..kehidupan AD dan AM yang di SONGLAP...
.. kehidupan HAWA yang di SONGLAP...
.. AD cuba untuk SONGLAP kembali kasih sayang ibunya..
Songlap sebuah filem subtle... kita perlu fokus dan berfikir untuk setiap scene, apa kesudahan perjalanan mereka. Tanpa perlu penerangan atau flashback, kita boleh tahu kenapa AM begitu marah pada ibu dia. Cuma dlm satu scene sahaja kita dpt jawapan kenapa ÄM jadi begitu. Senangkan.
Songlap sepatutnya dikategorikan dlm PG13, sebab remaja yg berumur 13 tahun keatas lah yang paling byk terjebak dengan gejala seperti nie.. terlanjur, buang anak, sex bebas, pelacuran, dadah dsbnya. Mereka perlu lihat dan fikir andai mereka terlanjur apa kesudahan hidup mereka. Buang bayi itu? atau jual kepada orang lain?... atau akhirnya mereka sendiri yang dijual?...
AM memilih untuk melakukan kerja penjualan bayi kerana bertitik tolak dengan latar belakang hidupnya. Kerana bagi AM anak itu lebih selamat dan terjamin masa depannya ditangan mereka yang berkemampuan. Diberi cukup kasih sayang, makan, pakai dan segalanya.
Tapi AD tidak. Dia dahagakan kasih sayang seorang ibu. Oleh sebab itu AD membantu Hawa lari bersama anaknya. Sangat menyentuh perasaan aku bila melihat AD sanggup mengeluarkan RM30 utk 30 minit melanggan ibunya hanya utk berbual. AD sebenarnya seperti kita semua, memerlukan ibu untuk dijadikan tempat mengadu. Walaupun ibunya tidak tahu atau tidak mendapat jawapan yang pasti siapa AD sebenarnya. Kita dibiarkan untuk terus berfikir. Dialog AD pada ibunya "ini saya... saya nie... ini sayalah" sebelum dia dibawa keluar dari rumah pelacuran itu diiringi dengan wajah ibu AD yang keliru dan mungkin berfikir adakah itu anaknya atau aku ada anak ke?
Keakraban hubungan adik beradik antara AM dan AD dapat kita lihat bila AD sedikit pun tidak memukul adiknya. Bagi aku klu ikutkan apa yg AD buat pada AM, seharusnya sedebik dua boleh hinggap diperut. Tapi AM tidak sanggup atau tidak sampai hati untuk berbuat begitu bila AM sering menegaskan kepada AD "hanya kita berdua je yg ada dalam dunia ni".
Hawa tak perlu dialog yg berjela2. Cukup dari raut wajahnya dan bahasa tubuhnya memaparkan jiwanya yang memberontak dengan sikap 'haruan makan anak' bapanya. Betapa bapanya berusaha mencari Hawa yang lari dari rumah, mengoyakkan gambar keluarga dan hanya meninggalkan cebisan gambar Hawa bersamanya serta merenung gambar Hawa didalam teksi (scene ini kena tgk btul2 riak wajah bapa Hawa dan baru kita tahu dia tgh buat apa... errkkkk). Bagaimana ibu Hawa membiarkan sahaja Hawa melarikan diri dari rumah. Itu sahaja jalan terbaik buat Hawa. Sama seperti kakaknya Intan dan abgnya Razak. "Tanam ajelah kat mana-mana" dialog bapa Hawa yang jelas menunjukkan sikap tak ambil kisah dengan apa yang terjadi pada Razak. Razak mati overdose. Satu lagi scene yang buat hati aku pilu. Scene didalam bilik mayat. Tergambar kesedihan dan kekesalan di wajah ibu Hawa melihatkan sekujur tubuh anaknya Razak yang diselimuti kain putih. Buruk baik dia tetap anaknya. Kasih sayang tidak pernah padam. (Izzue Islam tanpa misai dan janggut sgtlah jambu... uhuhu).
"Anak sapa nie bapak... anak sapa?" pertanyaaan Hawa kepada bapanya tentang status anak yang baru dilahirkan oleh Hawa. Tanpa sebarang jawapan dari bapanya. Persoalan itu tergantung disitu. Persoalan yang kita sendiri pun xboleh nak jawap. Tiada jawapan. Sampai skg ... soalan itu tiada jawapan.
AD xpayah nak cerita semula tentang persahabatan dia dgn Razak dekat Hawa ketika beliau terpandang jaket yg di pakai Hawa. Kita paham sendiri jelah.
Scene yang paling menyentuh perasaan. Pujukan AD buat AM agar ikut dia lari... lari dari kehidupan mereka skg... Scene paling best dan menyentap sanubari...
Gengster2 yg ada semangat patriotik... comel je bila dirong duduk ramai2 tgk bola Msia vs Vietnam walaupun sambil2 tu berjudi... :D. Juga bapak ayam lakonan Fauzi Nawawi yang sgt natural. Bapak ayam yang berperikemanusiaan. Xmo size XXL... kesian kat ayam2 dia... hahaha...
Tahniah buat pengarahnya Efendi dan Fariza yang menghasilkan sebuah filem yang lari dari kebiasaan. Tak rugi kita menontonnya. Tapi perlu ingat .. ketika menonton kita perlu fokus dan fikir sendiri apa kesudahan setiap scene. atau dalam erti kata lain... dlm panggung boleh x jgn bercakap atau buat ulasan langsung...
Selamat menonton... lagi satu filem yang perlu diberi perhatian selepas fenomena Ombak Rindu... :-)