM ini lebih kepada peserta yang otai atau dalam erti kata lain mereka yang mempunyai pengalaman didalam bidang seni atau sudah lama diiktiraf sebagai pelawak.  Tentunya seawal minggu pertama lagi penonton sudah tentu meletak harapan yang tinggi terhadap persembahan dari setiap peserta MLM.  Ini kerana kita percaya bahawa pengalaman yang luas dari mereka tentunya dapat membantu mereka dalam memberi persembahan yang berkualiti dan menghiburkan, walaupun ada diantara persembahan mereka tidak menjadi.

Pemilihan juri juga menjadi tanda tanya kerana kesemua juri yang dipilih tidak mempunyai latar belakang sebagai pelawak.  Ramai yang mempertikaikan kewibawaan juri dalam menghakimi persembahan peserta MLM.

Tetapi mari kita lihat dari sudut yang lain.  Konsep MLM adalah terdiri dari otai atau orang lama didalam industri.  Mereka sudah punya pengalaman dan juga mereka sudah tahu apa yang perlu atau tidak didalam memberi persembahan kepada penonton.  Mereka rata-rata sudah tahu apa itu punchline, storyline segala.  Jadi tidak perlu rasanya memanggil juri didalam bidang Lawak untuk menerangkan apa yang perlu atau tidak.  Kerana semua itu sudah tentu didalam kocek mereka.

Jadi Juri yang dipilih lebih kepada mewakili penonton.  Chef Wan seorang tukang masak, Zainal Abidin Hassan seorang pemain bolasepak yang lebih keras atau serius dipadang bola.  Dato'Siti Nurhaliza seorang penyanyi yang mungkin sudah biasa berinteraksi dengan penonton.

Jadi mampukah peserta MLM memberi kita gelak tawa serta persembahan yang berkualiti berdasarkan pengalaman mereka?..  Jangan lupa tonton mereka dia Astro Warna (132) setiap Jumaat jam 10.00pm.


 Kumpulan BOBOI

No comments: