Selepas lama menunggu MUALAF yg dengarnya diharamkan utk tayangan. Akhirnya terubat juga apabila menonton TALENTIME yang menghiburkan. Kalau diimbas semula semasa TALENTIME memulakan penggambaran, wartawan pernah bertanya kepada Yasmin Ahmad mengapa memilih talentime, kerana sebelum ini filem2 beliau begitu berat kalau nak dibandingkan dengan TALENTIME yang lebih kepada menghiburkan. Yasmin Ahmad sekadar menjawab "siapalah dia untuk mengajar orang". Tetapi selepas menonton TALENTIME semalam ternyata ia bukanlah hiburan semata2. Ia penuh dengan mesej.
Sebelum ini terfikir juga mungkin kali ini YA hanya mahu membuat filem yang santai. Kerana tajuk TALENTIME itu sendiri, membuat aku teringat filem GEMERLAPAN. Mungkin konsepnya sama. Tetapi YA tetap YA. Kasih-Sayang, Cinta dan masyarakat majmuk tetap menjadi trademarknya. Dalam TALENTIME setiap mereka mempunyai pasangan, dari yang muda hingga ke tua. Dari yang sihat kepada yang sakit. Apa yang menarik sekali bagi aku ialah dialog2 yang dizahirkan, walaupun pendek dan sekali-sekala tetapi maknanya begitu mendalam. Lebih2 lagi apabila ia diterjemahkan oleh Mahesh menggunakan bahasa isyarat. Begitu juga dengan lakonan JAC, tidak mengecewakan. Aku sentiasa tertunggu2 scene yang melibatkan JAC. Ditambah dengan alunan lagu2 latar.. terutama lagu Tamil yang membuatkan TALENTIME ada kelas yang tersendiri.
TALENTIME mengundang rasa gembira, cinta, sayang, sakit, sedih dan kecewa. Kesemuanya disusun satu persatu-satu dan digabung menjadi ramuan yang terbaik dari Yasmin Ahmad. SYABAS!!!

OST dari filem TALENTIME 'JUST ONE BOY' oleh AIZAT
P/S : Teringat plak time talentime kat skolah dulu... semua part aku masuk... dari watak buruks smpai ke watak gangster.. semua aku blasah. Jadi lelaki pun pernah.. uhuhuhuhuu... suh nynyi pun aku nynyi... hehehehee....
No comments:
Post a Comment