Tuesday, October 18, 2005

WELCOME

ZULISYRAQ IZZUDDIN B. DZULKARNAIN


.: 18.10.2005 :. 5.09pm .: SELASA :.
WELCOME!!! my new bodygad kecik .. hehehe..

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Wednesday, September 21, 2005

Thursday, July 28, 2005

Sayup terdengar hujan
Mencurah ke bumi
Dingin terasa
Memecah kesunyian malam
Dan aku disini
Sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yg tak sudah

Tenung kelangit sepi
Tiada purnama
Didalam kelam
Terlihat bayang ku sendiri
Terpaku membisu
Tanpa suara dan segala
Apa petanda apa rahsia

Oh Tuhan Ku yg Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Andainya malam yg begini
Memberi pengertian untuk ku
Mencari hidayah MU
Bagai ku tadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa
Dosa semalam

Cukup setakat ini
Aku merasa terasing
Terkurung dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini aku mengerti
Antara dosa, pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti
Kehidupan dan hari kematian...
oooooo.....

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukur ku pada ilahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintaaaaakan ....
Satu penangguhan
Untuk aku mengucapkan
Kalimah Terakhir....

Monday, July 18, 2005

MACAM MANE TU...!!!

Aku tak tau nak mulakan macam mane cerita nie... sedang aku duduk2 ntah kenapa tetiba fikiran aku menerawang jauh.. mula lee keluar cerita2 lama..

Secara tak sengaja aku start menganalisis fakta dari cerita2 lama aku..

Aku pernah kena kutuk bila cakap aku minat artis sipolan sipolan.. ada yg buat memek muka .. ntah lah kadang2 aku tak paham perangai manusia nie.. Minat kepada seseorang tu .. tertakluk kpd hak diri kita sendiri.

Aku pernah cakap aku minat Siti Nurhaliza.. terus member aku buat muka "eeee".. aku tak tau makna memek muka dan dialog tu.. adakah jijik atau hina.. "eee .. artis kampung".. aku diam aje.. coz tak guna aku nak marah atau balas.. buang masa aku je.. Tapi kekadang tu terdetik juga aku nak tanya balik.. "alaaaa.. ko pun asal kampung gak.. sama mcm aku.. apa salahnya aku minat ngan artis kampung"... tapi aku tak sampai ati nak ckp mcm tu.. coz mungkin dia akan terasa sampai ke ulu ati.. (ekceli dia asal felda dan aku memang jati budak KL but so what.. apa beza bandar n kampung?)

Ada juga member aku yg tak pernah tgk cerita melayu.. "ee.. sorry not my level".. hehehee aku gelak gak... yelah aku tak tau la plak level dia kat mana.. tapi yg aku tau.. tiap2 petang dia wajib pi pekena teh tarik mamak.. hehehe... klu ikut level dia.. paling koman pun delifrance atau starbuck.

Satu lagi statement dari member2 aku yg aku ingat .. "aku klu beli URTV aku baca artikel psl hollywood jeee"... hehehe... aku gelak lagik.. coz lepas tu aku tanya "artikel tu ko ingat diorang dpt dari mana?" member aku jawap "eleh diorang wartawan mesti leee byk contact".. kali nie aku gelak beso... artikel kat dlm URTV (dan seangkatan dgnnya). Diambil dari majalah omputih.. (entertainment etc.. lupa lak namanya). Mostly cerita hollywood yg keluar kat URTV dan seangkatannya tu.. aku dah baca dulu kat mag. omputih.. (aku baca free jee kat kedai sotkhabar).

eemmm... apa lee salahnya klu diam..dan tak keluarkan statement mcm tu. Udah lidah tu rasa belacan, tempoyak, petai, jering.. tak payoh lee nak kata rasa mayonis ngan spaghetti.

Ekceli aku tak kisah pun klu ada member aku yg minat Inul atau Ifa Raziah.. kerana itu hak diorang.. klu boleh aku nak dengar pendapat diorang psl artis yg diorang minat.. atleast aku tau gak lee sedikit sebanyak.

Monday, July 11, 2005

AF, MAWI dan...........................

Aku teruja jugak nak tulis psl AF3 dan fenomena MAWI... Aku suka gak ngan MAWI tu.. tapi entahlah tetiba pagi nie jari aku berat nak tulis psl AF3 mahupun MAWI...

Mungkin kerana semalam aku terbaca cerita tentang arwah adik NurAlisa.. yg meninggal kerana demam panas dan cirit-birit.. tetapi kuburnya terpaksa digali semula kerana laporan seorang doktor yg mengesyaki dia meninggal kerana penderaan seksual.

Hari nie aku terus mengikuti perkembangan beritanya.. Sah doktor mengesahkan tiada sebarangan penderaan seksual mahupun dirogol... Aku paling terharu bila melihat mayatnya yg dikeluarkan dari liang lahad...

Hati aku betul2 tersentuh...

Dan aku terfikir... wajarkah gambar itu diambil dan dipaparkan?. Dan apakah tidak salah atau berdosa jika kubur itu digali semula.. bukankah ia mengaibkan mayat itu?.

Aku tak ada jawapan.. kerana aku bukanlah seorang yg bijak pandai dalam ilmu agama...

Aku sering membayangkan perasaan ibu bapa NurAlisa yg masih sedih meratapi kehilangan anak tunggal mereka.. dan ditambah pula dgn kejadian ini.

Sejenak itu juga aku terbayangkan anak aku yang hampir sebaya dgn NurAlisa... Klu aku berada didlm keadaan itu ... aku tak tau mcm mana keadaan aku...naunzubillah...

Takziah utk keluarga adik NurAlisa...
dan buat adik NurAlisa.. Al-Fatihah....

Tuesday, June 14, 2005

Itulah.........

Ada jenis manusia kat dunia nie yg suka bermuka-muka.. agaknya dia rasa seronok kot tuko2 muka ikut keadaan.. mcm sotong hantu dlm laut jeee... boleh tuko2 warna.

Tapi tulah klu dah byk beno muka yg diganti.. lelama dia sendiri pun lupa .. muka sapa lee yg dia pakai minggu lepas.

Penyudahnya dia sendiri yg terperangkap.

Bila dah kena mcm nie... dia baru tersedar ... tapi sikit jelah. Dia mula rasa dia dianiaya.. tulee time dia aniaya org len dia tak sedar... Barulah dia rasa dia manusia paling lemah sekali dialam maya ini.. hehhehe...

Dia mula leee tercari2 initiative len... nak lari dari belenggu ini..

So bila benda nie terjadi.. org yg dianiaya tu pun boleh gelak besar... tapi yg herannya jauh disudut hati terasa plak kesian kat dia...

Entahlah .. mungkin itu lah org selalu cakap..ALLAH TU MAHA ADIL..
Dia dah dapat part dia... so tak semestinya kita boleh sesuka hati nak hukum dia... takut tersalah hukum nanti .. kita pulak yg kena hukum...

Tuesday, May 24, 2005

AKADEMI FANTASIA 3 (PRELUDE)

Aku tak pandai nak komen psl vokal diorang.. cumanya rata2 masih baru.. dan masih nervous. Tak kisahlah.

Fuad.. ada stail dan showmanship dia memang boleh pengaruhi penonton. So harap2 dia boleh kekalkan showmanship yg bertenaga mcm nie.

Aku suka pada suara MAWI.. tetapi sayang dia tak terpilih. Rata2 ramai gak yg komplen kenapa MAWI tak terpilih. Adakah kerana dia penyanyi nasyid dan Qari.. Bagi aku klu itu sebabnya tak salah nak listed kan dia utk AF3..

Apa salahnya kita ubah sedikit konsep... dari ada dance yg pegang2 buatlah supaya ada batasan diantara lelaki dan perempuan.. tak salah kan... klu AF1 dulu ada peluk2.. tapi bila AF2.. tak ada peluk2.. so AF3 tak yah lah pegang2 over sgt.

Sekurang2nya AF tidaklah dianggap sebagai tempat remaja2 sosial.. Siti Nurhaliza pun boleh berjaya tanpa pegang2..

Monday, May 16, 2005

PIKNIK LAGI

http://img.photobucket.com/albums/v201/suhaila/dinapiknik.jpg
"uikkk!! cari apa tu?" "emmmm...sedapnya..."

Aku bergegas gak lee balik coz takut terlambat.. tapi aku dah tau dah time rasmi CTO.. hehehe.. tgh lepak kat umah sambil tunggu bodygad kecik bangun.. reese sms.. kat mana nie?.. rupanya dia pkl 2 tadi dah sampai...Aikkk!!! panctual pulak diorang... slalunya mesti semasing termiss LRT... hehehe...

Aku pegi gak kat Taman rasmi CTO.. dari jauh aku carik starbuck... "uiiikkk!!" tu jee yang aku dpt cakap bila diorang kenalkan itu starbucks... hehehee... its ok...

