Monday, October 20, 2014

ASRAMA-RA ALL STARS

9 cerita dengan 9 rahsia agong.  

Cerita Mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Storyline yang cukup menarik.  Persembahan yang kemas dan padat.  Ending yang twisted.  Pergolakan yang berkait di antara satu sama lain.  Mereka punya pelbagai masalah yang di simpulkan di pengakhiran cerita.

Segala rahsia terbongkar di dalam mimpi.  Setiap mereka berkongsi mimpi yang sama.

Tahniah kepada Produksi Revolution Stage di atas pementasan ASRAMA-RA ALL STARS ini.  Memang sangat berbaloi pergi menonton.  Tidak rugi mengeluarkan RM45 untuk naskah yang indah ini.  Penuh gelak tawa. 

Harus di puji apabila Revolution Stage membenarkan penonton mengambil gambar dan video untuk di kongsi di laman sosial masing-masing.  Ini satu strategi marketing yang sangat berhasil.  Di tambah dengan pelakon-pelakon yang semestinya sudah punya kelompok pengikut setia.  Syabas kepada semua pelakon yang memberikan lakonan yang hebat dan berkesan. 

TAHNIAH!

9 CERITA 9 MASALAH 9 RAHSIA






Thursday, October 09, 2014

GO MANIS ! GO MANIS!

Nampak tak ... aku macam banyak habiskan masa tengok drama Siti Saleha je... hahahahaa... sebab sekarang ni nak tengok drama base on jalan cerita macam dah tak boleh coz semua jalan cerita sama... esp yang part kawen paksa tu kan.. .hahaha..  So sekarang ni aku tengok drama base on pelakon je.  Tak kisah dah apa je jalan ceritanya... 

Bila tengok drama Manis ni... satu yang aku perasan.. iaitu lakonan Siti Saleha.  Dah lebih improve. Drama ni tak adalah scene sedih2 bagai... ia lebih kepada hepi2 je kita tengok sambil gelak2.  Dengan Seri yang blur tu... hahahaa... 

Style drama macam ni dah jadi tradmark Wan Hasliza.... tapi aku suka.. sesuatu yang baru.  

Go manis! Go manis!   :)

Tak sabar nak tengok Terbaik Dari Langit dan Tujuh.

TERLANJUR CINTA (SITI SALEHA, NAZIM OTHMAN, AQASHA)

Dalam lama aku tak update blog ni so aku luangkan masa untuk melayan drama-drama yang baru mahupun yang lama.  So baru-baru ni aku layan drama Terlanjur Cinta.  Drama ni bersiaran Dec 2012-Jan 2013.  Kebetulan kat Tv pun sekarang tengah dok ulang tayang.

Masa mula bersiaran Dec 2012 dulu aku hanya tengok 3 episod pertama je.  Sebab aku tak sanggup tengok watak NIA yang terlalu lemah.  Kena buli duduk berendam dalam laut bagai tapi sikit pun tak melawan.. redha je.. So aku sakit hati terus aku tak tengok.  Tapi beberapa minggu lepas tu aku try tengok... buka2 tv terus episod si NIA tu kena belasah teruk plak dengan Farith.  Trauma aku.  Tukar channel lain.  

Selain dari watak lurus si NIA tu, aku tak sanggup tengok Aqasha pukul Siti Saleha .... real kot dia blasah.. hehehe.. bias btul aku.  Tapi dalam salah satu majlis pernah ada peminat Saleha tanya scene pukul tu.  Saleha jawap bila CUT je terus dia blasah balik Aqasha... hahaha.  So memang betul la kan Saleha kena pukul real punya.  Tapi biasalah dah tanggungjawab diorng sebagai pelakon. Kira diorang professional kan.    

Bila aku tahu drama ni TV3 ulang tayang semula.  Aku try la juga tengok.. kot2 trauma aku dah hilang.  Buka2 TV weekend hari tu... alaaaaa sekali episod kena blasah yg dulu gak.. adehhhhhhh... badi btul.. Tukar channel.. hahahaa..

Tapi lepas tu terngiang2 plak dalam otak aku drama neh.  Tak boleh jadi so aku cari link.  Maka nya aku try untuk tengok sampai habis.  Kalau ikut hati scene pukul tu boleh je aku skip tapi nanti takut tak boleh nak feel so hadap je lah.. aduuiiiiii aku plak yg rasa sakit bila si Farith ni bagi buku lima kat mulut NIA sebab dia punya efek nangis mcm sakit btul.. hahaha.... 

Tapi akhirnya aku berjaya gak tengok sampai habis..... yeahhh... Walaupun sakit hati sangat dengan watak NIA ni..  Masa kat kampung elok je NIA tu garang .. bela adik dia.  Tapi bila dengan Farith .. terus lemau.  

Aku konpius .. NIA ni diploma or degree holder?... ada part skrip sebut diploma ada part skrip sebut degree... uhuhu.. Lagi satu perlu ke baju kurung sepanjang masa... bagi lah NIA tu wardrobe lain... pergi camping pun pakai baju kurung hehehehee.... 

Sebenarnya Farith tu dah ada perasaan sayang kat NIA tapi sebab ego dia pendam je.  Part ni kalau kembangkan lagi... mesti best kan.. atleast buatlah si Farith tu intai NIA tidur ke... curi2 belai rambut NIA ke... tak adalah nampak yang si Farith tu kejam sangat sampai langsung tak ada perasaan kasihan kan... Sebabnya bila Farith tu halau NIA penonton mesti akan nampak rasa serba salah Farith tu.  Time tu barulah kena dengan scene si Farith ni muka tak ada mood bila time clubbing dengan Amanda.

Endingnya ... seb baik NIA tak pilih sapa2... dia nekad nak hidup sendiri .. bela anak dia.  Padan muka Farith bila NIA tak bagi dia Qamatkan baby tu... Aku suka scene ni.. walau nampak simple tapi kira menyentap gak le.  

Ada sambungan ke?... dah 2014 dah woiii mmg tak le.. .hahahaa... Tapi harap2 buat le sambungan dalam bentuk telemovie...  






BORIA RAYA

Fuhh lama gile... lama pun tak gile macam ni... lama gile aku tak update blog... 

Hari ni baru aku ada rasa rajin untuk update blog. Ingat lagi tak pada drama Boria Raya yang di tayangkan pada hari raya kedua Aidilfitri dulu tu. Itu adalah skrip pertama aku. Biasalah budak baru belajar.. memang banyak nak kena improve. 

Asalnya Boria Raya tu aku memang nak buat drama komedi je. Nak tengok sambil gelak-gelak. Drama tu dah pergi pitching pun untuk astro warna tapi tulah di sebabkan beberapa masalah teknikal maka ianya lenyap begitu sahaja... hehehehe... Tapi Alhamdulillah rezeki aku... TV3 terima proposal tu. 

Boria raya ni adalah dari pengalaman aku masa kecil2 dulu. Watak Abas tu sebenarnya karektor Ayah aku termasuk juga dengan watak2 lain.. Raudhah tu memang watak mak aku. Mak aku memang ambil upah jahit sembat baju kurung, lagipun memang baju kurung je yang mak aku tahu jahit. Cuma beberapa kejadian dalam ni di tokok tambah. Ramai juga kawan aku komplen tentang ending. 

Kawan aku kata aku kejam buat watak Abas tu meninggal pagi raya. Sebenarnya memang aku sengaja nak bagi penonton terkejut. Dan hint2 Abas nak meninggal tu aku tak nak letak dia batuk or sakit dada ... bosan... Dan kerana scene mati yang satu tu, impaknya makan seluruh cerita. Terus label drama tu drama sedih... hehehehehe... Walaupun dari awal kita di sajikan dengan gelagat dan perangai gile anak-anak Abas. 

Terima kasih kepada yang sudi menonton, maaf kalau ada banyak kekurangan. Next skrip?.. tak kot.. hahahaa... di sebabkan kekangan masa dengan kerja hakiki aku maka aku dah lama berhenti hantar proposal. Insyaallah kalau ada idea aku buatlah proposal baru tapi aku kalau boleh target raya or puasa je kot... banyak komitmen. :)