Aku teruja jugak nak tulis psl AF3 dan fenomena MAWI... Aku suka gak ngan MAWI tu.. tapi entahlah tetiba pagi nie jari aku berat nak tulis psl AF3 mahupun MAWI...
Mungkin kerana semalam aku terbaca cerita tentang arwah adik NurAlisa.. yg meninggal kerana demam panas dan cirit-birit.. tetapi kuburnya terpaksa digali semula kerana laporan seorang doktor yg mengesyaki dia meninggal kerana penderaan seksual.
Hari nie aku terus mengikuti perkembangan beritanya.. Sah doktor mengesahkan tiada sebarangan penderaan seksual mahupun dirogol... Aku paling terharu bila melihat mayatnya yg dikeluarkan dari liang lahad...
Hati aku betul2 tersentuh...
Dan aku terfikir... wajarkah gambar itu diambil dan dipaparkan?. Dan apakah tidak salah atau berdosa jika kubur itu digali semula.. bukankah ia mengaibkan mayat itu?.
Aku tak ada jawapan.. kerana aku bukanlah seorang yg bijak pandai dalam ilmu agama...
Aku sering membayangkan perasaan ibu bapa NurAlisa yg masih sedih meratapi kehilangan anak tunggal mereka.. dan ditambah pula dgn kejadian ini.
Sejenak itu juga aku terbayangkan anak aku yang hampir sebaya dgn NurAlisa... Klu aku berada didlm keadaan itu ... aku tak tau mcm mana keadaan aku...naunzubillah...
Takziah utk keluarga adik NurAlisa...
dan buat adik NurAlisa.. Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment