Tuesday, April 21, 2009

HATI AKU NIE LAGI DASAT BERGELORA .. katanya..

Betulah kata org.. dunia nie kecik je. Aku baru terjejak kasih dengan seseorang2. Rupa2nya sedara.. xsangka hari2 tgk muka dia.. skali sedara.. heee.

Oklah.. dis week tetiba aku terlayan cite Gelora Di Hati Sara... uhuhuhuhuuu.. Nie semua gara2 tereksiden terUTUBE (hee apa aku tulis nie?). Before dat dgr jee member aku cite. So x excited sgt nak tgk coz sah2 memang xdpt nak tgk pun.. N ada gak baca kat paper psl cite nie ngan lakonan Gee. Baca je lee. Komen dari press pun ok.

So kelmarin lepas kes terUTUBE tu aku pun terjaga dan terburung Hantukan diri aku nie utk tgk semua episod... gile tu.. 2 malam berjaga nak khatam cite nie.. heeee. Jalan cite biasa aa dah boleh agak.. tapi yang buat aku terxcited lebih tu is lakonan Gee.. WOW!!! Thumbs Up!! terpegun kejap tgk lakonan dia.. x sangka dia boleh berlakon sebaik itu. Natural sungguh. Terasa rugi pulak bila baru skg Gee nak berlakon. Klu dari dulu .. agak2 kat mana ek tempat Eja skg nie?;).

Dgrnya akan ada season 2 utk cite nie dan sebab itulah endingnya mcm tu.. hmmm .. ok.. Jgn season 2 nanti cite lebih kurang jee dah lee. Harap lebih baik lagi. Dan ofcoz klu btul .. aku tertunggu2 lakonan Gee lagi. Tapi cite2 mcm nie slalu nya klu kat TV 1/2 jam + iklan. Pastu slalu time aku xsempat nak smpai umah. Klu mcm tu terUTUBE lagi lee nampaknya.

Dah 2x cite nie diulang kat TV1... Suhan Movies kuarkan lee vcd.. mesti ramai nak beli...


Thursday, April 16, 2009

BILA KU TERCIPTA DARI TULANG RUSUKMU...



Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang

Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang

Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.

Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh

Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…

Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?(source : cinema21)


Filem ini dikhabarkan menjadi kontorversi di Indonesia. Cerita yang diadaptasi dari novel "PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN" oleh Abidah el Khalieqy. Penerbit filem yang sebelum ini menerbitkan filem "Ayat-Ayat Cinta", masih mahu meneruskan genre dan cara yang sama. Apa yang menarik disini OST filem ini dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza dan terdapat sebuah lagu ciptaan beliau sendiri. Berharap filem ini akan ditayangkan di Malaysia.


KETIKA CINTA
Ciptaan : Opick
Lirik : Opick



Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggilmu

Karna setiap
jiwa t’lah bersumpah
Setia hanyalah kepadamu

Bila cinta ada di dalam
jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah dia
Hati ‘kan memuja hanya padanya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu rindu rindu qalbu
Memanggil-manggil namamu
Seperti terbang di langitmu
Tenggelam di lautan cintamu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

************************************************************

BATASKU ASAKU
Ciptaan : Dato' Siti Nurhaliza
Lirik : Attan Hardilas



Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kumampu sempurnakan hidupmu

Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja

Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman

Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada

Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh padaNya


video dari 3daratiga

Wednesday, April 01, 2009

TALENTIME



Selepas lama menunggu MUALAF yg dengarnya diharamkan utk tayangan. Akhirnya terubat juga apabila menonton TALENTIME yang menghiburkan. Kalau diimbas semula semasa TALENTIME memulakan penggambaran, wartawan pernah bertanya kepada Yasmin Ahmad mengapa memilih talentime, kerana sebelum ini filem2 beliau begitu berat kalau nak dibandingkan dengan TALENTIME yang lebih kepada menghiburkan. Yasmin Ahmad sekadar menjawab "siapalah dia untuk mengajar orang". Tetapi selepas menonton TALENTIME semalam ternyata ia bukanlah hiburan semata2. Ia penuh dengan mesej.

Sebelum ini terfikir juga mungkin kali ini YA hanya mahu membuat filem yang santai. Kerana tajuk TALENTIME itu sendiri, membuat aku teringat filem GEMERLAPAN. Mungkin konsepnya sama. Tetapi YA tetap YA. Kasih-Sayang, Cinta dan masyarakat majmuk tetap menjadi trademarknya. Dalam TALENTIME setiap mereka mempunyai pasangan, dari yang muda hingga ke tua. Dari yang sihat kepada yang sakit. Apa yang menarik sekali bagi aku ialah dialog2 yang dizahirkan, walaupun pendek dan sekali-sekala tetapi maknanya begitu mendalam. Lebih2 lagi apabila ia diterjemahkan oleh Mahesh menggunakan bahasa isyarat. Begitu juga dengan lakonan JAC, tidak mengecewakan. Aku sentiasa tertunggu2 scene yang melibatkan JAC. Ditambah dengan alunan lagu2 latar.. terutama lagu Tamil yang membuatkan TALENTIME ada kelas yang tersendiri.

TALENTIME mengundang rasa gembira, cinta, sayang, sakit, sedih dan kecewa. Kesemuanya disusun satu persatu-satu dan digabung menjadi ramuan yang terbaik dari Yasmin Ahmad. SYABAS!!!


OST dari filem TALENTIME 'JUST ONE BOY' oleh AIZAT




P/S : Teringat plak time talentime kat skolah dulu... semua part aku masuk... dari watak buruks smpai ke watak gangster.. semua aku blasah. Jadi lelaki pun pernah.. uhuhuhuhuu... suh nynyi pun aku nynyi... hehehehee....

Monday, March 30, 2009

JOM MAKAN KEK DAN TGK THE CAKE EATERS..

Akhirnya.. aku dapat gak makan kek... Last week celebrate besday utk RUS aka artizzzz. Oleh kerana cara suprise yg kami gunakan utk Melia menjadi.. so acara itu kami b/f ke besday Rus pulak. Melia selaku OTAK aka Mastermind dlm acara nie telah mengarah itu ini sesuka hati.. (hee). Makanya seperti yg diplan.. MTG semua berkumpul kat lift umah RUS.. tapi salah parking plak.. makanya naik lee tangga n turun tangga.. so kat koridor kitorng pasang lilin siap2.. n Melia ketuk pintu. Pastu riuh lee kat koridor ditengah2 hari buta tu.. sore kami mnyanyi. Walaupun tahap keterujaan RUS masih dibawah tahap bahaya.. namun bleh tau dlm ati dia camne .. hehehehe... saje je tu coverline wat muka xteruja.. heee. So ari tu selain dapat makan kek, MTG semua dijamu dengan sphagetti buatan Melia. Biasa aa pastu sessi ngutuk mengutuk, keji mengkeji..hehehe.. Aku sediakan doorgift utk diorng.. tapi aku xbagi masa kat door .. bagi time diorng dah kenyang.

Happy Birthday utk RUS, BIAQ P, INA XFIN, K HUDA...


THE CAKE EATERS.






Bercakap pasal kek nie... so baru kelmarin aku dapat tgk cite THE CAKE EATERS. Thnks le kat meka yg tolong upload kat U tube (cite nie release kat US jew). Filem lakonan Kristen Stewart dan Aaron Stanford nie dibuat pada tahun 2007 sebelum Twilight lagi cuma baru sekarang di keluarkan. Nie kerana KS yg tetiba meletup selepas Twilight.. Cerita nie xde kena mengena langsung psl kek mahupun scene makan kek atau buat kek. Kedai kek pun xde dlm cite nie. Cerita mengenai Goergia (KS) yang menghidap penyakit Friedriech's Ataxia iaitu sejenis penyakit yg menyebabkan seseorang itu mempunyai kesukaran untuk berjalan dan bercakap (menggeletar seperti parkinson) dengan betul serta akan lumpuh. Georgia telah menyimpan hasrat sebelum perkara itu terjadi dan sebelum dia mati, dia ingin merasai bagaimana melakukan hubungan sex. Haaa jangan fikir kelain ek... dalam cite nie bukan fokus tentang adengan itu tetapi bagaimana Goergia membuka hatinya utk disayangi oleh seorang lelaki dan bagaimana dia cuba utk menjadi manusia normal (bercinta, g dating segala). Dan bagaimana penerimaan ibunya yang terlalu mengawal pergerakan Georgia. Yelah sure dia riso anak dia dah le mcm tu kan. Disamping tu ada beberapa konflik didalam keluarga Beagle (Aaron Stanford). Filem nie juga telah memenangi beberapa anugerah.

Tribeca Film Festival – Official Selection
Sedona Film Festival – Discovery Award
Ft. Lauderdale Film Festival – Audience Award
Stony Brook Film Festival – Best Feature




Jgn lee compare lakonan KS dlm cite nie ngan Bella (Twillight) coz jauh sgt bezanya. Lakonan KS dalam Twillight tu x impak langsung.. tak mencabar kredibiliti sebenar KS. Harap New Moon nanti watak Bella lebih impak. Tapi aku tetap suka lakonan KS dalam Panic Room.

Sunday, March 15, 2009

AF7 satu transformers.. eh TRANSFORMASI


Datin Sri Tiara Jacquelina

Melihat slogan AF kali ini, aku mula tercari2 dimana transformasi itu akan berlaku. Apa yang boleh diubah atau di transform oleh pelajar2 kali ini?. Bila mengetahui Datin Sri Tiara menjadi pengetua, aku mula mendapat sedikit gambaran. Ini kerana Datin Sri Tiara seorang performer dan apa yang terlintas di fikiran aku ialah penekanan dari segi persembahan akan diserap kuat kepada pelajar musim ini. Ramai juga yang mempertikaikan perlantikan Datin Sri Tiara sebagai pengetua. Rata2 menyoalkan kenapa Tiara?, Dia xde background dlm muzik, Dia bukan pemuzik ataupun penyanyi, Dia penyanyi mesin (miming)?.. dan mcm2 lagi lah.. Pengetua tidak semestinya seorng pemuzik atau penyanyi kerana tugas pengetua adalah melihat dari aspek keseluruhan. Didalam akademi sudah disediakan tenaga pengajar yg arif dan pakar dalam bidang masing2. Jadi pengetua sekadar memantau dan memastikan kesemua aspek yang diajar diserap dengan elok dan teratur oleh pelajar didalam persembahan mereka.

Sebenarnya dari dulu lagi AF harus tekankan perkara ini. Kalau dilihat akademi fantasia adalah platform utk mencari penghibur bukan penyanyi.

Kebiasaanya aku akan menunggu 1st konsert utk mencari pelajar fav. Selepas konsert pertama semalam aku masih tidak ada fav student. Tak tau kenapa. Cuma yang boleh mencuri perhatian aku ialah Akim dan Aishah. Mungkin juga kerana pilihan lagu mereka. Takpelah tunggu 2nd konsert pulak.

Af kali ini membuka pintu dan ruang utk mereka yg ingin mencuba dari pelbagai latar belakang. Ada yang dah ada album dan ada yang pernah menynyi di kelab. Disini aku lihat originality AF dah xde. AF dah sama seperti OAIM. Bagi aku AF adalah tempat melatih mereka yang ada bakat tetapi tidak mendapat bimbingan yang sebaiknya. Di AF adalah tempat dimana mereka2 ini diberi tunjuk ajar dan panduan untuk mencari arah dan jalan yang betul (lebih kurang aaa). AF kali ini pada aku x fresh. Aku lebih suka melihat pelajar2 yang dipilih tidak mngetahui apa2 mengenai teknik nynyian mahupun persembahan. Dan dari situlah kita akan dpt melihat peningkatan pelajar2 itu didalam akademi.. (Barulah seronok).

Konsert semalam, aku dpt melihat perubahan dari segi pentas yang nampak lebih kecil, mungkin kerana design baru pentas itu adalah utk membolehkan pelajar bebas berinteraksi dengan penonton. Rekaan dan konsep yang dibuat ala2 konsert. Aku suka. Nampak segar. Dapat dilihat lagu Menuju Puncak tidak dinyanyikan. Rasa janggal pulak. Menuju Puncak adalah lagu semangat AF jadi rasanya haruslah dikekalkan.

Setiap musim lain bunyinya.. Kalau AF3 arrangement ditangan Sham Kamikaze, bunyinya lebih kepada rock dan bingit. Ditangan Ramli MS pula berlagu Okestra dan kali ini ditangan Acis kedengaran R&B, Jazz. Tapi xmengapa semua itu adalah corak yang mencantikkan lagi AF.

So tunggu konsert kedua pulak..

P/S : Af tahun depan kasik Edrie Hashim jadi pengetua... coz x abes2 minta kredit..huuhh!!!

Monday, March 09, 2009

ANGEL FROM MONTGOMERY

xde apa yg nak cite... so layan lee video nie..



I AM AN OLD WOMAN
NAMED AFTER MY MOTHER
MY OLD MAN IS ANOTHER
CHILD THAT'S GROWN OLD

IF DREAMS WERE THUNDER
LIGHTNING WAS DESIRE
THIS OLD HOUSE WOULD HAVE BURNT DOWN
A LONG TIME AGO

MAKE ME AN ANGEL
THAT FLIES FROM MONTGOMERY
MAKE ME A POSTER
OF AN OLD RODEO

JUST GIVE ME ONE THING
THAT I CAN HOLD ON TO
TO BELIEVE IN THIS LIVING IN JUST A
HARD WAY TO GO

Friday, February 13, 2009

GENG...... CHANGELING....





SINOPSIS
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.




<GENG PENGEMBARAAN UPIN & IPIN dah kuar. Aku dah tgk.. fuhhhh sakit rahang aku gelak. Aku x follow sgt pun cite UPIN & IPIN nie kat tv. Tapi lepas tgk the making filem nie, aku jadi teruja. Teruja kerana suara latarnya bukan suara artis. Teruja kerana suara yang digunakan adalah dari mereka2 yang create watak nie. Jadi mereka lebih memahami watak yang mereka sendiri reka.

Sebelum nie filem animasi mcm SILAT LAGENDA & PUTIH guna suara artis dan aku x berapa setuju kerana highlight utk cerita tu akan lari. Highlight akan pergi kepada artis bukan kepada cerita itu sendiri. Secara tidak langsung org xnmpak keberkesanan filem animasi ini dari sudut teknikal. Ditambah pula dengan dialog yang agak skema dan kurang menarik. Dalam GENG, highlightnya hanyalah pada filem itu keseluruhannya. Kepada watak2 GENG. Terutama pada UPIN & IPIN yang comel. Watak2 lain yang berjaya mencuit hati tentu lah watak Salleh eh Silly eh silap Sally.. S.I.L.L.Y... ish x kose mak.. heee. Angle2 pun menarik. Kelemahan tu memang ada tapi taklah ketara dan masih boleh ditutup dengan kelebihan2 yang terdapat dalam filem ini.

Nak tau apa yang terjadi kepada GENG?.. Bagaimana pengembaraan mereka.. G lee tgk kat pawagam.. x rugi aku gerenti.

Xde ke yang nak wat cite BADANG?...


CHANGELING ... BUDAK TERCULIK


<











<SYNOPSIS
Clint Eastwood directs Oscar winner Angelina Jolie and Oscar nominee John Malkovich in a riveting and unforgettable true story.

Los Angeles, 1928. When single mother Christine Collins (Jolie) leaves for work, her son vanishes without a trace. Five months later, the police reunite mother and son; but he isn't her boy. Driven by one woman's relentless quest for the truth, the case exposes a world of corruption, captivates the public and changes LA forever.

This emotionally gripping story illustrates the profound power of a mother's love.

"Oscar" is the registered trademark and service mark of the Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

2009 Golden Globe Nominations:
Angelina Jolie - Best Performance by an Actress in a Motion Picture - Drama
Clint Eastwood - Best Original Score - Motion Picture


Cast:
Christine Collins - Angelina Jolie Rev. Gustav Briegleb - John Malkovich
Captain J.J. Jones - Jeffrey Donovan Detective Lestor Ybarra - Michael Kelly
Chief James E. Davis - Colm Feore


Director:
Clint Eastwood


Itulah tajuk yg terpapar kat screen pawagam.. 'budak terculik'.. Xpelah abaikan aje. Kisah benar yang di filemkan. Drama yang berat. Memang tersentuh. Lakonan Angelina Jolie yang mantap. Dari zaman Angelina berlakon Hackers, GIA, Bone Collector, Beyond Borders, Girl Corrupted eh silap Interrupted sampai lah Wanted.. lakonan nya boleh dijangka dan boleh diagak apa yg dia nak buat. Reaksi nya sama. Mungkin watak yang sama dia dapat kot. Tapi dlm CHANGELING watak nya berbeza. Dan lakonan Angelina berkesan skali. Angelina berjaya membawa kita menyelami perasaan seorang ibu yang kehilangan anak.. bagaimana harapan untuk berjumpa dengan anaknya dan macam mana dia menghadapi rintangan yang dasat dalam usaha mencari anaknya.

Geram dan marah bila melihat anak2 itu diperlakukan begitu. Takut bila mengenangkan perbuatan penculik. Lega dan berharap penyudah yang sama akan terjadi dengan kes di negara kita.

p/s: Bagaimana Walter skg nie ek?.. hidup lagi ke?

Tuesday, February 03, 2009

FANTASI MENJADI KENYATAAN.....

Selitkan jap entri nie...

Mula2... HEPI BESEDEH IJA..eh silap... HEPI BESDAY... dah 23.. mu dah tua ek... dah x kartun lagi.. walaupun besday kali nie temanya kartun... heheheee...

Preparation yang singkat... tenaga yang terhad, bajet pun terhad, idea pun terhad, segala2nya terhad (patut tema wat "terhad" gak..hee). Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Camne bleh terpikir tema kartun?.. sebab aku suka Kluang Man.. heee.. dan juga berdasarkan pada tuan empunya badan.. ternyata tema nie tepat coz besday girl terhyper aktif ari tu... cerita dihari kejadian ada kat blog mate.. ..

sedikit gambar2...dari blogmate & hazwan (aku tumpng tepek jew..)




"Zombi Kampung Pisang II".. tunggu tayangannya dipawagam tidak lama lagi..

Saturday, January 31, 2009

MAUT tajuk gempak, isi xde impak, .......





Part 1:
A university student named Su is on the way home when she notices one other person travelling alone on her bus, a strange girl all on her own. Later, the same girl calls on her at her home, introducing herself as Fadilah. Su lets her stay the night because she says she has been robbed. The next day, the mysterious girl vanishes and news of a missing person resembling her appears on television. Will Su get to the bottom of the ghostly presence?

Part 2:
A successful air stewardess named Farah lives recklessly with her Caucasian boyfriend Duke, indulging in all manner of sins. They soon marry but cracks in their relationship appear when Duke is caught with another woman at their wedding party itself. When Farah falls into a coma, visions of hell torment her on account of her wayward ways. However, can she repent in time to save her marriage and herself?

Part 3:
An angry young man named JJ has long lost his faith, sporting tattoos and makeup as part of his gothic black metal lifestyle. However, the mysterious appearance of a holy man shakes him up. One day, he crashes his car together with his motley crew of head-banging friends on the way home from an illegal concert, injuring himself seriously. Can he redeem himself before it is too late?




source : http://www.cinema.com.my

Ada byk benda aku nak cite dlm 1 entri.. senang tapau jee kan. Aku baru je berkesempatan menonton "MAUT".. MAUT aku anggap 'tajuk yang gempak tapi isinya takde impak'. Ini cuma dari perspektif aku je.. org lain mungkin lain plak persepsi diorng. Sekarang nie mungkin musim kot org wat 3,4 cite dlm satu filem. Termasuk jugaklah dlm "MAUT" nie. Dalam 'MAUT' 3 cite tu xde link langsung antara 1 sama lain. Setiap cite tu aku rasa x puas... (x puas tgk & x puas ati). Pengisiannya ada tapi nmpak kosong. Paling aku rasa geram bila tgk cite SUE (Lyana Jasmay). Lembut sgt aku rasa dia ckp.. sampai kadang2 xkena jee ngan keadaan.

Cite SUE paling ringan aku rasa... haruslee aku trus x puas ati coz lakonan LYANA JASMAY boleh lebih baik dari itu.

Satu pendekatan yang aku nak puji ialah bila BADE guna bulan2 ISLAM utk memberitahu jarak2 masa diantara kejadian.. start dari bulan REJAB, RAMADAN, SYAWAL & ZULKAEDAH. Walau mcm manapun aku sarankan pegi lah tgk "MAUT".. cuba hayati tentang mesej yang dismpaikan. Seram, insaf dan boleh membuat kita termenung memikirkan tentang diri kita sendiri, terutama dlm cite FARAH.

************************************************************************************

("CAKAP... CAKAP.. AKU KATA CAKAP") SPEAK







The teenager Melinda Sordino joins the high-school with a great feeling of rejection and becomes practically mute. Her school mates and friends call her "squealer", because she called the police during a summer party; she does not have communication with her mother, Joyce Sordino, who is workaholic and is permanently busy; and she has problem with a very radical teacher. She finds a great support with her arts teacher Mr. Freeman and her school friend David Petrakis, and recalls her traumatic experience in the summer school, when she was raped, learning how to deal with the situation and reborn mature. Written by Claudio Carvalho, Rio de Janeiro, Brazil

Filem SPEAK nie dah lama.. saje je aku tgk balik.. Bila tgk Kristen Stewart dlm nie dengan watak dia tu.. esp bila dia kena marah dengan cikgu suh dia bersuara... hehhee.. tingat plak kes aku.. ayoooo aku penah kena marah mcm tu. Lecturer aku penah suh aku call dia semata2 dia nak kasik idea konsep utk artwork aku.. padahal boleh je ckp kat kelas. Aku amik masa seminggu nak call. Berpeluh2 beb nak bercakap. X tau lee... Bila call dia just ckp konsep jee pastu dah... x smpai 1 minit pun.. tension aku.. sajee jee dia wat mcm tu kat aku.. uhuhuhuhuhu. Tapi kejadian susah nak bersuara nie terbawak2 smpai aku dah keje..hehehe. Sekarang dah ok skit dah. Aku cuma lambat panas jee.. tapi bila dah panas.. kawan lak suh aku diam... hahahaahha...

So bila benda yng sama terjadi kat anak aku. Dan perkara yang sama cikgu skolah dia komplen kat aku.. anak aku x berckp dlm kelas. Boleh kira dgn jari jee perkataan dia yang kuar.. Aku x terkejut pun. Diam bukan sebab x paham. Setiap org lain cara luahan nya..

Wednesday, January 07, 2009

HIDUP INI MEMANG PELAT (eh..oopss salah eja) TAPI ESOK MASIH ADA



Aku berpeluang membeli dvd KAMI THE TV SERIES kelmarin. Bila tgk series nie .. teringat plak zaman aku dulu2.. heee. Walaupun aku bukan kaki GIG coz time tu klu nak tgk GIG kena bayar RM12.. n aku sah2 x mampu coz study lagi, duit makan pun x lepas. So aku dgr je lee kengkawan aku cerita.. uhuhuhuhuhu. Pergi GIG free penah lee.. time tu Carburetor Dung perform.. kat depan Balai Seni lukis (bangunan lama). Aku penah gak tolong member aku distribute flyers GIG kat Seremban.

Dalam series KAMI nie aku suka watak LYNN. Bila tgk watak LYNN nie seolah2 mcm aku tgk diri aku sendiri.. .wahhhhhh!! hahahaha!!!. Setiap episod dlm series nie membawa kepada bagaimana terjadinya KAMI.. coz part akhir setiap episod akan ada scene yg sama dari angle yang berbeza. Syabas kat pengarahnya..aku suka cara mcm nie. Aksi pelakonnya juga natural. Xde dialog yg berjela2 atau terlalu bermadah2. Simple n smart.

http://www.projekkami.com/


Lynn is a small town girl who dreams of pursuing journalism and traveling around the world. In her spare time she writes her own fanzine called KAMI under the pseudonym Teka Teki. Independent and streetwise, Lynn makes extra pocket money by selling her fanzines and her homework to the kids at school. But in an attempt to gain more cash to replace her old computer she unwittingly gets herself embroiled with a drug-dealer named Boy forcing her mother to make the decision to move the family to KL.



Skg nie aku tgh tunggu dvd KAMI THE MOVIE pulak kluar.. walaupun aku dah tgk filemnya kat pawagam... support film tempatan!!! :)

Wednesday, December 17, 2008

SELAMAT PAGI SEMUAAAA....!!!

Depan pc kat opis..
Rusmawar : BUZZ!!!
Rusmawar : weiii!! bosan
Ajememang : nape?
Rusmawar : ntah
Rusmawar : jom tgk wayang..
Ajememang : jom..bila? .. i follow je
Rusmawar : jap cek wsite
Rusmawar : ptg nie.. 6.45pm.. selamat pagi cinta
Ajememang : ok gak jom aa.. aku tunggu kat food court klcc pkl 6.30pm kita makan dulu..
Rusmawar : wokey..



Scene 1
Dalam panggung wayang. Terdengar suara ketawa mengilai mcm kena geletek..
Rusmawar : kelakar ke?
Ajememang : entah..

Scene 2
Suara ketawa lagi.. makin kuat dah mcm pontianak je bunyinya.
Rusmawar : ko rasa kita salah panggung ke?
Ajememang : tu lee aku ingat kita salah panggung lee
Rusmawar : cek tiket
Ajemeang : hmmm... kat sini tulis Selamat Pagi Cinta bukan Selamat Pagi Hantu..
Rusmawar & ajememang : hmmmmmmm

Scene 3
Suara itu terus mengilai..
Rusmawar : sabarkan aku..
Ajememang : kasut ko size brp? klu letak kat mulut dia mesti muat kan..

Scene 4
Sambil makan pop corn.. suara mengilai tadi senyap ..
Rusmawar : Nape kat dlm filem nie dirong xde hp ek
Ajememang : a ah.. sms lee kata xleh dtg..
Rusmawar : Kredit abes le aku rasa.. uhuhuhuhuhu
Ajememang : dirong pakai service provider lain2 kot.. sorng maxis sorang lagi celcom.. nape x pakai Digi jee .. murah skit..
Rusmawar : X kot.. aku rasa line diorng kena bar..
Ajemeng : Bar?.. salah baca barcode agaknya tu..
Rusmawar memandang Ajememang ..

Scene 5
Ajememang : Lagu background tu mcm dlm I'm Not Single..
Rusmawar : a ah.
Ajememang : Nie mesti template nie .. yelah 1 company..
Rusmawar : hehehehe.. logik2.
Ajememang : Lawa nya Fazura bila bangun tido.. pipi dia merah mcm pakai blusher..
Rusmawar : Bibir dia pun sama merah..
Ajememang : Que tu kulit muka ngan leher dia x sama kan.. baru aku tau..
Rusmawar : Nie kulit ori nie.. b4 dis x nmpk coz kamera trick.
Ajememang : Siannya pierre tu sakit.. abes lee mak jan si fazura tu.
Rusmawar : tu lee sapa suh kawin ikut duit syiling.
Ajememang : a ah ek.. org kawin kena g cek darah bagai..
Rusmawar & Ajememang : heheheheehehehee
Ajememang : Penat lee aku tgk dirong nie .. asyik berlanggar jee..

Scene 6
Dialog dari filem kedengaran "Suci cintakan Azam". Tiba2 suara mengilai itu kedengaran lagi.. "hahahahahahahaahahahaaha.. azam ..azam".
Rusmawar : adussss... aku rasa kawan dia nama sama leee
Ajememang : Ish tu pun nak gelak smpai mcm tu ke?..
Rusmawar : ^*^*^&*^&*&^*&^*^&
Ajememang : **censored** tutuutututututututut...

Scene 7
Rusmawar : dah abes dah cite nie. 1 jam lebih jew. nape aku rasa mcm dah 3jam jee..
Ajememang : Part mana ek yg aku terlepas.. aku tetido lee tadi..
Rusmawar : xpe ko x rugi pun klu terlepas.

Thursday, December 11, 2008

Jom Tengok (LOOK) Futsal..................

Tenet dah ok... yess!!!

Baru ada peluang nak update blog. Alhamdulillah event L.O.O.K Futsal dah abis ngan jayanya. Linda pun hepi.. so Ok Lah Tu!!. Penat memang lah penat. Start from Monday aku n cip x duduk diam. Hari2 ada je menda nak kena buat. Hari Selasa g Bangi amik air ReVive. Aku plak time tu tetiba je magrain.. aduss.. muka memang sememeh jee. Langsung diorng speku mak pregnant.. hehehee.. suka ati jee. Sampai jee kat MMCR aku runner aaa g toilet muntah.. pastu baru lega kepala aku nie. Esoknya Rabu g lagi MMCR nak jumpa Pokcik Awalluddin tu..hee. Dia update apa yg dia nak buat time game nanti.. Then Khamis g sports planet utk cabut undi. Kete plak tetiba rosak kat Melawati. Seb baik kat situ ada bengkel..so bleh aaa g adjust2 kete cip tu... melayang gak RM140. Sampai kat sports planet org dah undi n dah bahagi2 grup dah. Aku dtg trus diskas pasal barang2 goodies. Ingat bleh setelkan mlm tu. Last2 angkut semua barang2 g umah K Yatie. So packing dulu mana yg ada. Boleh tahan gak 300 bag nak packing. Sakit pinggang aku membongkok2. Esoknya start dari pagi aku n cip dah stndby dah. Plan mula2 semua g Karangkraf amik mag. Setelah ku pk2.. kitorng pecah dua je. K Yati n Shaza jee yg g amik mag. Aku n cip siapkan menda2 yg lain. Kol supplier baju komiti n 100 plus. Pastu ku lepak kat opis cip print apa yg patut. G wat laminate bagai.. So tengahari lepas amik 100 plus g berkampung kat umah K Yatie. Aduss.. x lunch lagi nie. Abg Nazri belikan kuih n air.. ok la wat alas perut. Pastu bermulalah sessi mempacking balance2 brg yg ada. Bayangkan kitorang 4 org jee yg jadi tukang runner, tukang packing, tukang sapu, tukang segalanya... heee.


Tengah packing....


Dah packing fuhhh lega....

Misi kedua nak g lari ke Alam Sentral jap. Nak tgk semi final Muzik2 etnik kreatif. Punya lah laju kitorng mempacking barang coz nak kejo masa punya psl. Seb baik ngam2 6.30pm semua dah setel. So diskas2 nak jumpa balik dlm pkl 11pm gitu. Aku senyum jee.. uiikk sempat ke nie pkl 11pm nak jumpa balik.. heee. Sampai je kat Alam Sentral aku amik pot blakang kamera. Hehehehe... sah2 xkan masuk muka aku kat tv.. heee. Seb baik Ija perform 1st.. pastu peserta yang lain2 tu aku tido. Penat. Part Dior aku terjaga lee coz performance dia .. mak aiii. Tapi sayang x g final. Time Ija nak start nynyi jee aku lak yg berdebar2. Takut gak klu2 sore dia x smpai or semput ke. Lega bila tgk Ija dpt perform ngan baik, walaupun x perfect tapi terbaik dari Ija. N nmpk dia usaha btul2. So credit to Ija lee. Xpe lee walaupun Mawi pakat nyanyi tutup mata sepanjang performance dia... hahahhaahhaaa.... eleh. N bertambah lega bila DDL dpt g final. Pastu aku, cip n Shaza runner trus g umah K Yatie, amik goodies bag bawak g Sports planet. So xdpt lee nak join Ija n dak2 bereeh selakburet eh.. selebrate kat Kelana Jaya.. g makan2 jee.. heee. Gitu-gini (eh mcm ayat cip je) dlm pkl 2am setel semua. Goodies semua dah letak kat sports planet. Air mineral semua dah ikat bagai. Pastu misi mengisi perut ngn cip kat kerang bakar. Ija singgah jap lee dlm 5 minit coz aku sebuk nak jumpa dia kan.. heee. Gitu-gini lagi xsedar dah pkl 4.. aiyaaaa... balik aaaa.. pkl 6am dah kena gerak g amik roti plak.


more review on semi AJL.. BlogMate My Name Is Syad

Pagi yang gelap, kini sudah terang.. aiyaaa.. dah pkl 7am dah.. amik roti bagai n duk depan sports planet. Tunggu pintu bukak. Pastu apa lagi setup tempat regis lee. Sapa2 yg regis ngan muka macho nak angkat goodies bag tu semua terkejut berat gile.. hehehehee. Linda pun smpai trus jee wat opening ngan poco2. Bila game start aku dok kat tgh2 court 6 & 5 coz sebelah kanan ku Team Bereh n sebelah kiri Saida Fc.. hehehe senang aku nak tgk n jerit. Kalut skit bila part nak kasik food.. food x habes sampai lagi.. skali ku dgr Linda dah announce "Nasi Ayam sudah smpaiiiiii!!!" habes semua bersorak.. aduss... kalut mak time tu.. so penyudahnya ada yg x dpt sup coz sup blum smpai.. heee..

B4 announce pemenang... kitorng selebrate besday Linda yg dibuat ala2 suprise.. lenguh gak tangan ku kat belakang tunggu Q nak bawak kek tu.. kejap aku pasang lilin.. aikk kata nynyi 1 lagu je... padamkan balik lilin tu.. pstu pasang lagi.. aikkk.. x habes2 lagi nynyi.. padamkan balik lilin tu.. klu mcm nie esok pagi pun x setel.. heee..

Tahniah kat team P.I.C yg jadi juara L.O.O.K Futsal Tournament kali ini. Tahniah gak kat akak Siti Noraini yg menang best player... suspek tul ngan akak... ngan gaya Mak Limah g pasar akak bleh tahan penalti n score... wahhhh!!!!!..

Thanks gak kat Saida FC yg stay smpai abes rancangan... So watch out gambo2 kat Media Hiburan, Remaja n Bacaria... insyaAllah...

Pasni ada x sapa2 lagi yg nak wat tournament futsal .. aku plak nak main kali nie...



Duit cukup ke nie .... kang kena basuh court kang...


lega jee game dah abes....


Berangan jap ...


Komiti....

pic ehsan Kak Lun n Cip...

LOOK NEWS

Sunday, November 16, 2008

Frendly2.. match n tourny...

Lagi 2 minggu je nak event futsal L.O.O.K. So tengah kerah team2 semua bayo n kasik list player. Aku g survey jersi utk komiti. Tapi alhamdulillah dah dpt sponser.. lega skit.. coz sponser tu nak settlekan semua.

So Sabtu 15/11 wat frendly match. Aku memang saje je dtg n xde niat nak main pun. Mula2 plan 4 team jee... last minit jadi 6 team. So kitorang wat style tournament btul2. Saje kasik feel kat diorng sementara nak tunggu 29/11. Aku smpai2 jee trus cari ketua2 team coz nak collect duit.. yelah kena bayo dulu... dah lee aku xde cash RM300 time tu. Seb baik cip ada... heeee. So settle. Dpt field. Trus suh dirong g court 4. So 1st game Maxis vs Touch N Go. Pastu Saida dtg.. .aikkk ingat balik kampung.. Pastu linda plak smpai.. Aku x amik gambo plak time game nie.. ish lupa jee slalu. Nantilee cilok gambo org lain kot.. hehehe. SaidaFc 1st game kalah.. Saida plak x senang duduk nak main gak.. tapi kasut x bawak. Cari punya cari last2 pakai kasut aku.. x tau lee muat ke idak.. nasib lee. Aku main lee satu game time semifinal.. join team Bereeh. Satu game jee pun sendi kat peha aku sakit... rasanya time tendang bola kot.. xpe lee time tournament nanti aku bukan main pun.. hahahahaaa. hmmmmm... bosan aa komiti xleh main skali... klu x harus aku dah join dah.

GRUP A
Maxis
Touch N Go
Davom

GRUP B
Bereeh
Saida FC
Looks

1ST ROUND GRUP A
Maxis vs TnG
Maxis vs Davom
Davom vs TnG

1ST ROUND GRUP B
Bereeh vs Saida FC
Saida Fc vs Looks
Bereeh vs Looks

SEMIFINAL
Bereeh vs Maxis
Davom vs Looks

FINAL
Maxis vs Looks

Pagi Sabtu tu g runner tempah jersy utk Team Bereeh.. ekceli nak cari jersy Komiti.. alih2 tempah jersy Bereeh plak.. heeee. Pastu g survey piala.. Byk lagi nak sediakan nie.. 20hb kena runner g revive amik air.. pastu nak cek bag plak dah ok ke blum.. coz 28hb tu ingat nak settlekan semua siangnya... coz malam aku ada hal lain jeee...heee.



Berdebar gak nak tunggu tournament nie... harap2 semua berjalan lancar.



credit to Linda Onn's Blog... (yg baju hijo kanan sekali tu team manager.. kat tgn tu buku teknik2 dan strategi.. hehehehe)

Monday, October 27, 2008

RAYA SAKAN

Raya dah abeh. So tahun nie aku anggap, aku nie beraya sakan lee..

B4 Raya geng2 comel ku dah plan nak wat open house umah masing2. So aku pun memulakan tirai, tapi tulee bukan senang nak curi masa geng2 comel ku nie.. penyudahnya ramai yg xbleh blah.. eh xbleh pegi... Kebetulan Z plak ada kat KL time tu n ckp nak jumpa aku. Daripada niat nak wat open house utk geng2 comelku trus bertukar niat open table breakfast ngan Z. Melia n Rus pun join gak.. so jadilee sessi open breakfast kat umah aku, siap ngan package basuh kain skali.. heehehe. Disebabkan kesuntukan masa coz Z dah nak gerak.. tambahan pulak sessi gossip baru part intro jee. So malam tu kitorang repeat.. kali nie g umah Melia n Rus plak.. kiranya hari tu .. breakfast kat umah aku, dinner kat umah Melia n Rus. So berlarutan lee smpai pkl 12mlm. Thanks Z coz blanje murtabak, n thanks Melia n Rus coz sediakan ayam percik n black papper, masak sendiri katanya... walaupun... Tapi part terpedaya nie, haruslee Z kan.. hehehe.. aku awal2 dah tau dirong tipu... klu diorng masak, haruslee melia berpeluh2 n muka x sudah jeee.. tapi nie siap relek n post vogue lagi.. ehheheheee... (p/s: Z, dah tau ke? yg nugget tu pun diorng beli gak..). Cuma yg ralat nya, sorang pun x terpk nak amik gambo.. walaupun xde kamera tapi hp kan ada... ish.. camne bleh lupa neiii..

Sessi beraya nie bukan stakat tu jee.. malah bersambung ke minggu seterusnya.. g beraya umah Saida plak. Aku, Kechik, Lynn n Cip g leee memeriahkan keadaan. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kajang ke Giant Cheras... satu sessi memanaskan badan sambil menggunakan istilah bahasa yg baru dari Lynn.. "Soon $%^%^$%". So mcm2 xperiment kitorng buat menggunakan perkataan tu.. dari penjodoh bilangan, kata kerja n kata nista.. semuanya lah... :D. Lepas penat gelak tetiba masing2 nak terkench. kecuali Cip, dia cool jeee.. kitorng yg kalut tak hengat smpai xleh nak fokus.. hehehe.. smpai kat Giant trus brlari anak.. skali Cip kuar last skali.. eheh dia pun x tahan gak kee.. hehehee.. Pastu g cari kedai nak beli kandang kucing kat dlm Giant tu. Adussss .. serius aku memang geli binatang berbulu, so kat situ aku tgk2 dari jauh jee.. tapi hampir2 menjerit gak coz ada 1 kandang tu, ada kucing.. aku xpasan.. n kucing tu lepak jeee.. keras.. skali dia bergerak.. mak aiii... terkejut aku.. uhuhuhu... Mlm tu berangkat leee secara konvoi ala2 g meminang ke rumah Saida. lepak lee smpai pkl 11pm++ pastu gerak aa coz esoknya Lynn ada kelas n kitorng plak ada open house lagi.. kali nie besau punye... So salam2 ngan Saida .. n ckp esok kita jumpa lagi.. hehehee..




Yeap btul esok nya tu memang jumpa Saida balik kat open house CT plak.. hehehee.. Panas plak time nie.. biasanya ptg2 ujan.. kali nie panas. Aku layan food je lee.. lepas satu, satu aku amik food. Walaupun food x brp byk..hehehehee... Pastu aku diserang sakit perut.. adussssss....2x mak runner g toilet... adakah aku terkena sumpahan CT?.. hehehehee




Sessi open house berterusan lagi... g umah Linda plak.. sebelum tu aku g survey hadiah futsal kat PERTAMA. Balik tu trus g umah Cip, lepak umah Cip sementara nak tunggu pkl 3 nak g umah Linda. Sebelum tu dpt sms "kak yatie suh kita tolong dari pkl 4 - 9".. aiyaaaaaa ingatkan leh makan sambil melepak.. tapi ku memang xbleh nak tunggu smpai pkl 9pm. Janji ngn Shaza kat Shell Beverly Height pkl 3.45pm... pkl 5++ x smpai2 lagi.. sesat rupanya.. pastu aku ngan Cip g runner jemput dia kat flamingo sebelum dia sesat lagi jauh.. heee. Last2 smpai umah Linda pkl 6++. Kitornag mula2 nak balik pkl 7.30 tu ... tapi Linda tahan suh lepak ngan dia tgk Sehati Berdansa.. Uiihhh kenot lee, next time je le. Pkl 8pm baru kitorng gerak..
p/s: Linda saborjelah byk2 ek.. be cool bebeh...

Open house lagi kat umah Kak Yatie plak, wahhh ada laksa Johor tu.. mmmmmmm best. Ptg tu b4 g umah kak Yatie g round Ampang Park carik baju nak pakai utk dinner Aidilfitri Maestro esoknya tu. So lepak umah kak yatie sampai pkl 10++, pastu nganto si Mirul n Shaza balik.


baru 1st round..


errrkk...sandwich...sandwich...


2nd round


nak balik...

Penyudahnya raya tahun nie.. dak2 MTG xde pun yg wat open house... hehehehe. Plan nak wat open house ngikut giliran cuma tinggal plan jee.. xpe lepas bulan raya kita still boleh lagi wat makan2 ek..


Malam Kemuncak Aidlifitri

Bereeh


Bereeh++


goodies


petugas yg blok view...

Monday, September 29, 2008

GEMBIRA DIHARI RAYA



Hari Raya setahun sekali, jadi manfaatkan perjalanan anda...

Saturday, September 13, 2008

HAPPENING ABESSS.....


Team "kolokkolok"..



Saida makin kurus n rambut tetiba panjang.. magic btul.. heee

(gambo ehsan dari saida fc.. aku mcm biasa xde gambo..hee)


Minggu nie ada dua majlis berbuka yg happening aku join.. 1st berbuka ngan saida n saida fc.. 2nd ngan geng2 comel ku aka MTG.

10/9 Rabu... lepas keje trus bergegas g naik lrt coz izan dah tunggu kat lrt sungai besi.. dari situ trus gerak ke Impiana Golf n Country Club Kajang. Aku komiti ekceli.. tapi aku komiti yg cuma susun guest jee.. heheehe.. smpai2 jee ejump, putri, kai n eina dah ada.. dah siap decorate skali.. Baguslee korang. Tinggal tugas aku jeee tuk registration. So sorang2 smpai n aku kasik lee no meja masing2. Dlm pkl 6.30++ gitu Saida n Family dia smpai.. Time nie aku lepak kat meja tgh gelak2.. hehehee. Bila ejump panggil baru aku g kat Saida n tunjukkan meja dia.

Overall event nie memang happening coz semua sporting termasuk Saida. Mula2 ok skit.. pastu bila hubby dia kuar trus dia sengal.. hehehehee.. Acara games paling best.. Grup Marsha aaa yg riuh. Apa ntah nama grup dia.. 'kolokkolok". Mcm bunyi ayam belanda. Acara berterusan ngan Saida nynyi lagu Ku Mahu n Sedalamnya Chenta. Pastu dah ujung2 majlis dia nynyi ikut suka dia jeee.. esp lagu "bila bunga berguguran" n still lagi x ingat lirik.. hehehee. Pastu duduk kat kusi depan siap halau2 org balik.. heee. End up semua berpuas hati. N congrats kat komiti Saida fc yg bertungkus lumus wat keje dlm masa 2 minggu lebih kurang.

N esok nya 11/9-Khamis.. aku berbuka ngan geng2 comel ku. Berbuka kat kelantan Delights kat KL Sentral.. aku demam plak. Lepas balik event Saida trus aku demam. Tapi aku redah jeee coz dah lama x jumpa geng2 comel ku. Dan mcm biasa xtvt MTG.. klu g mana2 mesti ada yg wat rambut, yg wat kening, yg wat manicure, panicure... ish ish.. Saloon kat Kl Sentral tu jadi riuh sebab kitorng. N x sangka biag pi pun ada skali petang tu... bila nmpak biag pi jee trus semua menjerit.. heheheehe.. pening org saloon tu..

N kitorng pun g makan lee kat Kelantan Delight tu.. Psl makan ngan geng2 comel ku nie x perlu riso.. kompom makanan sedap2. Klu dirong lee yg pilih tempat makan harus xde masalah.. heeee. So bila berbuka aku pun mcm biasa gak memulakan acara memakan ulam daun salon. N MTG agak pelik coz dah lama x tgk aku wat mcm tu.. hehehehheee... Sambil makan sambil mengumpat. Mcm2 cite lee yg dirong cite.. termasuk cite biaq pi psl semut.. hahahahaa. Memang enjoy coz susah nak kumpulkan semua geng2 comel ku nie. Klu ada xtvt harus ada jee yg tertinggal xleh join.. tapi kali nie semua ada .. x sangka. Last kitorang berkumpul is masa g PD.. time tu mandi swimming pool ramai2 dgn pelbagai gaya.. comel2 jee semua... heheheheheehehehee. Pasni diorang plan nak wat outting kat KL jee .. senang nak kumpulkan semua.. check in jee lee kat mana2 hotel.. senang. N xtvt wajip .. haruslee makan.. makan.. makan.. makan.. n makan.. Klu sapa yg x berapa comel n x berapa suka makan memang xleh join MTG.. heeeeeeeee.



Geng2 Comel Ku... comel2 semuanya .. eheheheheheheeeeee