Monday, November 30, 2009

Twillight SAGA : New Moon



Setelah menonton Twillight tahun lepas, membuat aku ingin terus menunggu sequelnya. Lalu aku cuba mencuri sedikit masa ke pawagam utk menyaksikan New Moon.

New Moon hanya berkisar tentang Edward, Bella dan Jacob sahaja. Cuma sesekali dimasukkan cerita kawan2 skolah beliau. Bella digambarkan sebagai seorang yg mempunyai perwatakan yang lemah tetapi degil.. x pandai bersukan juga seorang yang cemerkap.. Bella hilang semangat apabila ditinggalkan oleh Edward. Bella yang sentiasa menjadi buruan pontianak. Bella juga beruntung kerana sering dilindungi.. mula2 oleh Edward kemudian jacob.

Namun begitu sebenarnya Bella mempunyai kekuatan .. Bella adalah kelemahan kumpulan pontianak.. mereka tidak boleh menguasai Bella dengan kuasa mereka.. Scene diantara Bella dan Jane sepatutnya dikuatkan.. kerana disitu barulah kita tahu Bella adalah kelemahan kumpulan pontianak ini.. Mereka tidak boleh membaca fikiran Bella malah kuasa dari Jane tidak dapat menembusi Bella. Tetapi sayang scene ini tidak kuat.

Perjalanan cerita New Moon agak perlahan...seolah2 mahu penonton menhayatinya dari setiap sudut. Bagi mereka yg meminati filem romantik.. mungkin berbaloi utk duduk dan menghayatinya.. tetapi bagi mereka yang inginkan scene yang penuh aksi di cadangkan utk menonton Ninja Assassin...

Walaupun dilihat dari aspek effect dan kelancaran cerita, New Moon lebih berjaya jika dibandingkan dengan Twillight tetapi dari segi jiwa rasanya Twillight lebih terasa.

Antara scene yang aku rasakan menarik ialah sewaktu Bella berlari utk menyelamatkan Edward yg ketika itu mahu memperlihatkan dirinya dikhalayak dan scene terjunan tiruk (hee)oleh Bella...

Lakonan KStew lebih baik didalam New Moon.. bagi aku dia berjaya membawa watak Bella. Nampak lah azab nya camne rasa kechiwa. Tetapi KStew didalam 'SPEAK' & 'THE CAKE EASTERS' tetap menjadi favourite aku.

Apakah Bella berjaya di tukar menjadi pontianak?.. Adakah Bella mengahwini Edward? Pengakhiran filem ini membuat kita untuk terus setia menunggu sambungannya di Eclipse tahun depan.

Rating aku : mata x berkelip...



Bella Swan



Edward Cullen



Jacob Black



The Trailer

Saturday, November 21, 2009

2012 ---- cantiknyaaaaaa ..... poster ..


Cantikkan posternya..


Beramai2 pegi menonton sewaktu hari pertama tayangan filem ini. 2 set popcorn regular. Abes sebelum selesai filem tu. 2 jam 30 minit duduk didalam panggung.

Sewaktu menonton, banyak adengan yang biasa aku tgk dlm filem2 Hollywood. Scene recycle. Oleh sebab itu secara x langsung scene2 itu dah boleh aku agak apa kesudahannya. Filem ini hebat dari segi efek tetapi kurang dari segi jiwa (aku quote kata2 kwn aku dan aku stuju). Rate aku utk filem nie : 3x menguap.

p/s: Tengok PAPADOM lagi bermcm2 jiwa yang ada.. klu nak dibandingkan dgn filem ini yg xde jiwanya...Jadi sokonglah filem tempatan.. heee.

Wednesday, November 04, 2009

PAPADOM...

Ketawa, sedih, ketawa, sedih, ketawa, sedih......

Microfon : Apa yg anda rasa selepas kuar dari panggung?
Ajememang : Saya rasa lapar
Microfon : Apa yg anda nak lakukan selepas ini?
Ajememang : Saya nak cari PAPADOM
Microfon : Nak cari kat mana?
Ajememang : Kat mana2 yg ada jual PAPADOM. Nak cari PAPADOM BUATAN MALAYSIA..xnak PAPADOM buatan luar..
Microfon : Kenapa? bukan ke sama shj..
Ajememang : Tak.. tak sama.. Bentuk mungkin serupa tapi rasanya lain, rasanya mungkin sama tapi nikmatnya berbeza.
Microfon : Kalau dah jumpa PAPADOM nanti, anda nak buat apa dgnnya?
Ajememang : Nak pandang sambil cuba mendalami, nak makan sambil menikmati rempah ratusnya sekali.

Microfon : Selepas itu?
Ajememang : Saya nak ajak kawan2 g makan PAPADOM.
Microfon : Sedap sgt ke?
Ajememang : Awak penah rasa?..
Microfon : (Geleng)
Ajememang : Itulah... blum rasa awak mana tau.. rasalah dulu .. baru tau..
Microforn : Nak gak rasa.. tapi org ckp ....
Ajememang : Yang pegi dgr org ckp nape?.. rasalah dulu..
Microfon : Tak biasa makan PAPADOM
Ajememang : Tak biasa?. nie mesti makan spagheti kan... tula org len makan spagheti, ko pun nak makan spagheti, ko x tau ke yg spagheti pun boleh campur belacan.. tapi org xkan sebut spagheti belacan kan.. org mesti sebut spagheti boloneise apa ke benda ntah tu....

Microfon : Selepas ini adakah PAPADOM akan menjadi makanan kegemaran anda?
Ajememang : Ya sudah tentu... terutama sekali PAPADOM buatan Malaysia..
Microfon : Tak rasa bosan ke nanti asyik makan PAPADOM sahaja..
Ajememang : Bosan tu mungkin ada klu semua orang nak buat PAPADOM yg sama.. harap2 lepas nie ada org yg nak buat PAPADOM perisa kari ke, asam pedas ke, laksa ke, masak lemak ke... Malaysia kan mcm2 ada...
Microfon : Hmmmmm....