Thursday, February 16, 2006

One Hour Photo (gambar siap satu jam .. ala yg mcm kat Fotozoom tu..)




Cast: Robin Williams, Connie Nielsen, Michael Vartan, Gary Cole, Dylan Smith
Directed by: Mark Romanek

Cerita ini yg lulus di pertontonkan kepada umum pada 2002 adalah sebuah cerita mengenai kesunyian seorang lelaki yg menganggap sekeping gambar adalah satu saat dimana tergambar kegembiraan dan kedukaan yg kekal. Kisah ini tidak ada kena mengena langsung dgn Potret Missplace Prof. Razak tu... hehehe.

Ok.. Uncle Sy Parish seorang pekerja dekat sebuah kedai gambo kat dlm Hypermarket. Family Yorkin nie pulak adalah customer tetap kedai gambo nie.. dan uncle Sy Parish slalu sgt cuci gambo2 family Yorkin tu.. Dlm pada itu Pokcik Sy Parish suka beno nengok gambo2 family Yorkin nie.. Happy jeee...

Family Yorkin nie pulak tak ada keje len.. asyik ambik gambo jeee.. so mcm2 lee aksi family nie yg boleh dilihat dlm gambo tu.. Kebanyakan gambo yg diambil adalah kisah hidup family nie yg klu dilihat dari mata kasar adalah keluarga yg cukup bahagia.

Pokcik Sy Parish nie pulak hidup sebatang kara.. sejak dari kecik lagi dia tak merasa suasana hidup bahagia dlm sesebuah keluarga.. that's why lee dia cukup admire ngan family Yorkin nie.. yg bagi nya adalah keluarga yg sempurna.. Bek dari lakinya sampai lee kat anjing diorang...
Kerana terlalu asyik mengagumi family Yorkin nie.. Pokcik Parish nie dlm diam2 telah mencetak semua gambo family Yorkin yg pernah dihantar cetakkan kat kedai dia... semua gambo yg dicetak balik tu disusun dan diletakkan disatu sudut dinding rumah... Selain dari tu Parish nie suka pegi ngendap family nie.. (bukan ngendap benda len tau) dia akan memerhatikan kehidupan family nie.. dan dengan cara itu sedikit sebanyak dpt menghiburkan hati Sy Parish yg kesunyian..

Nak dijadikan cerita .. satu ari ada sorang pompuan nie dtg cuci gambo kat situ.. so Sy Parish pun mcm biasa lee cetak gambo2 tu.. dan dlm kepingan terakhir gambo ada gambo suami si family Yorkin ngan pompuan yg nganto gambo tu dlm aksi yg ghairah. So hati Sy Parish pun marah dan terguris dgn tindakan mamat tu yg dianggap sebagai seorang lelaki yg tak bersyukur langsung.. dah ada bini dan anak yg baik dan bahagia lagik nak men kayu tiga... ish ish..
Sy Parish pun buat 2 salinan. Satu salinan tu khas utk bini Yorkin yg kebetulan ada gambo nak diambil kat kedai tu...Dan lepas tu korang dah paham kan.. sure lee pecah rahsia. Boss Sy Parish pun dah perasan ngan xtvt si Parish nie dan telah memecatnya kerana telah mengakibatkan cost yg byk kerana cetakan semula yg dibuatnya tu.

Dan secara tak langsung Sy Parish telah mengintip suami Yorkin nie kat satu hotel time lunch. Mamat nie ekceli check-in hotel tu utk wat.. tuuuuut!! Sy Parish pun serbu then paksa diorang wat aksi2 sambil dia amik gambo puas2.. lepas tu dia lari... Makwe mamat nie pun report polis dan memberkas si Parish dan rampas kameranya. Suami Yorkin nie pun nyesal ngan sikap curang nya itu..

Siasat punye siasat rupanya Parish nie kecik2 kena abuse n rape ngan bapak dia.. sebab tu leee dia marah sgt kat Suami Yorkin tu. Coz dia begitu mengharapkan sebuah keluarga yg bahagia tapi tak dapat. Then gambar dari kamera dia yg kena rampas pun dicuci.. Aku pun ingat gambo aksi2 suami Yorkin tu .. hehehe rupanya gambo katil, gambo besi katil, gambo kaki, gambo seluar.. Kaedahnya Parish nie tak nak ambik gambo kelukaan dan kedukaan coz bila dah jadi gambo suasana tu akan kekal.. betul tak?.. betul leee...

Apa yg aku suka kat filem nie ialah ending nya yg aku tak terfikir. Coz dari awal aku ingatkan tentu lelaki nie psiko atau wat sesuatu yg tak elok kat family nie.. mcm filem yg biasa kita tgk. rupanya bukan. Lagi satu pulak dia tak ada background music.. sunyi jee, sesuai sekali nak menggambarkan hidup Parish yg sunyi gile tu..

Kat dalam filem nie jugak di selitkan apa yg dibuat oleh Parish dlm rutin kerja yg sebenar.. ialah kita tak tau kan mcm mana org kat kedai gambo tu wat keje.. nak tuang atau ganti air (apa ke benda namanya ntah). Nak adjust gambo agar lebih cantik. Secara tak langsung kita boleh lee tau dan paham cara2 nak cetak gambo. Patut filem kita pun kena ada benda2 mcm nie.. baru nampak logik.

So klu yg tak pernah tgk filem nie bleh lee melawat Speedy Video coz VCD nya baru jeee kluar... ok bye2!!

No comments: