Wednesday, December 28, 2011
SONGLAP
Monday, December 05, 2011
MAHARAJA LAWAK MEGA - Harap ada imuniti.
Thursday, December 01, 2011
OMBAK RINDU....
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku"
Diadaptasi dari Novel tulisan Fauziah Ashari. Sekali lagi kita saksikan Tarantella Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw Sdn Bhd mengangkat naskah novel ke layar perak. Mungkin ada sesetengah mereka yang membaca novel ini akan mengatakan ada beberapa babak tidak kena atau tidak ada dalam novel. Tetapi kita kena faham mungkin ada beberapa dialog atau babak didalam novel tidak sesuai untuk di visualkan dan ada babak2 yang ditambah untuk menguatkan lagi jalan cerita. Setiap mereka yang membaca novel Ómbak Rindu' punya bayangan sendiri. Apa yang di paparkan di layar perak adalah bayangan Pengarahnya Ósman Ali'.
Hariz mengutip Izzah bak dialognya "áku kutip kau sama macam kau kutip kucing kau tu" diwaktu hujan, bagai menggambarkan deraian airmata Izzah yang mengharap simpati Hariz untuk membawanya keluar dari terus menjadi pelacur. Izzah juga dihalau dari rumah sewaktu hujan oleh Datuk Sufiah bersama dentuman guruh bagai membayangkan perasaan Izzah ketika itu yang tertekan dan meronta-ronta untuk berada disisi Hariz.
Mila diva, Mila degil, Mila pentingkan diri sendiri.. semua itu terlerai bila Mila akhirnya menangis dan meluahkan perasaannya kepada Izzah. Mila juga mengaku dia tidak punya sahabat untuk dia bercerita tentang kesedihannya. Ternyata disini Mila sentiasa hipokrit dengan perasaannya kpd org disekelilingnya.
Kelainan lakonan dari Lisa Surihani untuk watak Mila. Aku rasa Lisa sgt sesuai untuk membawa watak antagonis. Riak wajah, gerak tubuh, jelingan mata serta suara yang kasar memang sesuai dengan watak Mila. Selepas ini biarlah Lisa bawa watak-watak seperti ini.
"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah"
aku cukup xselesa klu time tgk org seblah aku sibuk dok gelak... pastu nak wat2 kelakar... ala klu nak nanges... nanges je le .. xyah le nak cover2... tampar kang... :D
Wednesday, November 30, 2011
OMBAK RINDU
Friday, November 18, 2011
AKU BUKAN TOMBOY.....
Thursday, November 10, 2011
KEKASIH AWAL DAN AKHIR (reunion nora elena & Seth TAn .. :D:D)
Friday, November 04, 2011
MAHARAJA LAWAK MEGA
Friday, September 30, 2011
YUNA MTV IGGY --------- ALL YOUR LOVE
http://www.mtviggy.com/best-new-band/
Sunday, August 21, 2011
"KHALID".. SHORT FILEM --- disebalik kelambu eh tabir... :D
Saturday, August 06, 2011
"KHALID" - short film
Sunday, July 03, 2011
DRAMA KITA
Jalan cerita drama kita pun hebat2. Mcm NurKasih, Adamaya dan terbaru Nora Elena. Ramai kawan-kawan aku yg dulu xminat drama, skg dah jadi kaki drama, termasuklah aku. So kiranya drama kita skg dah berkualiti dan mampu menarik penonton dari hari ke sehari. Klu dulu pelakon2 drama mmg susah nak raih populariti melampau. Tapi skg pelakon2 drama lah yang cepat naik. Tambahan klu drama bersiri. Namun masih ada juga drama-drama dari Indonesia yang aku anggap sgt lah mengarut dan xmasuk akal masih ditayangkan di tv.
Jadi kalau ada website yg berleluasa mengCopy drama2 kita utk di muat turun, itu maknanya drama kita semakin berkembang.. sila pandang dari sudut positif ek coz xsemua drama yang ditayangkan kat tv tu sempat ditonton. Lainlah klu ada satu website khas secara sah yang menjadi tempat untuk semua drama2 yg ditayangkan di Msia ini untuk ditonton oleh mereka yang tak sempat nak tonton atau nak tgk berulang kali.
Drama Nora Elena yang menjadi tontonan purata hampir 2 juta penonton untuk setiap episod..
Orait nie tentang saluran Astro Warna. Sepanjang Maharaja Lawak berlangsung aku jadi penonton Astro Warna coz nak tgk berulang-kali Maharaja Lawak. Selain dari Maharaja Lawak aku rasa tak ada cerita lain yang boleh masuk dalam fikiran aku. Astro Warna adalah saluran yang dikhaskan utk drama/sketsa komedi semata-mata. Tetapi intipati didalam saluran itu sangatlah kesian. Tak lawak pun. Drama2 yang terdapat didalam saluran itu adalah drama2 yang paksa orang suruh gelak, manakala pelakunnya seolah2 dipaksa untuk jadi pelawak sampai mcm dah jadi badut aku tgk. Namun ada juga beberapa rancangan yang masih ‘Ok’, esp rancangan2 yang dibawah kelolaan Afdlin Shauki. Jadi tak hairanlah lepas nie Maharaja Lawak akan diulang berpuluh2 kali kat saluran Warna coz tu je lah kot satu2nya rancangan yang menepati konsep Astro Warna.
Nizam ,ko skg handle astro warna kan.. so harap2 ko dpt lah buat satu kelainan kat saluran tu ek.. aku berharap sgt2 nie ;D
Tuesday, June 21, 2011
Friday, May 20, 2011
YASMIN AHMAD's FILMs by Amir Muhammad
Thursday, April 21, 2011
CUN
Faezah Elai sempoi & sgt real jadi tomboy. Dia cover semua orang terus. Semua scene kalau tak ada watak TOM rasa mcm xbest pulak. Faezah Elai berjaya hidupkan setiap scene melalui watak TOM/KUNTUM.
Antara watak2 tomboy yang pernah aku tgk dan yg pernah dilakonkan antaranya oleh S.Amani, Nasha Aziz & Sofea Jane, Faezah Elai lah yang paling berjaya melakonkannya..
Dan satu lagi watak iaitu MANIS (Nadiyatul Nissa)... sweet sgt. Bukan senang nak bawak watak gadis terencat.
Dalam CUN kita boleh rasakan kasih sayang yang erat didalam keluarga TOK CHAH (Kartina Aziz). Kita pun akan turut merasakan keseronokan Atan bermain selut dgn LUNA, TOM & MANIS. Kita akan lihat betapa bestnya piknik atas lori ditepi sawah sambil lihat matahari terbenam.
Tak lupa juga kita akan tersenyum melihat aksi2 romantik ATAN & LUNA.
Dan paling aku ingat ialah semua watak TOM.. hehehehe...
Kat pawagam KL dah xde tayangan... tapi xpe.. kat astro first ada.. boleh le langgan.. tak rugi pun.. sure korang akan enjoy menontonnya.
Saturday, April 09, 2011
...DALAM BOTOL
Andai anda seorang peminat filem komersial atau sekadar yang suka mengisi masa menonton wayang atau juga suka menonton filem yang tidak perlu berfikir .. sekadar enjoy menonton sahaja, mungkin filem Dalam Botol akan menjadi filem paling bosan atau anda akan keliru selepas menontonnya... atau anda akan buat review secara live ketika menonton... Apa2 pun kenalah ada rasa hormat penonton lain kan... Dah kluarkan RM11, apa kata kita tgk smpai habes.. (terlepas geram plak.. sorii.. :D).
Dialog xhabes.. atau kurang jelas, juga scene2 yang tergantung... suasana kelam, suram.. menggambarkan perasaan Rubidin. Kita tgk betapa sunyi dan murungnya hidup Rubidin. Kita dapat lihat betapa pengorbanan Rubidin tidak dihargai walaupun pengorbanan yang dilakukan terlalu besar.. (sanggup menukar jantina). Scene diantara Rubidin dan kedua ibu bapanya (Normah Damanhuri dan Jalil Hamid) tidak panjang.. tetapi penuh makna dan mendalam. Hanya dalam satu scene sahaja kita boleh tahu dan paham tentang perasaan dan harapan ayahnya terhadap Rubidin.
Dalam konflik identiti ini, dapat kita lihat tidak ada unsur2 benci yang ditunjukkan kedua ibu bapa Rubidin terhadap beliau... tak perlu ada unsur2 menangis meraung2 kena halau rumah mcm yang slalu kita tgk dlm drama atau filem kita... Kedua ibu bapa Rubidin masih menerimanya walau bagaimana keadaan beliau sekalipun.. samada ketika dia lelaki, perempuan dan lelaki semula.
Paling menyentuh ialah scene di bilik pengantin... tanpa dialog hanya bahasa tubuh sahaja, cukup buat penonton memahami situasi yang berlaku dan tidak kurang juga membuatkan kita terdiam. Brilliant.
Kalau ketika awal menonton kita akan disajikan dengan scene2 yang senyap tanpa muzik begitu juga ketika akhir filem... kita akan keluar terdiam, senyap...
Filem ini berdasarkan kisah benar dan byk pengajaran darinya... tak rugi kalau menonton.. Tahniah Khir Rahman dan Raja Azmi...
Friday, April 08, 2011
MADU II
Penggoda?.. Pengorbanan? …Perampas?..
Madu itu racun.. racun itu membunuh..
Karya Alfian Sa'at membawa kita untuk mengupas erti poligami. Poligami dimata wanita.
“Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, tepuk biar pandai, nanti upah susu. Susu lemak manis, santan kelapa muda, kakak jangan nangis, abang kita banyak kerja.”
MADU 11 (6-10 APRIL 2011) THE ACTORS STUDIO
Sayangnya aku tak dapat pergi menonton..uhuhuhuhu....
Thursday, March 24, 2011
SANGKAR, HUJAN PANAS, = WE ARE MALAYSIAN MADE
Melihat Sangkar sentuhan pertama Sharifah Amani, aku terus terbayang Yasmin Ahmad. Sangkar mungkin ada sedikit rasa Yasmin Ahmad tetapi dengan cara Sharifah Amani. Hasil kerja pertama dari S. Amani memang boleh dibanggakan. Aku tak pernah membaca sinopsis tentang Sangkar. Memang aku tak mahu kerana aku nak lihat Sangkar dengan fikiran yang kosong. Biar aku teka atau tafsir sendiri jalan ceritanya. Bagi aku itu lebih menarik.. dan aku sememangnya xsuka baca sinopsis... boleh spoil mood aku... uhuhu...
Tafsiran pertama aku bila Omar (Beto Kusyairy) balik dengan muka marah memandang Yasmin (S.Amani).. dan menolak pelawaan Yasmin untuk makan. Terus terdetik .. "ooo nie mesti kena kawin paksa"... Kemudian Flashback zaman sekolah Yasmin dan Omar.. mereka satu geng.. Yasmin dan Omar sebenarnya rapat.. Kemudian timbul pula watak Daddy Omar (Hafsham).. kematian isteri. Omar org kaya dan Yasmin cuma tinggal dekat setinggan. Sehinggalah rombongan meminang dari keluarga Omar smpai ke rumah Yasmin. Mereka berkahwin. Disini kita semua akan menyangkakan Yasmin dan Omar berkahwin dan mereka tidak serasi sehingga atau ada sebab lain yang menyebabkan mereka berada pada keaadaan sekarang ini.. bergaduh dan bermasam muka?
Watak Daddy Omar muncul semula dgn membawa bag, baru pulang dari outstation. Masuk kerumah dan memanggil Sayang kepada Yasmin. Hah! baru aku mula paham... pinangan yg dulu tu sebenarnya untuk Daddy Omar.. bukan untuk Omar.. kesudahannya Omar telah dihantar ke Canada melanjutkan pelajaran.
Ada konflik dimana Yasmin terpaksa berdepan dengan Omar setiap hari, terpaksa menahan perasaannya terhadap Omar, begitu juga Omar.
Tahniah buat Amani. Kalau buah tangan pertama dah menunjukkan quality yang baik... bagaimana klu yg ke2, ke3?.. Harap S.Amani tak berhenti disini...
Ini adalah filem pendek ke 5 daripada Nadia. Walaupun berlatar belakangkan bandar New York tetapi Nadia tetap meletakkan cara hidup Malaysia didalamnya. Lakonan Beto nampak cool tetapi bak kata Beto, dia cuma mendapat skrip sehari sebelum shooting. Tahniah kepada Nadia.
www.wearemalaysianmade.com
Thursday, March 17, 2011
SHORT EYES.
Menonton Short Eyes memerlukan minda yang terbuka. Ini kerana dialognya yang tidak bertapis. Ada juga aku terdengar suara-suara kecil kat belakang aku yg cakap "eee malunya".. hahahaa... tetapi dah sah2 kat poster tulis 18thn keatas.. dah inform awal2 ada unsur yang xpatut.. hehehe..
Short Eyes mengisahkan kehidupan didalam penjara golongan minority org kulit hitam, Puerto Rico dan kulit putih. Sewaktu menyaksikan Short Eyes, nafas aku turun naik.. kus smangat.. terutama babak yang menyaksikan Clark Davis dikelar lehernya.. TAHNIAH! babak yang paling aku suka. Kehadiran Clark Davis adalah kemuncaknya.. Lakonan yang mantap dan bersahaja daripada pelakon2nya. Dialog yang straight forwad.. xyah tapis2.. hehehe...
Kalau nak tahu bagaimana keadaan didalam penjara, pergilah menonton Short Eyes.. kita dapat lihat hukuman dijatuhkan terlebih dahulu sebelum mahkamah memutuskannya. Itulah realitinya...
Omar ” Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. ”
Short Eyes akan dipentaskan sehingga 20 Mac ini.
Aku pernah juga mendengar cerita-cerita dlm penjara yang diceritakan oleh mereka2 yg mempunyai pengalaman... ;-)
Gambar-gambar sewaktu pementasan Short Eyes ---www.mohdhaiqal.com
Aku terus menyusun jadual untuk menyaksikan pementasan akan datang.. MADU II (6-10 Apr)
Tuesday, March 08, 2011
ANDAI KITA DIBERI PELUANG KEDUA -- KASHAF IMANI
Kashaf dan Imani bertemu disaat mereka tidak mampu merasai nikmat persahabatan yang mendalam. Mereka dipisahkan oleh alam ghaib dan alam nyata. Walaupun Imani mempunyai kelebihan untuk melihat roh tetapi ia seakan-akan terlambat buat mereka. Namun begitu Imani yang pada mulanya takut untuk menerima kelebihan yang diberikan Allah. Akhirnya telah menjadikan kelebihan itu untuk membantu Kashaf yang koma. Ditakdirkan umur Kashaf masih panjang dan Kashaf masih mampu bertaubat.
Tahniah kepada pengarah dan penulis skrip. Cerita yang menarik dan menginsafkan. Moga akan ada banyak lagi cerita seperti ini, bukan setakat untuk tayangan tertentu sahaja.. ;-). Semoga Kashaf Imani dapat mengulangi kejayaan Antara Garisan.
Waktu hilang dan terbuang,
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,
Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali,
Harap ampunkan hamba-Mu ini"
Friday, January 28, 2011
7 LAGU
Komen aku lepas tgk telemovie nie : takut eh jadi peguam bela..salah bela merana jiwa... uhuhuhu....
Friday, January 14, 2011
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA?
Teringat kat syad yg pernah wat skrip psl 1 Malaysia... bagus ideanya.. konsep 1 malaysia yg diketengahkan ... rasanya blum ada yg terpk mcm tu kot... tapi sayang skrip tu dlm English... syarat finas skrip dlm BM... terus dia kensel... uhuhuhu....
Wednesday, January 05, 2011
TOURIST
Ok smalam .. akhirnya dpt gak aku g tgk THE TOURIST. Sebelum nie ramai yang kata filem angelina jolie kali nie x berapa sgt. So lepas tgk smalam aku tahu kenapa ramai yg ckp mcm tu. Coz rasanya diorang pegi pawagam dengan expectation atau membayangkan filem nie filem aksi yg dasat.. jenis tembak xyah nak aim2 segala. .. atau membayangkan angelina jolie sepak terajang org ataupun turun dari bangunan dgn muka menten dan tanpa rasa gayat..
Dalam THE TOURIST .. AG nampak lebih feminin.. kira mcm ala2 kontrol chantek sepanjang masa. Lakonan AG nampak releks. Jalan ceritanya hmm aku dah boleh agak endingnya (tapi xtau le org lain kan). Watak dan scene yg cuba di twisted kan utk mengelirukan penonton nmpk mcm biasa sgt.. maybe dah slalu sgt scene twist mcm nie kot.. mcm scene recycle le lebih kurang.
Walau mcm mana pun cerita nie menghiburkan kerana ada diselitkan unsur2 humor. Bila menonton filem nie.. mmg kita releks.. dan x perlu berkerut muka ... :-)...