Bodygad kecik aku suka leee dapat main gelongsor... berpeluh bodygad beso kejo... yelah org len naik gelongsor ikut tangga .. dia pi naik gelongsor ikut gelongsor tu gak... tapi sampai dgn selamatnya ke atas... terror gak bodygad kecik ku nie...

hehehe.. like mother like daughter...

Saturday, April 30, 2005

MAIN NYOROK-NYOROK

“5,10,15, 20, 25, 30, 35, 40… dah ke belum?”
“belum”
“45, 50, 55, 60,65, 70..”
“dah”

Dari sinilah aku tau kira dlm gandaan “5”. Dan dari sinilah aku mula belajar tengok jam. Memang dari kecik klu main nyorok2.. inilah kiraan yg aku kira….

Lepas kira aku start cari abang ngan adik aku… tapi umah aku taklah besar.. so aku dah tau dah pot diorang nyorok. Celah almari, bawah katil, belakang pintu dan paling tinggi tempat nyorok ialah kat palang bumbung umah.

Biasanya klu adik2 aku senang je aku cari. Diorang tak pandai nak lari mana2. Klu abg aku payah sikit.. dia takkan duduk diam satu tempat. Klu aku cari celah almari.. dia akan lari kat belakang pintu.. bila aku cari belakang pintu dia lari bawah katil…

Dah puas aku cari … aku pun berhenti.. aku tak dpt cari abg aku… aku diam kejap.. Aku pandang sekeliling.. manalah dia nyorok. “HOOOO!!!!!!!!”.. spontan abg aku sergah aku dari belakang.. aku terkejut, melompat dan terjatuh berguling2.. Memang kelakar klu aku terkejut time kecik2 dulu.

Pernah sekali aku disergah sampai buku yg ada kat tgn aku melayang entah kemana. Sebab tu lah aku sering jadi mangsa klu main nyorok2.. Tak kiralah time aku kena cari diorang atau time diorang cari aku.. Aku sure akan disergah.. eeemmmmm.

Mungkin sebab itulah bila dah besar.. aku dah lali dgn sergah org… so aku dah tak terkejut. Skg nie sampai member2 aku dah malas nak sergah aku.. coz tak ada effect.. sampai tgk cerita hantu pun muka aku selamba jee… padahal member aku dah menjerit2 dah…

Monday, April 25, 2005

CT oh CT

Tadi aku jalan2 pi kat umah rasmi Siti Nurhaliza.. (SITIZONE)..

Aku cari mesej baru dari CT... bukan apa aku memang suka baca tulisan CT.. mungkin kerana ayatnya yg indah dan cantik.. Aku kagum gak ngan cara CT bermain dgn ayat.. Pastu aku tergerak nak baca 10kali perenggan nie..

Apa dosa ct & konsert? Salahkah jika ada insan yang bermurah hati memberikan tiket percuma? Salah ct jugakah jika ada peminat yg mengikuti tidak suka cara agensi yg membawa mereka, walaupun diluar bidang kerja ct? apakah salah jika konsert tidak ditonton ramai org luar? Berdosakah jika dewan tidak penuh?

Sebenarnya aku ada gak terbaca kat paper psl komen2 dari mereka2 yg pegi kat London ari tu.. ada yg tak puas hati kerana tiket kasi free last minute.. dan ada gak aku dgr diorang pertikaikan psl audience yg majoritinya org Malaysia.. Pada aku dlm hal nie aku fikir logik jelah..

Kenapa dewan tu tak penuh dgn Mat Salleh?..
CT first time perform kat UK.. cuba tanya Mat Salleh2 yg kat London tu .. kenal ke CT?.. Kita pun klu penyanyi luar dtg buat show kat M'sia.. ada ke kita ambil pot sgt. Klu yg memang famos tu tak kisahlah.. tapi yg tak famos dan kadang2 nama diorang pun kita tak pernah dengar.. ndak ke kita beriya2 keluar duit beli tiket..?..

Kenapa audience tak ramai?
Untuk first time aku rasa ..ini dah bagus dah... lain lee klu mcm Datuk Shake atau Anita Sarawak yg sememangnya pernah duduk dan nyanyi bertahun2 kat negara Mat Salleh...

CT pegi atas nama sendiri atau nama negara?
Bagi aku .. kedua2nya sekali.. klu CT dah berjaya bawa nama dia dan secara tak langsung nama Negara akan naik.. coz org tentu akan tau CT asal dari M'sia..

Pendapat peribadi aku... aku bangga dgn kesungguhan CT yg beriya2 nak buat solo konsert dia kat Royal Albert Hall.. bukan senang nak dpt tempat kat sana.. Apa2 pun kekurangannya bagi aku CT dah berjaya..

Friday, March 11, 2005

SEPET OH SEPET...

Aku sanggup ambil 1/2 day utk tgk SEPET ari nie. Aku memang tak suka on weekend.. coz ramai org. Ari nie org tak ramai dan selesa jeee aku rasa..

Sebelum SEPET start aku dah mula membayangkan yg SEPET tu mcm RABUN.. Tapi setelah aku tgk first 30 minutes.. persepsi aku sikit berubah.. coz RABUN bagi aku lagi berat klu nak bandingkan dgn SEPET.. SEPET lebih ringan dan simple.. Tapi penuh bermesej sama jugak mcm RABUN..

Antara SEPET dan RABUN motif tetap sama iaitu kasih sayang didlm keluarga juga keharmonian masyarakat majmuk.. itulah eleman yg jadi sinonim ngan Yasmin. Bila kita tgk iklan petronas atau mana2 iklan hasil buah tangan Yasmin kita akan nampak elemen nie.

Dlm SEPET kita memang tak boleh nak espect dialong romantik atau clise atau makan beradab dengan lilin.. coz semua tu tak ada.

Dan satu perkara yg aku tertarik ialah bila aku tgk S. Amani yg begitu comel dgn baju kurungnya. Yasmin buat aku rasa pakai baju kurung tu cute sangat. And I hope one day my daughter also look cute in baju kurung.

Ending yg buat aku terkejut.. memang aku tekejut.. aku tak sangka ending dia mcm tu.. aku jadi terpinga2 bila time Jason jawap call Orked tu... panggung jadi terang benderang menandakan story tu dah abis..

Dan lagi satu.. english pelakon2 dlm SEPET tak leee mcm english yg dibuat2.. beriya beno sleng nyee... Bila kita tgk english dlm SEPET ngan english dlm cerita usop haslam ke atau drama identiti "SELINA" kat TV3 tu .. kita boleh rasa selesa atau tidak..

Aku harap ada lagilah filem mcm Yasmin nie.. jgnlah harapkan Yasmin sorang jee.. coz filem Yasmin memang tepat ngan moto filem kita "Filem Kita Wajah Kita".

Then aku decide aku nak pegi tgk lagi....

Saturday, February 26, 2005

ADA APA HARI INI?

Tak ada apa nak buat ari nie.. skg nie aku tgh tunggu time balik jee... lagipun kejap lagik ada makan2. Menu ari nie laksa Kedah.. eemmm favourite aku tu.



Boss aku still lagik tak decide psl bonus.. apa lah... klu bagi bonus sampai 7 bulan .. tak pe lah gak.. nie takat 1 1/2 jee pun.. kan men susah lagik nak declare figure... ish
ish..



Bosan.. bosan....

Friday, February 18, 2005

IKLANEKA - RUMAH UTK DISEWA

.:RUMAH UNTUK DISEWA:.

No3C blok 3A
JALAN IKLIM 25/28
SECTION 25, TAMAN SRI MUDA
40400 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN



Harga yang nak disewa ialah RM450, so untuk depositnya ialah RM1000 plus api n air kemasukan segera melayu sahaja. no untuk dihubungi ialah Rina at 016-3214814.
Terima kasih.

Wednesday, January 19, 2005

AKADEMI

Baru semalam aku berpeluang utk menonton drama AKADEMI di astro ria. Sebenarnya aku pun tak tahu itu adalah siaran ulangan. Aku dah lama dengar psl drama nie.. aku memang nak tgk.. yelah kan bebudak AF2 yg berlakon.. so aku nak tgk gak diorang nie bleh berlakon ke tidak.

Aku tgk dalam 15 minit yg pertama aje... pastu aku decide tukar siaran lain.. coz jln cerita dia.. ntahlah .. bagi aku tak seronok dan agak bosan... cerita biasa2 aje...Tambahan pulak bebudak AF2 nie masih malu2 dan kekok utk berlakon.

Adam aku rasa dia sesuai jadi penyanyi je.. dia tak boleh berlakon.. bukan tak berbakat tapi gaya dia tak kena.. Dia masih nak control macho.. tak sesuai lee.. Smalam aku tgk Umie Aida pun jadi kekok gak.. yelah kang dia berlakon betul2 nampak mcm over shadow plak. So lakunan Umie Aida ngan Adam nampak mcm tak balance.

Klu ikut sinematografi tu memang lah ok.. yelah kita pun tau stail Rashid Sibir mcm mana kan?. Cuma mungkin selain dari pelakon yg baru setahun jagung tu.. jln cerita Akademi nie tak berapa best sgt..

