Monday, November 30, 2009

Twillight SAGA : New Moon



Setelah menonton Twillight tahun lepas, membuat aku ingin terus menunggu sequelnya. Lalu aku cuba mencuri sedikit masa ke pawagam utk menyaksikan New Moon.

New Moon hanya berkisar tentang Edward, Bella dan Jacob sahaja. Cuma sesekali dimasukkan cerita kawan2 skolah beliau. Bella digambarkan sebagai seorang yg mempunyai perwatakan yang lemah tetapi degil.. x pandai bersukan juga seorang yang cemerkap.. Bella hilang semangat apabila ditinggalkan oleh Edward. Bella yang sentiasa menjadi buruan pontianak. Bella juga beruntung kerana sering dilindungi.. mula2 oleh Edward kemudian jacob.

Namun begitu sebenarnya Bella mempunyai kekuatan .. Bella adalah kelemahan kumpulan pontianak.. mereka tidak boleh menguasai Bella dengan kuasa mereka.. Scene diantara Bella dan Jane sepatutnya dikuatkan.. kerana disitu barulah kita tahu Bella adalah kelemahan kumpulan pontianak ini.. Mereka tidak boleh membaca fikiran Bella malah kuasa dari Jane tidak dapat menembusi Bella. Tetapi sayang scene ini tidak kuat.

Perjalanan cerita New Moon agak perlahan...seolah2 mahu penonton menhayatinya dari setiap sudut. Bagi mereka yg meminati filem romantik.. mungkin berbaloi utk duduk dan menghayatinya.. tetapi bagi mereka yang inginkan scene yang penuh aksi di cadangkan utk menonton Ninja Assassin...

Walaupun dilihat dari aspek effect dan kelancaran cerita, New Moon lebih berjaya jika dibandingkan dengan Twillight tetapi dari segi jiwa rasanya Twillight lebih terasa.

Antara scene yang aku rasakan menarik ialah sewaktu Bella berlari utk menyelamatkan Edward yg ketika itu mahu memperlihatkan dirinya dikhalayak dan scene terjunan tiruk (hee)oleh Bella...

Lakonan KStew lebih baik didalam New Moon.. bagi aku dia berjaya membawa watak Bella. Nampak lah azab nya camne rasa kechiwa. Tetapi KStew didalam 'SPEAK' & 'THE CAKE EASTERS' tetap menjadi favourite aku.

Apakah Bella berjaya di tukar menjadi pontianak?.. Adakah Bella mengahwini Edward? Pengakhiran filem ini membuat kita untuk terus setia menunggu sambungannya di Eclipse tahun depan.

Rating aku : mata x berkelip...



Bella Swan



Edward Cullen



Jacob Black



The Trailer

No comments: