Tuesday, April 21, 2009

HATI AKU NIE LAGI DASAT BERGELORA .. katanya..

Betulah kata org.. dunia nie kecik je. Aku baru terjejak kasih dengan seseorang2. Rupa2nya sedara.. xsangka hari2 tgk muka dia.. skali sedara.. heee.

Oklah.. dis week tetiba aku terlayan cite Gelora Di Hati Sara... uhuhuhuhuuu.. Nie semua gara2 tereksiden terUTUBE (hee apa aku tulis nie?). Before dat dgr jee member aku cite. So x excited sgt nak tgk coz sah2 memang xdpt nak tgk pun.. N ada gak baca kat paper psl cite nie ngan lakonan Gee. Baca je lee. Komen dari press pun ok.

So kelmarin lepas kes terUTUBE tu aku pun terjaga dan terburung Hantukan diri aku nie utk tgk semua episod... gile tu.. 2 malam berjaga nak khatam cite nie.. heeee. Jalan cite biasa aa dah boleh agak.. tapi yang buat aku terxcited lebih tu is lakonan Gee.. WOW!!! Thumbs Up!! terpegun kejap tgk lakonan dia.. x sangka dia boleh berlakon sebaik itu. Natural sungguh. Terasa rugi pulak bila baru skg Gee nak berlakon. Klu dari dulu .. agak2 kat mana ek tempat Eja skg nie?;).

Dgrnya akan ada season 2 utk cite nie dan sebab itulah endingnya mcm tu.. hmmm .. ok.. Jgn season 2 nanti cite lebih kurang jee dah lee. Harap lebih baik lagi. Dan ofcoz klu btul .. aku tertunggu2 lakonan Gee lagi. Tapi cite2 mcm nie slalu nya klu kat TV 1/2 jam + iklan. Pastu slalu time aku xsempat nak smpai umah. Klu mcm tu terUTUBE lagi lee nampaknya.

Dah 2x cite nie diulang kat TV1... Suhan Movies kuarkan lee vcd.. mesti ramai nak beli...


Thursday, April 16, 2009

BILA KU TERCIPTA DARI TULANG RUSUKMU...



Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang

Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang

Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.

Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh

Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…

Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?(source : cinema21)


Filem ini dikhabarkan menjadi kontorversi di Indonesia. Cerita yang diadaptasi dari novel "PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN" oleh Abidah el Khalieqy. Penerbit filem yang sebelum ini menerbitkan filem "Ayat-Ayat Cinta", masih mahu meneruskan genre dan cara yang sama. Apa yang menarik disini OST filem ini dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza dan terdapat sebuah lagu ciptaan beliau sendiri. Berharap filem ini akan ditayangkan di Malaysia.


KETIKA CINTA
Ciptaan : Opick
Lirik : Opick



Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggilmu

Karna setiap
jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepadamu

Bila cinta ada di dalam
jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah dia
Hati ‘kan memuja hanya padanya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu rindu rindu qalbu
Memanggil-manggil namamu
Seperti terbang di langitmu
Tenggelam di lautan cintamu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

************************************************************

BATASKU ASAKU
Ciptaan : Dato' Siti Nurhaliza
Lirik : Attan Hardilas



Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kumampu sempurnakan hidupmu

Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja

Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman

Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada

Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh padaNya


video dari 3daratiga

Wednesday, April 01, 2009

TALENTIME



Selepas lama menunggu MUALAF yg dengarnya diharamkan utk tayangan. Akhirnya terubat juga apabila menonton TALENTIME yang menghiburkan. Kalau diimbas semula semasa TALENTIME memulakan penggambaran, wartawan pernah bertanya kepada Yasmin Ahmad mengapa memilih talentime, kerana sebelum ini filem2 beliau begitu berat kalau nak dibandingkan dengan TALENTIME yang lebih kepada menghiburkan. Yasmin Ahmad sekadar menjawab "siapalah dia untuk mengajar orang". Tetapi selepas menonton TALENTIME semalam ternyata ia bukanlah hiburan semata2. Ia penuh dengan mesej.

Sebelum ini terfikir juga mungkin kali ini YA hanya mahu membuat filem yang santai. Kerana tajuk TALENTIME itu sendiri, membuat aku teringat filem GEMERLAPAN. Mungkin konsepnya sama. Tetapi YA tetap YA. Kasih-Sayang, Cinta dan masyarakat majmuk tetap menjadi trademarknya. Dalam TALENTIME setiap mereka mempunyai pasangan, dari yang muda hingga ke tua. Dari yang sihat kepada yang sakit. Apa yang menarik sekali bagi aku ialah dialog2 yang dizahirkan, walaupun pendek dan sekali-sekala tetapi maknanya begitu mendalam. Lebih2 lagi apabila ia diterjemahkan oleh Mahesh menggunakan bahasa isyarat. Begitu juga dengan lakonan JAC, tidak mengecewakan. Aku sentiasa tertunggu2 scene yang melibatkan JAC. Ditambah dengan alunan lagu2 latar.. terutama lagu Tamil yang membuatkan TALENTIME ada kelas yang tersendiri.

TALENTIME mengundang rasa gembira, cinta, sayang, sakit, sedih dan kecewa. Kesemuanya disusun satu persatu-satu dan digabung menjadi ramuan yang terbaik dari Yasmin Ahmad. SYABAS!!!


OST dari filem TALENTIME 'JUST ONE BOY' oleh AIZAT




P/S : Teringat plak time talentime kat skolah dulu... semua part aku masuk... dari watak buruks smpai ke watak gangster.. semua aku blasah. Jadi lelaki pun pernah.. uhuhuhuhuu... suh nynyi pun aku nynyi... hehehehee....