Thursday, April 21, 2011

CUN

CUN memang CUN... ketepikan soal jalan cerita atau konti ke apa ke... style arahan ke... tapi yang pasti aku memang terhibur menonton CUN..

Dengan suasana kampung dan pemandangan sawah yang cantik buat aku rasa rindu dgn kampung aku kat Muar ..

Cara lakonan yang bersahaja dan natural adalah senjata utama dalam filem ini. Diorng nie bukanlah pelawak tetapi rasanya lebih lawak dari filem yang dilakonkan oleh pelawak sendiri. Watak2 dalam filem nie memang menjadi. Sampai aku rasa watak2 nie memang direka khas untuk diorng.

Faezah Elai sempoi & sgt real jadi tomboy. Dia cover semua orang terus. Semua scene kalau tak ada watak TOM rasa mcm xbest pulak. Faezah Elai berjaya hidupkan setiap scene melalui watak TOM/KUNTUM.
Antara watak2 tomboy yang pernah aku tgk dan yg pernah dilakonkan antaranya oleh S.Amani, Nasha Aziz & Sofea Jane, Faezah Elai lah yang paling berjaya melakonkannya..


Dan satu lagi watak iaitu MANIS (Nadiyatul Nissa)... sweet sgt. Bukan senang nak bawak watak gadis terencat.

Dalam CUN kita boleh rasakan kasih sayang yang erat didalam keluarga TOK CHAH (Kartina Aziz). Kita pun akan turut merasakan keseronokan Atan bermain selut dgn LUNA, TOM & MANIS. Kita akan lihat betapa bestnya piknik atas lori ditepi sawah sambil lihat matahari terbenam.


Selepas menonton tentu kita akan terus rasa ingin ketawa apabila teringatkan aksi2 rempit antara TOM, LUNA, BEDAH TONGGEK & ETON. Juga scene "Jamban Terbakaq". Sayu bila tgk ATAN di permainkan dihadapan TV secara live, juga kesian dan simpati pada MANIS yang sedih bila ATAN memarahinya dan memanggilnya senget.

Tak lupa juga kita akan tersenyum melihat aksi2 romantik ATAN & LUNA.

Dan paling aku ingat ialah semua watak TOM.. hehehehe...

Kat pawagam KL dah xde tayangan... tapi xpe.. kat astro first ada.. boleh le langgan.. tak rugi pun.. sure korang akan enjoy menontonnya.




No comments: