Thursday, July 28, 2005

Sayup terdengar hujan
Mencurah ke bumi
Dingin terasa
Memecah kesunyian malam
Dan aku disini
Sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yg tak sudah

Tenung kelangit sepi
Tiada purnama
Didalam kelam
Terlihat bayang ku sendiri
Terpaku membisu
Tanpa suara dan segala
Apa petanda apa rahsia

Oh Tuhan Ku yg Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Andainya malam yg begini
Memberi pengertian untuk ku
Mencari hidayah MU
Bagai ku tadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa
Dosa semalam

Cukup setakat ini
Aku merasa terasing
Terkurung dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini aku mengerti
Antara dosa, pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti
Kehidupan dan hari kematian...
oooooo.....

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukur ku pada ilahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintaaaaakan ....
Satu penangguhan
Untuk aku mengucapkan
Kalimah Terakhir....

Monday, July 18, 2005

MACAM MANE TU...!!!

Aku tak tau nak mulakan macam mane cerita nie... sedang aku duduk2 ntah kenapa tetiba fikiran aku menerawang jauh.. mula lee keluar cerita2 lama..

Secara tak sengaja aku start menganalisis fakta dari cerita2 lama aku..

Aku pernah kena kutuk bila cakap aku minat artis sipolan sipolan.. ada yg buat memek muka .. ntah lah kadang2 aku tak paham perangai manusia nie.. Minat kepada seseorang tu .. tertakluk kpd hak diri kita sendiri.

Aku pernah cakap aku minat Siti Nurhaliza.. terus member aku buat muka "eeee".. aku tak tau makna memek muka dan dialog tu.. adakah jijik atau hina.. "eee .. artis kampung".. aku diam aje.. coz tak guna aku nak marah atau balas.. buang masa aku je.. Tapi kekadang tu terdetik juga aku nak tanya balik.. "alaaaa.. ko pun asal kampung gak.. sama mcm aku.. apa salahnya aku minat ngan artis kampung"... tapi aku tak sampai ati nak ckp mcm tu.. coz mungkin dia akan terasa sampai ke ulu ati.. (ekceli dia asal felda dan aku memang jati budak KL but so what.. apa beza bandar n kampung?)

Ada juga member aku yg tak pernah tgk cerita melayu.. "ee.. sorry not my level".. hehehee aku gelak gak... yelah aku tak tau la plak level dia kat mana.. tapi yg aku tau.. tiap2 petang dia wajib pi pekena teh tarik mamak.. hehehe... klu ikut level dia.. paling koman pun delifrance atau starbuck.

Satu lagi statement dari member2 aku yg aku ingat .. "aku klu beli URTV aku baca artikel psl hollywood jeee"... hehehe... aku gelak lagik.. coz lepas tu aku tanya "artikel tu ko ingat diorang dpt dari mana?" member aku jawap "eleh diorang wartawan mesti leee byk contact".. kali nie aku gelak beso... artikel kat dlm URTV (dan seangkatan dgnnya). Diambil dari majalah omputih.. (entertainment etc.. lupa lak namanya). Mostly cerita hollywood yg keluar kat URTV dan seangkatannya tu.. aku dah baca dulu kat mag. omputih.. (aku baca free jee kat kedai sotkhabar).

eemmm... apa lee salahnya klu diam..dan tak keluarkan statement mcm tu. Udah lidah tu rasa belacan, tempoyak, petai, jering.. tak payoh lee nak kata rasa mayonis ngan spaghetti.

Ekceli aku tak kisah pun klu ada member aku yg minat Inul atau Ifa Raziah.. kerana itu hak diorang.. klu boleh aku nak dengar pendapat diorang psl artis yg diorang minat.. atleast aku tau gak lee sedikit sebanyak.

Monday, July 11, 2005

AF, MAWI dan...........................

Aku teruja jugak nak tulis psl AF3 dan fenomena MAWI... Aku suka gak ngan MAWI tu.. tapi entahlah tetiba pagi nie jari aku berat nak tulis psl AF3 mahupun MAWI...

Mungkin kerana semalam aku terbaca cerita tentang arwah adik NurAlisa.. yg meninggal kerana demam panas dan cirit-birit.. tetapi kuburnya terpaksa digali semula kerana laporan seorang doktor yg mengesyaki dia meninggal kerana penderaan seksual.

Hari nie aku terus mengikuti perkembangan beritanya.. Sah doktor mengesahkan tiada sebarangan penderaan seksual mahupun dirogol... Aku paling terharu bila melihat mayatnya yg dikeluarkan dari liang lahad...

Hati aku betul2 tersentuh...

Dan aku terfikir... wajarkah gambar itu diambil dan dipaparkan?. Dan apakah tidak salah atau berdosa jika kubur itu digali semula.. bukankah ia mengaibkan mayat itu?.

Aku tak ada jawapan.. kerana aku bukanlah seorang yg bijak pandai dalam ilmu agama...

Aku sering membayangkan perasaan ibu bapa NurAlisa yg masih sedih meratapi kehilangan anak tunggal mereka.. dan ditambah pula dgn kejadian ini.

Sejenak itu juga aku terbayangkan anak aku yang hampir sebaya dgn NurAlisa... Klu aku berada didlm keadaan itu ... aku tak tau mcm mana keadaan aku...naunzubillah...

Takziah utk keluarga adik NurAlisa...
dan buat adik NurAlisa.. Al-Fatihah....