Thursday, October 09, 2014

BORIA RAYA

Fuhh lama gile... lama pun tak gile macam ni... lama gile aku tak update blog... 

Hari ni baru aku ada rasa rajin untuk update blog. Ingat lagi tak pada drama Boria Raya yang di tayangkan pada hari raya kedua Aidilfitri dulu tu. Itu adalah skrip pertama aku. Biasalah budak baru belajar.. memang banyak nak kena improve. 

Asalnya Boria Raya tu aku memang nak buat drama komedi je. Nak tengok sambil gelak-gelak. Drama tu dah pergi pitching pun untuk astro warna tapi tulah di sebabkan beberapa masalah teknikal maka ianya lenyap begitu sahaja... hehehehe... Tapi Alhamdulillah rezeki aku... TV3 terima proposal tu. 

Boria raya ni adalah dari pengalaman aku masa kecil2 dulu. Watak Abas tu sebenarnya karektor Ayah aku termasuk juga dengan watak2 lain.. Raudhah tu memang watak mak aku. Mak aku memang ambil upah jahit sembat baju kurung, lagipun memang baju kurung je yang mak aku tahu jahit. Cuma beberapa kejadian dalam ni di tokok tambah. Ramai juga kawan aku komplen tentang ending. 

Kawan aku kata aku kejam buat watak Abas tu meninggal pagi raya. Sebenarnya memang aku sengaja nak bagi penonton terkejut. Dan hint2 Abas nak meninggal tu aku tak nak letak dia batuk or sakit dada ... bosan... Dan kerana scene mati yang satu tu, impaknya makan seluruh cerita. Terus label drama tu drama sedih... hehehehehe... Walaupun dari awal kita di sajikan dengan gelagat dan perangai gile anak-anak Abas. 

Terima kasih kepada yang sudi menonton, maaf kalau ada banyak kekurangan. Next skrip?.. tak kot.. hahahaa... di sebabkan kekangan masa dengan kerja hakiki aku maka aku dah lama berhenti hantar proposal. Insyaallah kalau ada idea aku buatlah proposal baru tapi aku kalau boleh target raya or puasa je kot... banyak komitmen. :)

1 comment:

laiceewadell said...

Casino 2021 - DrmCAD
Casino 경기도 출장마사지 2021 - Learn 양산 출장마사지 about the latest, most up-to-date slot 수원 출장마사지 machines, progressive jackpots, progressive 강릉 출장안마 jackpots, progressives mobile games & more. 동해 출장샵 Play Now!