Saturday, April 09, 2011

...DALAM BOTOL


Unik, lain dari yang lain.. itu yang aku nak sebut tentang filem 'Dalam Botol'.. Aku bukanlah pandai dalam bab-bab filem nie.. tetapi sebagai penonton aku rasa filem ini kreatif dan fresh dari segi pengarahan. Lepas Yasmin Ahmad memang aku tertunggu-tunggu filem yang mempunyai gaya tersendiri dari pengarahnya.. Lega rasanya bila Khir Rahman berjaya membawa kreativitinya untuk filem 'Dalam Botol'.

Andai anda seorang peminat filem komersial atau sekadar yang suka mengisi masa menonton wayang atau juga suka menonton filem yang tidak perlu berfikir .. sekadar enjoy menonton sahaja, mungkin filem Dalam Botol akan menjadi filem paling bosan atau anda akan keliru selepas menontonnya... atau anda akan buat review secara live ketika menonton... Apa2 pun kenalah ada rasa hormat penonton lain kan... Dah kluarkan RM11, apa kata kita tgk smpai habes.. (terlepas geram plak.. sorii.. :D).

Dialog xhabes.. atau kurang jelas, juga scene2 yang tergantung... suasana kelam, suram.. menggambarkan perasaan Rubidin. Kita tgk betapa sunyi dan murungnya hidup Rubidin. Kita dapat lihat betapa pengorbanan Rubidin tidak dihargai walaupun pengorbanan yang dilakukan terlalu besar.. (sanggup menukar jantina). Scene diantara Rubidin dan kedua ibu bapanya (Normah Damanhuri dan Jalil Hamid) tidak panjang.. tetapi penuh makna dan mendalam. Hanya dalam satu scene sahaja kita boleh tahu dan paham tentang perasaan dan harapan ayahnya terhadap Rubidin.

Dalam konflik identiti ini, dapat kita lihat tidak ada unsur2 benci yang ditunjukkan kedua ibu bapa Rubidin terhadap beliau... tak perlu ada unsur2 menangis meraung2 kena halau rumah mcm yang slalu kita tgk dlm drama atau filem kita... Kedua ibu bapa Rubidin masih menerimanya walau bagaimana keadaan beliau sekalipun.. samada ketika dia lelaki, perempuan dan lelaki semula.

Paling menyentuh ialah scene di bilik pengantin... tanpa dialog hanya bahasa tubuh sahaja, cukup buat penonton memahami situasi yang berlaku dan tidak kurang juga membuatkan kita terdiam. Brilliant.

Kalau ketika awal menonton kita akan disajikan dengan scene2 yang senyap tanpa muzik begitu juga ketika akhir filem... kita akan keluar terdiam, senyap...

Filem ini berdasarkan kisah benar dan byk pengajaran darinya... tak rugi kalau menonton.. Tahniah Khir Rahman dan Raja Azmi...



No comments: