Tuesday, August 28, 2012




SAM (SAYA AMAT MENCINTAIMU) tajuk yang mula-mula aku bayangkan cerita cinta remaja yang cliche.  Tapi selepas aku tgk trailer nya, aku teruja nak tengok kerana genre thriller/romance yang betul2 jauh dari apa yang aku bayangkan.  Jadi pengajarannya, jangan hanya membaca tajuk kita terus buat andaian. 
 
Pengenalan watak yang kelakar dan sweet (percintaan antara Lisa dan Sam).  Mungkin kita tidak akan menjangkakan  perubahan mood yang akan kita alami dipertengahan nanti. 
 
Sorotan dari seorang lelaki didalam lif yang merenung back side Lisa.  Kemunculan Jeff, bekas teman lelaki Lisa yang punya sejarah memukul Lisa sewaktu mereka bercinta juga Haikal yang meroyan sukakan Lisa. 
 
Mood saspen memang menjadi.  Buat kita ternanti-nanti bilakah akan berakhir dan siapakah sebenarnya yang melakukannya. 
 
Editing yang cemerlang bagi aku.  Berjaya membawa kita menyelami bagaiman perasaan Sam. 
 
Bagi seorang pengarah muda yang pertama kali mengarah untuk layar yang lebih besar, bagi aku Syafiq berjaya.  Cuma aku rasa font yang digunakan agak tidak sesuai.  Aku lebih suka font yang lebih tebal.
 
Pergilah menonton, memang berbaloi sangat.  Filem yang berani.  Tak kisahlah kalau ada yang komen macam cerita SAW ke atau komen yang mengatakan 'tak sengaja tgk.. coz tiket filem hollywood yg lain dah abes', atau 'tak tgk aa filem melayu' ....... plsssss lah...
 
Apapun tahniah untuk Syafiq.  Mengharapkan filem-filem yang lain dari kebiasaan dari Syafiq dimasa akan datang.

1 comment:

Ajami Hashim said...

saya pun tunggu nx nx film dr syafiq :)