Lepas Ali Setan ...aku tak jumpa lagi cerita student yg betul2 suasana student. Yang ada lepas Ali Setan cuma cerita2 student yg tak logik dan tak masuk akal. Apalah salahnya buat cerita student yg sebenar.. tak perlu reka atau tokok tambah.

Sebab tu aku suka cerita Yasmin Ahmad (Sepet dan Rabun).. coz scene yg diambil berdasarkan kejadian sebenar yg dilakukan oleh kita hari2. Sebab tu cerita dia tak nampak kekok atau tak nampak over.. coz semuanya realiti..

Wednesday, January 12, 2005

BEYOND BORDERS

Aku balik singgah Speedy Video nak cari vcd ONE HOUR PHOTO .. at last aku jumpa BEYOND BORDERS..

BEYOND BORDERS..cerita love story yg simple... tak meruntum jiwa.. aku anggap ia biasa shj... Bila tgk filem nie.. aku lupakan psl love storynya.. tapi aku tumpukan pada mesej yg nak disampaikan oleh penulis cerita ini.. Psl UNHCR yg membantu mangsa2 perang dan kebuluran.. Bagaimana konflik negara2 besar yg bersuara lantang berjanji menghantar bantuan.. tapi sayang bantuan hanya sekadar dimulut.  

Mangsa yg cedera dirawat dan dibedah tanpa ubat penahan sakit.. pedih tapi bak dialog didalam filem tu "kesakitan yg dialami tidak seperit kelaparan". 

Nick seorang doktor sukarela yg membantu mangsa2 ini.. yg akhirnya menyaksikan niatnya yg tersasar dek kerana terpaksa akur dgn kekurangan.. lantas turut membawa dirinya terlibat dlm kancah penyeludupan senjata api.. Nick tiada pilihan terpaksa menerima kerana bantuan ubat2an yg diterima lebih berharga dari maruah dirinya.

Dalam perjuangan utk membantu mangsa2 Nick terjebak dlm kemelut cinta dgn seorang wanita.. yg menyaksikan kematian dipenghujungnya.

Bagi aku tiada apa2 karisma dlm lakunan Angelina Jolie... tapi yg buat aku rasa nak tgk tu .. ofcoz kerana aku memang peminat Angelina Jolie.... lagi satu nie adalah salah satu watak yg tak pernah Angelina lakonkan. Dlm filem nie dia pegang watak seorang ibu... dan lepas shooting filem nielah.. dia terus decide nak ambil anak angkat dia tu.. Maddox.

Tuesday, January 11, 2005

Memang GILE.......

Ada masanya bila dah sampai satu tahap.. kita patut fikirkan diri kita sendiri. Time nie kita patut jadi selfish. Dan jadi selfish nie tak salah sebenarnya. Cuma biarlah ia mengikut keadaan.

Dan aku pun rasa dah sampai time aku jadi selfish. Dah tiba masa aku lupakan kepentingan dan perasaan org lain. Kali nie aku nak fikir pasal kepentingan dan perasaan aku sendiri.

Dlm hidup nie kita nak happy. Kita tak suka masalah. So klu kita rasa kita dah termasuk dlm problem tu.. baik lari cepat2.

Tapi tulah kadang2 org len tak paham. Asyik nak salah org len aje. Aku dah lama jadi mangsa...

Sunday, January 02, 2005

PIKNIK LAGI .........


Ari nie aku piknik lagik ngan geng banglo biru.. awal2 aku dah sampai.. satu jam aku tunggu.. kali nie veneu kat tempat len. hehehe... aku kena perli... hehehe.. first time dtg awal... hehehe...

Makanan byk yg lebih.. mcm biasalah..klu geng banglo piknik sure makanan berlebih... asyik gelak jee... hilang lapar...

Ada gak geng2 yg tak pernah jumpa ... kali nie baru bersua muka..

happy!.. happy!,,

Saturday, January 01, 2005

FIRST DAY OF 2005

Permulaan hari baru utk tahun 2005... BIla tiba tahun baru.. org pasti akan cerita psl azam. Kat paper pun semua cerita psl azam.. azam org tu lah azam org nie lah.. Lantaklah.

Bagi aku .. azam aku.. Azam yg aku buat time aku sekolah dulu.. tu lah azam aku sampai lee skg.. selagi aku tak dpt capai azam aku tu.. aku akan kejar... even lambat sekalipun...

aku tak perlu renew atau tukar tiap2 tahun.