Berpeluang bersama-sama mengenali perjuangan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua serta keperibadian beliau didalam pementasan teater muzikal Gema Merdeka Tun Abdul Razak 16-20 August 2009 yang lepas, sesuatu pengalaman yang amat berharga bagi saya.
Tun Abdul Razak adalah bapa perpaduan yang mana usaha beliau dalam menyatukan rakyat berbilang kaum di Malaysia melalui rentetan sejarah Komunis, konfrantasi serta 13 Mei dan juga pelopor kepada Dasar Ekonomi Baru, memberi makna yang cukup besar didalam pembangunan Malaysia.
Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ke 52, Datuk Rahim Razali telah mengangkat naskah ini untuk dipentaskan kepada penonton. Dengan diterajui oleh Rashidi Ishak sebagai Tun Abdul Razak dan Fauziah Latiff sebagai Toh Puan Rahah Mohd Noah, naskah ini dianggap berjaya dalam menarik penonton untuk memenuhi setiap kerusi di Istana Budaya.
Saya sendiri berpeluang menontonnya sebanyak dua kali.
Namun masih ada beberapa kekurangan. Melihat rasa hati saya selepas menonton teater ini, pengalaman itu berharga tetapi kepuasannya kurang terasa. Kurang rasa puas seperti ada yang tidak kena. Teater ini saya rasakan lebih kepada memaparkan keperibadian Tun Abdul Razak sebagai suami dan bapa. Setiap segmen yang dipaparkan seperti terputus tiada berkait diantara satu sama lain. Andaikata segmen mengenai perjuangan beliau dipadatkan dalam satu ruang, saya rasa penonton akan lebih faham dan kemudian barulah keperibadian beliau sebagai suami dan bapa.

Watak Tun Abdul Razak yang dijayakan oleh Shidi, saya rasakan terlalu berat untuk dibawakan. Saya lebih terkesan dengan watak2 Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail dan Wan Rakyat. Tetapi ini adalah lakonan pentas pertama Shidi, mungkin pada masa akan datang ia masih berpeluang untuk dibaiki. Walaubagaimanapun usaha Shidi juga haruslah dipuji.
Bagi Fauziah Latiff pula, lakonan beliau amat memberi kesan walaupun wataknya tidak besar dan kemunculannya tidak sepenuhnya. Tetapi setiap kali muncul dipentas impaknya begitu terasa dan dapat menutup kekurangan Shidi. Vokal Fauziah Latiff juga begitu menonjol berserta penghayatan watak sebagai Toh Puan Rahah yang dijiwainya bersungguh2 terutama pada segmen akhir, membawa kepada tepukan gemuruh penonton. Tahniah.

Walaupun begitu, teater ini tetap menghiburkan, lebih2 lagi dengan adanya unsur humour yang diserapkan. Sekalung tahniah untuk team MTAR.
Selepas ini apa pula,... "cuci the muzikal" mungkin... :-).

(source pic : www.mstar.com.my)
1 comment:
uishh .. sy ske gelek felda tu ... ;D
Post a Comment