Monday, December 05, 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA - Harap ada imuniti.

Maharaja Lawak Mega dah masuk minggu ke 6.  Aku masih rasa macam sama je... masih blum ada btul2 impak yang dasyat.  Kalau momentum seperti minggu ke 4 (tema Cinta) di kekalkan atau ditingkatkan lagi, aku rasa MLM pasti akan menjadi fenomena seperti Maharaja Lawak. 

Di minggu ke 6 tema muzikal yang sepatutnya menjadi minggu yang cukup menghiburkan nyata gagal.  Kerana ada peserta yang kita harap2kan mampu menyerlah di minggu Muzikal agak menghampakan.  Tetapi kump yang dianggap underdog seperti SYOK berjaya meningkat pada minggu ke 6. 

Ramai yang terkejut dan tidak bersetuju dengan penyingkiran 3G.  Cuma berharap akan ada imuniti untuk mereka nanti.

Sebenarnya peluang untuk terkeluar seperti kump 3G adalah terbuka untuk semua peserta seandainya mereka tidak mampu menyerlah setiap minggu.  Mungkin minggu ke 6 markah 3G agak rendah menyebabkan mereka berada di bottom 3 dan seterusnya tersingkir.  Aku percaya pihak juri juga tidak menyangkakan kump 3G akan terkeluar, kerana mereka sekadar memberi markah berpandukan persembahan yang ditampilkan setiap minggu.  Jadi disini peluang peserta untuk kekal ialah selain menningkatkan prestasi tetapi juga perlu menambat hati juri untuk mendapat markah yang tinggi agar mereka selamat.  Jika gagal menambat hati juri nescaya mereka boleh tersingkir tanpa diduga. 


Kumpulan 3G

No comments: