Monday, October 29, 2012

UNTUK TIGA HARI



Bila tengok nama Tarantella Pictures atau lebih dikenali sebagai penerbit Ombak Rindu & Lagenda Budak Setan, tentu ramai yang dah dapat bayangkan bagaimana bentuk arahannya serta elemen-elemen romantik dan menyentap jiwa. 

Lihat nama pengarah Afdlin Shauki telah membuat aku teruja untuk melihat bagaimana Afdlin menggarap filem romantik.  Tetapi Afdlin tetap Afdlin.  Humor tidak boleh dipisahkan. 

Memang ternyata filem keluaran Tarantella kali ini lari dari trademark mereka.  Cara penyampaian didalam filem ini juga mempunyai kelainan.  Ia ibarat kita sedang menghadiri kursus kahwin.  Setiap bab diikuti dengan praktikalnya :D:D.

Jangan risau kita tidak akan menangis kerana sedih tetapi kita akan menangis ketawa ketika menonton filem ini. 

Tuesday, August 28, 2012




SAM (SAYA AMAT MENCINTAIMU) tajuk yang mula-mula aku bayangkan cerita cinta remaja yang cliche.  Tapi selepas aku tgk trailer nya, aku teruja nak tengok kerana genre thriller/romance yang betul2 jauh dari apa yang aku bayangkan.  Jadi pengajarannya, jangan hanya membaca tajuk kita terus buat andaian. 
 
Pengenalan watak yang kelakar dan sweet (percintaan antara Lisa dan Sam).  Mungkin kita tidak akan menjangkakan  perubahan mood yang akan kita alami dipertengahan nanti. 
 
Sorotan dari seorang lelaki didalam lif yang merenung back side Lisa.  Kemunculan Jeff, bekas teman lelaki Lisa yang punya sejarah memukul Lisa sewaktu mereka bercinta juga Haikal yang meroyan sukakan Lisa. 
 
Mood saspen memang menjadi.  Buat kita ternanti-nanti bilakah akan berakhir dan siapakah sebenarnya yang melakukannya. 
 
Editing yang cemerlang bagi aku.  Berjaya membawa kita menyelami bagaiman perasaan Sam. 
 
Bagi seorang pengarah muda yang pertama kali mengarah untuk layar yang lebih besar, bagi aku Syafiq berjaya.  Cuma aku rasa font yang digunakan agak tidak sesuai.  Aku lebih suka font yang lebih tebal.
 
Pergilah menonton, memang berbaloi sangat.  Filem yang berani.  Tak kisahlah kalau ada yang komen macam cerita SAW ke atau komen yang mengatakan 'tak sengaja tgk.. coz tiket filem hollywood yg lain dah abes', atau 'tak tgk aa filem melayu' ....... plsssss lah...
 
Apapun tahniah untuk Syafiq.  Mengharapkan filem-filem yang lain dari kebiasaan dari Syafiq dimasa akan datang.

Thursday, August 23, 2012

KELUARGA ISKANDAR



Kenapa aku rasa drama kat tv3 semuanya sama je.  Tak kiralah apa jenis slot yang ada tapi semuanya sama je jalan ceritanya.  hmmm... Tapi heran, rating drama kat tv3 sangat tinggi.  Jadi adakah citarasa penonton kat Malaysia ni cuma takat 'itu' saje?. Entahlah.  

Kalau tengok dekat stesen lain seperti RTM dan Astro, nampaknya drama diorang ada kelainan.  Salah satu contoh drama yang aku tengah follow sekarang nie.. iaitu KELUARGA ISKANDAR.  Tak kisahlah ada yang cakap drama KELUARGA ISKANDAR ni tiru drama MODERN FAMILY tapi yang penting ia sedikit sebanyak dapat mengubah selera aku untuk menonton drama di tv. Sesuatu yang fresh bagi aku.




Sunday, February 19, 2012

JUJUR AKU DAYUS

"..kamu letak syg kamu pada lis ditempat yg paling tinggi.."
"..tapi saya tak mampu nak letak lebih tinggi  daripada sayang saya pada Allah.."

Walaupun aku terlepas waktu siarannya tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menonton telemovie ini.  Tahniah buat penulis skripnya Rohaya Ibrahim.  

Sebagaimana jalan cerita ini yang membuat penonton meneka, mengagak atau ada juga yang terus seolah-olah tahu ending nya, namun diakhirnya penonton sendiri terpegun.  Sama macam aku :D.  Bermacam-macam yang aku teka,.. bermula dari dialog Ed dihospital "saya mahu ceraikan isteri saya".  Pelbagai andaian yang aku buat.. Ed dah kahwin dengan Aisah sewaktu di Jepun, Ed kena Aids, Ed mati pucuk lepas accident.. uhuhuhu. Bila tiba scene Ed menceritakan kenapa dia jadi macam tu .. terus aku terpikir .. owh asalnya memang salah Lis gak.  Tup2 sebenarnya bukan.... Zul Ariffin punya keje.  

Penceritaan didalam telemovie ini mampu membuat penonton untuk terus menonton dan menunggu jawapan walaupun pelbagai andaian yang difikirkan.

Setiap scene itu ada jawapannya.  Dialognya juga indah.  Jalan cerita yang menarik.  Banyak pengajaran yang kita dapat... esp untuk pasangan suami isteri.  Komunikasi dan perbincangan itu sangat2 penting.  Tahniah juga buat pelakonnya.. Beto Kusyairi & Nora Danish yang memberi jiwa dalam watak masing-masing.. begitu juga dengan Irma Hasmie...