Thursday, May 14, 2009

DAN TRANSFORMASINYA.....

AF7 dah pun nak ke Final.. pilihan aku masih kekal iaitu Akim. Akim nampak selesa bila berada di pentas., konfiden dan tidak gugup. Akim seolah bersatu dengan audience, muzik dan setiap ruang pentas. Kedua pula adalah Aril. Ya memang dia nmpak poyo. Tapi itu aku tak amik pusing sgt, kerana setiap persembahan beliau menghiburkan. Beliau ada gaya tersendiri.

Disaat2 akhir ini juga masih lagi terdapat suara2 yang bertnya dimana transformasinya. Adakah pada skirt pendek Ida Nerina? Atau pada seksinya principal?... Cuba kita perhatikan dari awal AF ujud smpai lah ke musim ke 7. Perhatikan persembahan mingguan pelajar. Lihat pula ketika diari apa yg diserapkan.. Bagi aku AF7 merubah segalanya.. (ini yg aku nmpak lee).. kerana persembahan mingguan tidak sama seperti 6 musin yg lepas. Didalam AF7 pelajar bukan di suruh setakat melontarkan suara dengan lagu2 yg diberikan tetapi pendedahan dari pelbagai sudut. Antaranya disuruh berduet, di beri peluang untuk menjadi lead vocal didalam kumpulan, berlakon didalam teater muzikal, nynyian medley, menyampaikan lagu dari gender yg berbeza. Ini semua adalah tranformasi. Tetapi dah tentu segala transformasi itu tidak nmpk keseluruhannya dlm masa 3 bulan sahaja. Kerana realitinya adalah diluar AF. Jalan sudah dibuka, Cuma terpulang kepada peluang dan ruang pelajar itu utk meneruskan yang terbaik didunia luar.

Sekiranya AF masih mahu diteruskan, aku berharap pihak produksi boleh memilih yg terbaik sepanjang 7 musim utk di gabungkan didalam AF yg seterusnya. Andai aku diberi pilihan, aku ingin memilih AF ditangan Ramli MS di gabung dengan AF ditangan Datin Tiara.

Jom layan lagu nie sat… lagu wajib aku dulu2 dlm bilik air sebelum g skolah… hehehehee…


Aku Bukan Boneka - Fauziah Latiff

Fauziah Latiff adalah antara penyanyi yang aku suka tgk performance nya selepas arwah Sudirman. Selain ligat dipentas, persembahan Fauziah Latiff penuh warna dan kreatif. Aku berharap ke kreatifan itu tidak hilang. Semoga aku masih berpeluang menyaksikan persembahan K Gee di masa akan datang... InsyaAllah...

4 comments:

izanmohd said...

dah susah sket ar nak tgk persembahan dia skrg ni..mmm.. yg ku ingat di muara sepi kat JL je (betul ke?) hee

KECU said...

skg dia wat show dlm laut je.. hehehe...
Dimuara sepi ku x ingat sgt.. tapi yg paling aku ingat is Teratai layu n performance time Kingsway dulu tu...

izanmohd said...

tu ar pasal, takpun atas jalan raya ek. huhu..zaman kingsway ku tak ingat le. ni lagu air mata kak jiah ni..

KECU said...

Time kingsway aku form brp ntah.. dia perform pakai skirt kembang beso.. siap bertukar skirt tu time nynyi.. heheh byk lapis.. pastu last2 skirt tu terbuka jadi mcm ekor burung merak... Mak tenganga2 jee masa tu.. teruja.. hehehehee...